Graduation!

46 3 0
                                    

The war outside our door keeps raging on

Mary sedang membuka bungkusan di ruang tamu menggunakan pisau kertas. Kotak sederhana besar itu dikirim oleh Abang Yoh. Ini kerana, barang-barang make up Mary masih belum dipasarkan di dalam negara. Bungkusan itu di buka dengan teliti. Madam Joanne yang baru balik dari gym ternampak bungkusan itu:

"Sejak bila Yoh jadi personal shopper ni?" Perlinya. Dia tidak suka Mary asyik meminta Yoh mengirimkan barang dari US.

"Biarlah, bukan kacau duit mummy!"balas Mary. Dia mengeluarkan beberapa bungkusan pallette yang sudah di balut kemas! Tidak menyesal dia meminta tolong Yoh. Barangnya dibalut kemas!

Madam Joanne duduk di tepi Mary melihat dia membuka barang. Matanya tertarik pada satu kotak muzik. Bentuknya kecil sahaja, buatan tangan. Perlahan Madam Joanne cuba mengambil kotak itu.
Mary segera menarik kotak itu dari tangan Madam Joanne.

"Ni Lily punya! Hadiah grad dari abang! Tak boleh pegang!" Marah Mary.
Madam Joanne mencebik.

Hatinya tidak sedap. Kenapa Yoh sanggup menghantar hadiah graduasi dari jauh untuk Lily? Sejak bila mereka baik? Ada apa-apa yang dia tidak tahu?

Tak mungkin! Yoh mesti bercinta dengan Riley! Ataupun sesiapa yang sama taraf dengan mereka! Tak boleh anak pungut entah mana di kutip!

"Lily dengan Abang Yoh ada apa-apa ke?" Soal Madam Joanne cuba mencungkil rahsia. Mary menjongket bahu.

"Adalah balas emel kot," kata Mary tenang. Madam Joanne mengangguk. Dia tidak sedap hati! Tak boleh! Kalau Yoh ada apa-apa dengan Lily, dia akan tentang hubungan mereka sehabis mungkin!

Harapnya mereka cuma sekadar anak majikan dan anak pekerja!

Tahun ini berlalu dengan cukup tenang dan pantas. Hari ini merupakan hari graduasi aku sebelum bercuti beberapa bulan sementara menunggu keputusan universiti. Aku sudah cari kerja di kedai serbaneka sebagai pembantu kedai. Semuanya berjalan lancar!

Setiap hujung minggu aku akan berbalas emel berbual dengan Abang Yoh. Semuanya macam biasa. Eliz pula sudah tinggal di Kyoto hampir setengah tahun. Rumah juga semakin sunyi.

Apabila nama aku dipanggil untuk naik ke pentas, aku segera tersenyum. Melihat ibu ayah bertepuk tangan di bawah, aku rasa sudah cukup bahagia. Pengacara majlis mengumumkan pencapaian aku selaku presiden persatuan pelajar. Aku berdiri tegak di podium memandang pelajar lain yang turut sama bergraduasi. Pada majlis Abang Yoh dahulu aku tidak dapat hadir kerana ada periksa.

"This is not the end!" Aku bermukadimah sambil memandang segenap dewan yang bakal dirindui ini.
Aku membaca teks ucapan sambil cuba menahan diri daripada menangis terharu. Sudah banyak perkara berlalu sepanjang aku bersekolah. Kisah perit dan kisah manis. Segalanya bercampur baur sekarang.

Setelah habis berucap, aku segera turun. Pelajar yang sebelum ini tidak pernah tegur aku turut mengucapkan tahniah. Saling memberi ucapan kepada satu sama lain.

Ayah mengambil gambar aku berlatar belakang kan sekolah dan laman hijau. Ibu memeluk aku yang memakai jubah bewarna hitam dengan line kuning. Aku juga memeluk ibu. Tiba-tiba, sebuah kereta yang cukup aku kenal meluncur laju. Ace!

Dia menegur ayah dan memeluk ibu. Dah nampak macam anak sendiri pula gayanya. Ace segera membantu ayah mengambil gambar kami bertiga. Banyak juga dia ambil gambar. Bermacam-macam gaya!

"Mana hadiah?" Aku menyoal Ace. Dia menunjukkan isyarat tunggu sebentar. Aku sebenarnya sedar sahaja ada banyak pasang mata yang curi pandang ke arah kami. Mungkin ada juga yang sudah salah faham.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now