Hear Inner Voice

40 2 0
                                    

Berita mengenai Riley dan Derek mempunyai hubungan sulit jelas terpampang di tabloid dan dada akhbar. Setelah melihat berita itu, aku segera menghantar pesanan ringkas kepadanya. Dia membalas bahawa dia "okey" sahaja.
Namun, mungkin apa yang di balas tidak bertepatan dengan apa yang ada di hatinya.

Aku membaca petikan akhbar itu mengatakan Riley dan Derek kelihatan sedang berpelukkan pada waktu tengah malam di luar bilik hotel. Bilik hotel itu merupakan tempat tinggal Derek, jadi apa yang membuatkan Riley tengah malam ke sana? Lebih menyebalkan lagi, perkara itu berlaku pada malam majlis hari lahir Abigail.

Aku tersenyum sinis.

Adakah Abigail tahu?

"Lily, tengok apa tu?" Soal Ace. Aku segera menunjukkan berita itu kepada Ace. Dia mengamati gambar Derek dan Riley berpelukkan.

"What's this?" Soalnya. Aku segera menjongket bahu.

"Is...everything..." Ace tergagap-gagap menyoal aku. Aku tersenyum sahaja.

"Might cause uproar dekat saham, tapi I don't know. Let's see..." kataku. Ace diam sahaja. Aku mendekati Ace lalu membetulkan seragam polis yang kemas tersarung di badannya sebelum kami bersarapan.

Riley mengetap gigi berkurung di dalam bilik. Dari tadi pembantu rumah memanggil dia keluar makan, namun dia mahu berkurung di dalam bilik. Abigail awal-awal lagi sudah ikut pembantu rumah ke sekolah tadika.
Riley memeluk tubuh, merasakan perkara ini tidak adil untuknya.
Sebenarnya Yoh yang mencurigakan, bagaimana dia dan Derek pula mendapat masalah? Riley menguis bucu bantal sambil bermuram.
Terasa dunianya begitu gelap.


"I saw the news!" Bisik Camelia sebaik sahaja melihat aku di muka pintu pejabat Yoh. Hari ini aku membawa beberapa dokumen yang telah disemak oleh pihak guaman untuk Yoh. Sudah hampir dua minggu peristiwa majlis hari jadi Abigail. Aku dan Yoh tidak banyak bercakap mengenai hal peribadi. Dia juga tidak beritahu untuk berjumpa, mungkin sibuk menguruskan projek baharu.

Lagipula, setelah beberapa orang ahli lembaga pengarah mulai mempersoal kredibiliti Hans, Yoh kini menjadi tumpuan.

Aku juga tidak tahu mengapa. Kadang aku terfikir untuk putus sahaja daripada hubungan ini. Namun, Yoh tidak menyuarakannya terlebih dahulu. Aku dan Yoh tidak lagi seperti dahulu. Sejak majlis hari lahir Abigail, hubungan kami menjadi semakin renggang dan sukar diterangkan melalui kata-kata.

"I can't believe it yang Riley macam tu!" Kata Camelia. Aku tersengih sahaja, membalas bahawa kita tidak boleh menilai seseorang.

"By the way; I saw that guy! Superhandsome guy!" Kata Camelia tersengih. Tak padan dengan dah kahwin!

"Who?" Soalku tertanya-tanya.

"That super handsome guy," kata Camelia. Faham lah aku dia merujuk kepada lelaki yang datang bersamaku ketika ke majlis hari jadi Abigail.

"Oh," balasku perlahan.

"I tak tau pun, you dengan Yoh dah break up," bisiknya. Aku menjeling tajam, membuatkan Camelia terdiam berkelip-kelip.

"Shut up!" Marahku. Belum sempat aku masuk ke dalam pejabat, Yoh tiba-tiba dengan gopoh membuka pintu.

"Boss, are you okay?" Camelia menyoal. Aku diam sahaja memandang ke arah Yoh.

"Abigail masuk hospital!" Nadanya kedengaran cemas. Wajah Abang Yoh pucat lesi menunjukkan dia tidak boleh berlengah lagi. Abang Yoh memegang bahu kiriku sambil cuba mengukir senyum.

"I call you later," ucapnya. Aku tersenyum tawar sementara mendengar Camelia membebel bahawa anak lebih penting dari kerjaya. Setelah Yoh meninggalkan kami, senyuman aku juga pudar. Terasa "mood" aku pada hari ini rosak begitu sahaja. Fail yang ada ditangan segera diserahkan kepada setiausaha Yoh iaitu Camelia.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now