Man, that's my man.
Semester baharu sudah bermula. Dua minggu lepas Abang Yoh sudah pulang ke Amerika untuk menamatkan pengajian. Katanya, dia akan ada di sana untuk satu jangka masa yang lama. Entahlah, aku ikut sahaja.
Keadaan kami masih tetap sama. Hubungan jarak jauh.Aku melihat Anna sedang makan, lantas menjenguk bilik Ace yang kini di diami oleh ibunya.
"Aunty dah bangun?" Soalku.
"Belum," jawabnya.
Aku mendengus perlahan. Sejak kes kehilangan Ace, beginilah keadaan ibunya setiap hari. Uncle Wang ada kerja di luar bandar, jadi buat sementara ibunya akan tinggal dengan aku.
Mulanya agak aneh, tapi setelah beberapa hari aku sudah biasa.Pada awalnya, ibuku menyuruh aku cari rumah sewa yang lain, kerana merasakan agak tidak masuk akal untuk aku tinggal dengan Aunty Ling. Tetapi, dia berubah fikiran melihat Aunty Ling, yang kini sentiasa lesu dan tidak bermaya. Gayanya langsung tidak macam yang aku pernah kenal satu ketika dahulu.
"Nanti Lily balik beli makanan okey," kataku. Sepanjang dia ada di sini, hal memasak dan mengemas diserahkan pada aku.
"Lily..." panggilnya.
"Ya," jawabku perlahan. Masih awal lagi untuk ke kelas.
"Ambil kunci kereta Ace dalam beg aunty," katanya.
"Drive lah pergi kelas," katanya."Tak payah susah-susah lah aunty," aku menolak. Sebenarnya, aku sudah cukup segan dengan tinggal di sini.
"Ace bagi Lily kan sebelum dia pergi, ambillah," pujuknya lemah. Suaranya lembut sahaja. Aku masih tercegat di muka pintu. Aunty Ling segera bangun dan mengambil kunci dari beg tangannya. Dia mengambil kunci lalu diberikan padaku.
Erat dia memegang tanganku penuh mengharap."Okay. Sementara Ace balik Lily jaga barang-barang dia dulu," ujarku. Sumpah, aku tidak pernah putus harapan bahawa Ace akan pulang! Setiap hari, aku pasti akan berharap dia pulang. Walhal, kata kunci pintu rumah juga aku tidak tukar. Kalau Ace pulang tiba-tiba, dia boleh sahaja terus masuk ke dalam rumah.
Aunty Ling memeluk aku.
"我儿子...会回来吗?wǒ érzi hùi huí lái ma?"
(Will my son come back?) soalnya perlahan dalam pelukkan aku."他会回来,我相信他会回来,"
tā huì húi lái,wǒ xiāngxìn tā huì huí lái。
(He'll be back. I believe he will come back)
Aku menjawab soalan lemah dari Aunty Ling.Ace, walau apa yang terjadi sekalipun, kau kena cuba untuk balik! Semua orang tengah tunggu kau balik.
Xinjiang,China
Keadaan di kem itu begitu malap. Khemah dipasang dan setiap pelatih sedang berlari tanpa memakai baju menampakkan badan berketak-ketak.Lelaki itu sedang membuat aktiviti sit up, sambil kedua belah kakinya di selit pada palang besi. Barisan abs berbentuk bagaikan coklat memang cukup seksi. Badannya basah dengan peluh, belakangnya juga berubah tegap.
Lelaki itu berbaring pula dan menggerakkan kaki ke kiri kanan bagi melatih kekuatan paha. Suasana khemah yang hanya ada lampu minyak tanah membuatkan keadaan di situ kelihatan berat dan menakutkan."Allen!" Panggil satu suara. Lelaki sasa itu berhenti seketika.
Di dadanya ada rantai berbentuk bulan sabit. Allen masih tidak berpaling dan segera mengangkat tangan.
Dia bingkas bangun. Wajahnya kelihatan samar kerana lampu minyak tanah itu tidaklah begitu baik pencahayaannya."Allen Ren, esok turn awak untuk lead scout buat latihan," kata lelaki memakai baju serba hitam dengan but hitam. Lelaki yang tidak berbaju menampakkan tubuh sasa bernama Allen itu membuat isyarat okey dengan tangan.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Flower, Lily (BM)
Genç KurguMenjadi anak angkat kepada pembantu rumah keluarga orang kaya bukanlah impian Lily. Sebaliknya, jalan pantas untuk dia lari dari tanggungjawab. Perkenalan dengan dua jejaka bahkan bukan menenangkan, sebaliknya membuatkan kehidupan yang tenang bagai...