ReUniOn

42 2 0
                                    

Jam sudah menunjukkan 7:30 malam. Hari ini aku tidak ada temu janji kerana Abang Yoh dan "isterinya" menghadiri majlis reunion alumni sekolah. Setiap dua tahun sekali, mereka akan mengendalikan majlis tersebut, tetapi aku tidak pernah sekalipun hadir, walaupun batchmates aku ada yang terlibat. Lagipula, aku dan abang sedang berperang dingin.

Aku menuang air masak sejuk ke dalam mug. Bilik Ace masih lagi berkunci, cuma ada sedikit cahaya dari celah pintu bilik kelihatan. Sejak episod luahan curhat dari hati, Ace tidak mempedulikan aku. Tetapi sebelum ini juga dia langsung tidak peduli dengan aku.
Aku minum air sambil bergerak ke peti sejuk. Semenjak memulakan diet, tidak makan malam, aku sering makan buah-buahan sahaja.

Kedengaran pintu bilik terbuka. Aku segera berpusing untuk melihat. Kelihatan Ace lemgkap memakai sut bewarna biru gelap, dan kemeja hitam yang dibuka butang menampakkan bahagian dada yang begitu seksi. Gayanya macam mahu menghadiri majlis sahaja. Rambutnya dipakaikan gel, kemas sahaja. Wajahnya yang putih kemerah-merahan menampakkan gayanya yang lain. Sepasang mata hazel yang jernih, jawline tajam. Kelihatan dia tidak serabut lagi.

"Kata nak pergi reunion..." kata Ace memandang aku. Aku hampir sahaja tersembur air di dalam mug. Aku segera berdehem sambil mengelap air yang tumpah di mulut. Mata nakal aku tidak dapat bergerak dari melihat dadanya!

Lily! Bitch! Stop it! Why you so gatal?!

"Serius nak pergi?" Soalku.

"Well....I can't stay inside forever right?" Soalan aku di balas dengan soalan. Aku tersenyum nipis.

"10 minutes aku siap!" Kataku lalu meluru masuk ke bilik memilih baju dan memulakan tatarias. Ace tersenyum sahaja.

Aku memilih dress bewarna merah jambu peach sambil meletakkan selendang putih di belakang leher aku. Dress labuh itu kelihatan biasa sahaja. Aku cuba make-up gaya korea agar kelihatan segar dan manis. Pintu bilik aku dibuka,

"Excuse me, you cakap 10 minutes but now, dah dekat setengah jam," katanya. Aku menoleh lalu mengambil tas tangan yang ada di atas katil.

Aku mengerling jam tangan, sudah hampir pukul 8. Tidak sangka pula lama juga aku bersiap.

"How do I look?" Soalku.

"Well..." Ace menggaru kepala, tidak membalas pertanyaan aku.

"Whatever. I just need to look better than Riley," kataku tanpa berfikir panjang.

Yoh bergandingan bersama Riley tersenyum ke arah tetamu yang hadir. Rata-rata mereka hadir disebabkan perjumpaan pada malam ini turut melibatkan bintang bola sepak terkenal, Derek.

"Korang pergilah makan, biar aku sambut tetamu pulak," kata Yamato yang datang entah dari mana. Brandon ada di belakangnya.Riley mengangguk, namun Yoh masih sahaja mahu berdiri di situ.
Setelah dipujuk, baru Yoh bergerak dari situ.

"Aku tengok Yoh tu macam tak happy," komen Yamato apabila Riley dan Yoh berlalu pergi. Brandon diam membisu, tidak mahu menambah komen.

"Kau tak rasa macam tu ke?" Soal Yamato. Brandon menjongket bahunya.

"Apa yang tak bahagianya, diaorang dah ada anak dah pun!" Brandon cuba berdalih. Yamato mendengus.

"It seems like Riley yang usaha nak rapat but...maybe my feelings je kot!" Yamato mula menduga diri sendiri. Brandon diam. Majlis reunion mereka berlangsung dengan megah, diiringi alunan muzik klasik bagaikan makan malam orang kaya-kaya.

Becky duduk di sebelah Sasha. Pereka fesyen terkenal itu juga datang. Ryan juga ada bersama mereka. Setelah percintaan dengan Sasha putus, dia sambung belajar di Jepun, bercinta dengan Elizabeth D'Generouz, namun putus juga di tengah jalan. Puncanya, dia mahu pulang tetapi Eliz mahu tinggal menetap di Jepun.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now