I wish for your happiness.
Pagi hari Selasa yang agak lengang. Dua hari cuti lepas aku dan Ace pulang ke Northen City. Bukan sahaja aku dapat melawat ibu dan ayah, malah aku turut dapat makan malam dengan Uncle Wang, sambil bermain chess. Katanya, belanja awal untuk hadiah hari jadi. Ibu dan ayah membawa aku makan lobster, jadi aku cukup senang pulang ke Northen City.
Hari ini pula, kelas aku cuma ada pada pukul 8 hingga 10 pagi. Seharian hingga petang, aku tiada aktiviti. Selalunya, aku akan melepak di perpustakaan, tetapi hari ini aku mahu menikmati masa sendirian.
Tentang hari jadi, sebenarnya aku juga masih keliru mengapa hari ini. Sedangkan, aku tidak pasti bila sebenarnya aku di lahirkan. Mungkin kerana pada tarikh ini, suatu ketika dahulu keluarga kandungku sendiri meletakkan aku di hadapan rumah anak yatim.
They probably having a hard time right?
Aku menerima pesanan dari Ace bahawa petang pukul lima nanti dia mahu menjemput aku untuk makan malam. Hari ini dia sedikit sibuk dengan kelas dan latihan menembak. Tetapi, aku tidak begitu kisah, apapun yang berlaku, aku bahkan tidak peduli tentang hari lahir.
It just a simple day, that reminds me...someone threw me away.
Ianya bukanlah satu hari yang istimewa. Malahan, aku sendiri terfikir, ia juga merupakan hari di mana aku dibuang.
Tapi, aku cuba berbisik pada hati, barangkali keluarga kandung aku hidup susah dan tidak mampu untuk membesarkan aku.Ada seperkara tentang hati yang aku ingin ceritakan. Otak aku sentiasa memproses bahawa keluarga kandungku ketika mereka membuang aku barangkali sedang hidup susah. Mereka mungkin tidak dapat membesarkan aku. Aku sendiri arif tentang hal itu. Sudah beberapa kali, bukan, sudah ribuan kali otak aku memujuk hati bahawa aku bukanlah seorang anak yang dibuang.
They're just not ready yet to raise me.
But the things about heart,
Heart never listened to brain.
Kenapa hati manusia tidak pernah mendengar pujukan realiti dari otak. Acap kali aku memujuk hati, namun ianya masih tidak dapat menerima kenyataan. Ianya masih juga sering terluka, bahkan ia juga sungguh rapuh kalau dibandingkan dengan akal.
Akal yang cekal, bertemankan hati yang rapuh.
Yoh tersenyum sendirian memikirkan emel yang di kirim oleh Camelia, kakak yang bekerja di hotel milik keluarga mereka.
Susah juga untuk memikirkan hadiah hari jadi Lily, namun akhirnya dia sudah dapat idea yang cukup bernas. Yoh tersenyum sambil berlari di atas treadmill. Awal pagi lagi dia sudah turun ke gym tingkat 20 apartment untuk bersenam.
Yoh masih lagi meneruskan larian sambil memandang suasana pagi New York City dari kaca dinding.
"Morning," tegur satu suara yang cukup dikenalinya. Madam Joanne.
"Mimpi apa turun gym?" Soal Yoh terkejut dengan kehadiran Madam Joanne.
"Mummy dah nak kena balik lusa," katanya.
"Kenapa?" Yoh menutup mesin lantas memerlahankan larian sambil mengesat peluh dengan tuala kuning air yang tergantung di leher.
"That old witch lah! Dia suruh mummy balik jangan kacau you," rungut Madam Joanne. Yoh senyum. Walaupun dia sedih mummy akan pulang, namun dia juga sedikit lega.
"Yoh tak ada kelas hari ni?" Soal Madam Joanne. Yoh mengangkat kening, tidak mahu menjawab soalan yang sedia ada jawapannya. Hari Selasa. Siapa yang tak ada kelas? Kalau dah nama pelajar, jangan kata hari biasa, hari minggu pun kena standby kalau ada kelas. Itu tak masuk dengan kerja rumah cuti semester lagi !

ANDA SEDANG MEMBACA
My Flower, Lily (BM)
Ficção AdolescenteMenjadi anak angkat kepada pembantu rumah keluarga orang kaya bukanlah impian Lily. Sebaliknya, jalan pantas untuk dia lari dari tanggungjawab. Perkenalan dengan dua jejaka bahkan bukan menenangkan, sebaliknya membuatkan kehidupan yang tenang bagai...