White Veil Occasion

48 3 0
                                    

Will you marry me?

Keadaan di dalam dewan itu sungguh eksklusif dengan hiasan belon dan bunga-bunga mawar segar. Belon bewarna ungu putih itu digantung di setiap penjuru dewan. Apabila pengantin melangkah masuk, lampu dimalapkan untuk memberi lampu sorotan kepada pasangan mempelai yang sama padan bagaikan pinang di belah dua.

Aku duduk di belakang bahagian audio, mengetap gigi menahan perasaan dari bersedih hiba. Aku cuba kuat melihat Abang Yoh dan Riley menyapa tetamu-tetamu yang hadir dengan ucapan tahniah. Upacara memotong kek dimulakan. Aku masih lagi tercegat di situ, meraba rantai pemberian Ace yang sentiasa menjadi peneman di kala aku berduka.

Aku tidak boleh tewas dengan perasaan. Aku perlu rasional.

Wake up Lily! This is the sacrifies that me and Yoh need to do!

Riley kelihatan sungguh elegan dengan busana rekaan pereka M&G yang terkenal. Baju putih dengan manik-manik itu sungguh cantik bila dipadankan dengan badannya yang cukup cantik dan ramping. Wajahnya disolek kelihatan sungguh natural, menampakkan kecantikkan asli.
Berbeza betul dengan aku.

Meh! I look ugly!

Perkahwinan antara Abang dan Riley merupakan rencana yang aku sendiri fikirkan. Melalui perkahwinan ini, peluang Abang untuk menandingi Abang Hans adalah lebih cerah. Setelah berkahwin, Madam Ratna tiada alasan lagi untuk menolak Abang Yoh sebagai salah seorang pewaris. Aku sangat yakin bahawa bukan sekadar Madam Besar Ratna, malahan Madam Honey juga tidak mahu cerita sebenar tentang Yoh diketahui umum.
Buktinya, Madam Joanne disuruh tinggal di rumah lain yang dibelinya suatu ketika dahulu.Mereka bagaikan mahu menghapuskan jejak Madam Joanne dari kehidupan sosial Yoh.
Namun, tidak ada yang boleh memisahkan hubungan darah antara anak dan ibu. Bagaimana rahsia sekalipun, Riley lambat laun pasti akan tahu.

Whatever. When she knows, there's no crying over spilt milk.

Aku bagaikan tersedar. Lambat laun, Riley pasti akan tahu hubungan aku dengan suaminya. Terasa aneh membahaskan abang dengan gelaran suami orang. Biarlah dia tahu, asalkan bukan sekarang.

Aku terasa ada seseorang memeluk lenganku. Ibu. Dia memandang ke arahku dengan segaris senyum.

"Ibu teringin nak tengok Lily macam tu pulak," katanya. Aku ketawa, memberi alasan masih terlalu awal untuk berkahwin. Lagipun aku baru sahaja mendapat kerja dan bergraduasi. Sengaja aku mengatakan impian itu masih terlampau awal. Ibu memberikan pandangan penuh makna yang sukar untuk aku tafsirkan.

Ibu tak boleh tahu tentang aku dan abang. Ibu juga tak boleh tahu bahawa ini adalah rancangan aku dan abang supaya dia dapat kedudukan di bawah naungan D'Generouz. Kami perlu singkirkan Hans terlebih dahulu, dengan pengaruh keluarga Summers M&G. Tapi bagaimana?

Brandon yang datang entah dari mana tiba-tiba berdiri di sebelah aku. Apabila ibu melihatnya, dia memberitahu ibu bahawa Mary sedang mencari ibu untuk urusan dengan katering. Ibu kemudian meninggalkan aku dan Brandon memerhati Abang Yoh dan Riley sedang memotong kek.

"You're so crazy. How could you act like nothing happend!" Bisik Brandon. Aku menjeling ke arah lelaki yang memakai sut hitam itu. Terasa bengang dan panas telinga dengan kata-katanya.

"You dengan Yoh sama je! Psychopath!" Sindirnya.
"Kalau pasal benda ni pun I dah jatuh, then I'm not fit enough for him," kataku. Aku harus kuat.

"Gila!" Sepatah kata Brandon.
"Derek knew about you guys," katanya. Dia kelihatan begitu tegang.

"You told him?" Soalku penuh syak wasangka. Brandon segera menyangkal dakwaan sembarangan aku.

"Apa kita nak buat?" Soalnya. Aku mencari-cari Derek dari celahan tetamu. Dia sedang memandang Riley, manakala Yamato ada disebelahnya. Tempat aku dan Brandon agak tersembunyi kerana berada di belakang jauh dengan audio. Walaupun kami bercakap perlahan, bunyi audio yang kuat bagaikan menenggelamkan kami berdua, di tambah lagi dengan pencahayaan yang malap.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now