Yoh D'Generouz

138 6 0
                                    


Home is the place we'll be

"Take care," aku berpesan kepada adik sekamar denganku Layla. Wajahnya sugul dan muram. Dia duduk di bahagian atas katil dua tingkat kami sambil bersila. Matanya tepat memandang aku yang sedang mengemas loker dan meja belajar.

"Kakak betul-betul nak pergi?" Soalnya sugul. Aku berhenti dari memasukkan buku-buku kedalam beg sekolah. Seketika kemudian aku mengangguk. Ya, mungkin sudah tiba waktu untuk aku memulakan hidup baru.

Layla termenung di atas katil. Kisah Layla bukan asing bagiku. Dia merupakan anak yang cukup nakal. Barangkali disebabkan didera oleh keluarga angkat yang menjaganya, perangai Layla sering menjadi perhatian para guru. Aku ditugaskan untuk memerhatikannya. Ya, mungkin juga disebabkan aku yang paling tua dikalangan anak-anak yatim disini. Layla sudah tiga kali bertukar keluarga angkat hinggakan akhirnya dia ditempatkan disini. Kes keluarga pertama, dia lari dari keluarga tersebut. Keluarga angkatnya yang kedua, disyaki mendera Layla. Manakala, keluarga angkat yang ketiga, mengambilnya selama satu minggu sebelum menghantarnya kembali ke sini. Kanak-kanak lapan tahun itu memerhatikan aku.

Aku sejujurnya kasihan padanya. Namun, kasihan tidak akan merubah apa sekalipun.

"Nanti kalau berkelapangan akak datang melawat," aku sekadar bermanis bicara. Layla menenung tepat anak mataku seraya tersenyum sinis.

"Okey," sepatah balasnya seolah-olah langsung tidak percaya dengan janjiku. Pada hakikatnya, aku tidak berjanji untuk pulang melawat, aku sekadar berbahasa dengannya.

Aku memandang ke luar tingkap disepanjang perjalanan. Cermin bahagian belakang dibuka luas kerana penghawa dingin kereta ayah rosak dan masih belum dibaiki. Sepanjang perjalanan ibu menceritakan tentang kisah pertemuannya dengan ayah.
Canggung. Aku sedikit canggung untuk memanggil mereka ibu dan ayah.

Kisah mereka berdua berjumpa di rumah agam keluarga D'Generouz sememangnya mencuit hati. Ibu dibesarkan bersama Tuan Greig D'Generouz dan tiga orang adiknya, Mariah D'Generouz, Anna D'Generouz dan Belle D'Generouz.
Semenjak kecil, ibu dibesarkan disana. Emak ibu juga merupakan pembantu rumah keluarga tersebut. Ibu berkenalan dengan ayah ketika ayah bekerja sebagai pemandu Puan Besar, Ratna D'Generouz.

Cinta mereka mula berputik apabila ayah selalu membawa ibu ke pasar untuk membeli barang keperluan dapur. Keluarga D'Generouz sememangnya menitik beratkan soal makan. Hanya barang dari sumber organik sahaja yang akan dimasak. Manakala, setiap pagi perlu beli bahan mentah yang segar. Ibu kelihatan gembira bercerita tentang kisah mereka. Ayah tersenyum melihat mereka.
Tatkala ayah menjelingku melalui cermin belakang, aku cuba untuk senyum. Sejujurnya, aku kurang selesa dengan sikap ramah mereka. Aku sudah biasa sendirian.

Kereta kami memasuki perkarangan rumah agam putih keluarga D'Generouz membuatkan aku ternganga. Besar, luas dan kelihatan sungguh megah. Terdapat taman yang luas dan air pancut di halaman rumah. Kereta kami menyusuri perkarangan belakang rumah agam, terdapat satu rumah sederhana besar yang bersambung dengan rumah agam. Lapangannya lebih indah dengan taman bunga mini yang cantik. Garaj rumah agam ini turut berada di belakang perkarangan rumah agam. Kereta mewah import disusun dengan aturan yang begitu kemas.

Ayah masih lagi memandu ke belakang. Gila! Rumah agam ini jauh lebih luas berbanding rumah anak-anak yatim yang pernah aku diami sebelum ini. Di belakang, terdapat sebuah rumah yang sederhana kecil. Ayah meletakkan kereta dihadapan rumah itu.

"Ini rumah pekerja, mulai hari ini, ini rumah kita," kata ibu lalu keluar dari kereta. Ayah juga begitu. Kemudian, ayah membuka but kereta mengeluarkan barang-barangku yang tidak banyak. Aku cuba menolong, namun ayah melarang.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now