121

49 3 0
                                    

Pagi hujung minggu yang sunyi sepi. Abigail awal lagi sudah ke kelas tarian balet. Yoh setelah menggosok gigi terus turun untuk bersarapan. Kelihatan Riley sedang menjamah roti.

"Duduklah," sapa Riley tenang. Yoh mengambil tempat. Mereka berdua diam seketika. Semenjak khabar angin tidak baik, ini kali pertama mereka duduk bersemuka.

"You tak ada apa-apa nak cakap dengan I ke?" Soal Riley. Yoh diam.

"You tak nak suruh I explain apa-apa ke?" Soalnya lagi. Yoh tidak membalas.

Riley tunduk. Terasa sedikit perit di hatinya. Yoh hanya buat tidak tahu sambil menyapu mentega pada roti bakar. Segelas jus oren berada di sisinya. Riley mendengus apabila Yoh tidak mempedulikannya.

"Do you even love me?" Soal Riley. Yoh buat tidak tahu. Riley mengetap bibir.

"You should talk something. Jangan buat I macam tunggul," kata Riley. Yoh menghela nafas panjang.

"You nak I cakap apa?" Soal Yoh.

"Apa-apa! You marah I ke,you nak I explain kenapa I jumpa Derek ke..." kata Riley. Yoh ketawa sahaja.

"Well. That's your problem. I okay je mana-mana," kata Yoh. Riley bangun menghentak meja. Terasa maruahnya dipijak-pijak.

"Were you waiting for this?" Soal Riley.

"What?" Yoh tidak faham.

"Divorce?" Kata Riley menahan sebak. Yoh ternganga pula.

"Suka hati you lah," kata Yoh tidak peduli. Dia kelihatan tenang sahaja.

"I nak cerai," katanya. Yoh menghela nafas panjang sebelum mengangguk.
"Okay," selamba balas Yoh. Langsung tidak terjejas. Kerusi Riley berbunyi.
"I hate you!" Kata Riley lantas meninggalkan ruang makan. Yoh sendirian di situ. Jarinya mengetuk-ngetuk meja sementara wajahnya masam mencuka.

Aku memandu ke utara tanah air dengan memberi alasan untuk pergi menemui klien. Walaupun Ace seakan tidak percaya dengan trick aku, tetapi aku dapat lolos dengan mudah kerana kebelakangan ini dia sibuk menangkap penjenayah kes rogol yang masih bebas. Abang Yoh pula kebelakangan ini sibuk dengan projek rahsia. Sudah beberapa pegawai dia temui untuk berbincang mengenai projek yang dijangka siap dalam masa lima tahun atau tiga tahun itu. Bergantung kepada kontraktor dan pembida yang akan menang. Aku tahu pun kerana dia yang beritahu.

Aku sampai di sebuah rumah anak yatim di tepian pantai. Rumah Harapan itu sudah beroperasi lebih tiga dekad. Setelah masuk, aku segera menemui Madam Joanne di bilik pekerja. Tiada. Aku berjalan sambil bertanya kepada guru bertugas. Akhirnya, aku jumpa Madam Joanne di balkoni tingkat tiga, sedang mengelas sampah untuk proses kitar semula.

"I don't think 15k bag would suit an orphanage cleaner," perliku. Dia menjeling aku lantas bercekak pinggang.

"You told me that I should use your card," katanya.
Aku menarik muka masam. Sedangkan ibuku Helen tidak menggunakan kad kredit atas namaku untuk membeli beg dengan harga sebegitu tinggi.

"Give back my card!" Kataku kasar.

"Buruk siku," perlinya. Aku menjeling tidak puas hati. Lantaklah nak cakap apa sekalipun. Walaupun dengan gaji yang aku dapat hasil bekerja di The League cukup untuk membayar harga beg-beg yang telah dibeli, namun aku harus berwaspada. Madam Joanne mengeluarkan kad kredit aku dari dalam kocek seluarnya. Teragak-agak namun akhirnya dia pulangkan kepada aku. Jumlah jual beli yang mahal itu dengan mudah sahaja dapat dijejak oleh Abang Yoh!

Wajahnya muram.

"Bila I boleh balik?" Soalnya sambil merengek. Aku mendengus. Setelah kad berada di dalam tangan aku, aku mengeluarkan wang tunai sebanyak 15k dalam sampul coklat lantas di beri kepadanya.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now