Betrayer

38 3 0
                                    

Yoh meletak panggilan yang diterima. Wajahnya berubah marah, geram dan tidak puas hati. Dia kemudian mengambil telefon bimbit yang dicampak, lalu menghubungi Lily.

"Jumpa abang malam ni," kata Yoh sebaik sahaja Lily mengangkat telefon.

"Okey," sepatah sahaja balas Lily sebelum Yoh meletak telefon. Yoh tidak terus menunggu lalu meletakkan telefon. Hujung jarinya mengetuk-ngetuk meja sebelum memandang keluar tingkap.

"Lily...Lily...Lily..." sebutnya sambil menggigit hujung jari.

Tanpa dia sangka, rupanya kehilangan ibunya angkara gadis itu. Dia tidak tahu mengapa Lily buat begitu, namun kes itu sepertinya mencurigakan. Buat apa Lily menyorokkan ibunya? Tambahan lagi, hal itu diketahui daripada penyiasat upahan yang diupah. Menurut rekod, bil kad kredit Lily, dia dapat menjejaki keberadaan ibunya. Yoh sendiri bingung.

Dia mengambil telefon semula. Nombor penyiasat upahan di dail semula.

Kepercayaannya kepada Lily semakin menipis dan diragukan. Bukan.

Yoh dari dahulu tidak pernah percaya dengan sesiapa.

"I nak tahu hubungan Lily dengan Ace!" Arahnya.

Berubah hati? Yoh menjangkakannya awal lagi apabila Ace kembali muncul. Namun, ianya disangkal kerana hubungan mereka memang begitu. Mungkin ada benarnya. Lily telah berubah hati dengannya. Yoh mengeluh.

Kesalahan bukan semunya pada Lily. Kalau dahulu dia berkeras tidak ikut plan bodoh Lily dan berkahwin, sudah pasti mereka berdua akan bahagia hingga ke hari ini. Yoh kemudian duduk kembali di kerusi. Foto wajah riang gembira Abigail menarik tumpuannya.

Takkan sebab Abigail, Lily boleh berubah hati? Abigail cuma anak kecil. Lagipula, dia berhasrat untuk menceraikan Riley. Kemudian, Yoh, Abigail dan Lily boleh hidup gembira bersama. Yoh sendiri juga tahu, Lily tidak berminat untuk mempunyai anak atau mengandung.

Jangan-jangan, Lily memang sudah berubah hati?

***
Panggilan yang cukup ringkas itu segera mematikan mood membeli belah aku. Ace sedang mencuba kasut sukan sementara aku duduk di kerusi memandang ke arahnya. Panggilan ringkas Abang Yoh sebentar tadi senang sahaja mematikan mood aku yang awalnya baik.

Kacau daun betul. Apa masalah dia lagi?
Mungkin benar kata Brandon, kami berdua cuma catur dalam permainannya.
Sampai bila kami akan begini?

Bila difikirkan kembali, hubungan Abang Yoh dan aku sebenarnya sudah retak menanti belah, bagaikan telur dihujung tanduk, bila-bila masa sahaja kami berdua boleh putus.
Seperti mana dia tidak percayakan Brandon, aku ras bila-bila sahaja dia akan hilang kepercayaan pada aku.

Tetapi aku tahu. Dia tidak akan sebegitu mudah melepaskan aku. Tambahan lagi, hal-hal syarikat semuanya aku tahu. Aku juga masih bekerja di The League, jadi kalau apa-apa terjadi pasti kami akan kerap bertemu. Kalau dia lepaskan aku sekalipun, aku tetap tidak mahu merisikokan karier yang aku bina selama ini.

You guys know, every oppurtunities that I had, all because of him.

I kinda don't want to risk my carrier thou.

"Cik, hari ni ada promosi. Beli couple item, buy 1 free 1," kata jurujual. Aku memandangnya.

"Yang boyfriend cik beli ni, couple item," katanya ceria.

"But he's not..." belum sempat aku menerangkan bahawa Ace bukannya teman lelaki, aku terpandang ke arah poster promosi. Kasut pasangan kekasih itu memang ada promosi. Kasut biru lembut untuk lelaki, dan kasut sukan lilac dengan tali bewarna merah jambu muda untuk perempuan. Cantik. Cantik gila! Memang kena dengan citarasa aku! Kalau beli 1 percuma 1, jadi...

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now