Nightmares

38 2 0
                                    


Malam pekat dengan lampu putih menampakkan Allen sedang mengacu pistol tepat ke arah kepala Hyuk. Hyuk, lelaki berbadan penuh tattoo, orang yang mula-mula membawa Allen masuk ke dalam kumpulan kongsi gelap. Mereka terpecah apabila pihak berkuasa melakukan serangan terhadap sarang dadah mereka. Hyuk merupakan orang paling kanan dalam organisasi tersebut, manakala Allen anak buahnya.

Mereka berkenalan ketika Hyuk menyelamatkan Allen dari pemiutang dadah. Hyuk menyeret kakinya yang terluka ke belakang. Pistol yang di acu oleh Allen langsung tidak mendebarkannya. Allen yang suatu ketika dahulu pernah tercedera belakangnya terkena besi panas mendidih kerana menyelamatkannya kini sedang berhadapan untuk mengambil nyawanya.

Letupan di stor sebentar tadi membuatkan mereka terpisah dengan ahli kumpulan yang lain. Ketika menyelamatkan Allen yang tercengag, sebelah kaki Hyuk dihempap oleh serpihan runtuhan. Puas mereka mengubah bongkah dan lari ke stor lain.
Namun, sangkaan Hyuk meleset. Lelaki yang baru tadi dia cuba selamatkan kini sedang menunggu untuk mengambil nyawanya pula.

"Shoot Allen!" Katanya. Lelaki berkumis dengan badan penuh tattoo itu ketawa.

Baru tadi lelaki itu selamatkan nyawanya. Allen meletakkan pistol lalu cuba memapah lelaki itu. Sebaliknya, lelaki itu menangkis Allen yang cuba membanti.
"Run Allen! Kalau kau bunuh aku, polis masih akan dapat tangkap kita. Semuanya dah tamat," kata lelaki itu sambil menahan kesakitan.

Di situ hanya ada mereka berdua. Teman yang lain sudah lari bertempiaran, dan mungkin ada juga yang telah menyerah diri dan ditembak.

"Shot to kill," ringkas sahaja arahan yang dia terima sebelum letupan itu berlaku. Salah seorang rakannya maut serta merta, dia sempat diselamatkan oleh Hyuk.Hyuk memang penjenayah, tetapi dia bukanlah jahat. Sepanjang enam tahun dia bekerja, Hyuk menganggap Ace bagaikan adik sendiri.

"I was with the force to begin with," kata Allen. Hyuk ketawa sarkastik. Jenaka yang dibuat Allen tidak kena pada tempat. Ketika ini, salah seorang perlu lari untuk selamatkan diri. Hyuk awal-awal lagi sudah mengalah. Kakinya sudah tidak dapat bergerak lagi.Dia cuba mengerang kesakitan dan mahu menembak Allen menyuruh lelaki itu cepat melarikan diri, namun sewaktu dia mengangkat pistol yang disorokkan dalam but kasut, Allen sempat menembak tangannya.

"I'm so sorry brother," kata Allen. Allen memegang pistol kemas, dia menghalakan pistol ke arah dada Hyuk. Paling kurang, kalau dia tembak, Hyuk boleh terselamat.
Hyuk memang penjenayah yang dikehendaki, tetapi dalam masa yang sama, sosok itu sudah bagaikan abang sepanjang Allen menyertai organisasi mereka. Dia tidak sanggup untuk membunuh lelaki itu.

"Apa ni?" Soalnya tidak faham.

Allen memegang pistol kemas.

"I told ya, I'm with the forces," kata Allen sedikit cemas.

Hyuk ketawa. Terasa diri diperbodohkan. Lelaki yang dia selamatkan kini sedang mengacu pistol tepat ke dadanya.
"If you kill me Allen...you will remember me every night! You will remember this moment for all your lif..." belum sempat dia menghabiskan ayat, satu peluru hinggap pada kepala Hyuk melintasi ruang atas bahunya. Allen merasakan ada peluru datang dari arah belakangnya dan tepat mengenai Hyuk.
Tangannya menggeletar hebat. Kepala yang ditembusi peluru itu dipandang tanpa kelip.

Beberapa orang penembak tepat sudah bersembunyi di situ. Mereka merancang perkara ini sudah lama, Allen yang akan membawa lelaki penuh tattoo itu ke tempat ini. Dia juga pernah menjadi anggota penembak tepat, jadi dia arif dengan protokol-protokol mereka.

Tangan Allen menggeletar hebat, pistol dari tangannya terjatuh, pegawai lain mengepung dan menangkapnya untuk proses soal siasat. Seperti biasa, jika seseorang pengintip melepaskan tembakan ke arah suspek utama, mereka akan turut disoal siasat. Kesetiaan mereka terhadap negara akan dipersoalkan dengan cara penderaan mental.

"Why don't you motherfuckers let me shot him!!!!!" Raung Allen. Dia sudah bersedia, bersedia untuk menembak. Namun, bukan ini pengakhiran yang dia mahukan.

Ini bukan kali pertama Allen tertangkap. Mereka menyerangnya sehingga dia tertiarap. Darah Hyuk mengalir ke lantai terkena sedikit hujung bajunya.
Allen bagaikan hilang nyawa.

Aku keluar untuk mengambil air. Sudah jam satu pagi tetapi aku masih belum mengantuk. Ace barangkali sudah tidur di dalam biliknya. Banyak kerja yang aku perlu siapkan, antaranya laporan kes perbicaraan dan lain-lain kerja yang tertangguh. Tekak aku terasa gatal, segera aku keluar membuka peti sejuk minum air.

"Argghhh!!!!" Terdengar raungan kuat dari bilik sebelah. Ace! Aku segera berlari dengan botol air masak kosong di tangan menerjah ke biliknya. Ace kelihatan sedang menekup telinga sambil tercungap-cungap. Dia meraung seketika dengan mata merah yang meliar memandang ke arah kiri dan kanan sambil memeluk tubuh. Badannya berpeluh dingin, tangannya sejuk. Nafasnya turun naik dengan laju hinggakan aku juga berasa cemas tidak tentu arah.

Kenapa ni?

Panic attack?!

What do I do?

Terkocoh-kocoh aku memegang wajahnya. Dia bagaikan sedang dalam ketakutan. Ingat! Kalau berhadapan dengan situasi ini pertama aku perlu tenangkan Ace. Kedua, aku perlu berikan dia ubat. Dan....

"Ace! Ace! Ace" panggilku.

"Go..." katanya menggeleng ketakutan.

"Ace! Listen! Count with me.. One.. Two.. Three..4..5..6...7..8..9..10..." aku memandang ke araha anak matanya. Kelihatan dia mula fokus dan sedikit bertenang.

"Where's your medication?" Soalku. Dia tidak menjawab sebaliknya menjeling pada arah laci meja. Aku membuka laci meja melihat ubat-ubatan yang banyak. Segera aku mengambil ubat anti-depressant tertulis dengan pen marker bewarna hitam. Mujur sahaja aku lari tadi bawa botol air.

What's with these medication! Since when Ace got panic attacks?

"How much you selalu makan?" Soalku. Ace menunjukkan angka dua dengan jari. Setelah dia menelan ubat, dia kembali bertenang. Aku masih lagi menepuk bahunya. Dia memeluk tubuh. Badan besar itu kelihatan seperti anak kecil.

"Now sleep," arahku. Ace tidak menjawab aku sebaliknya hanya menurut. Mungkin disebabkan ubat, dia rasa mengantuk. Aku menepuk bahu Ace sehingga dia betul-betul kembali tenang dan terlena. Kemudian, aku keluar dari bilik tersebut untuk mengambil komputer riba yang ada dalam bilikku.

Malam ini, aku akan buat kerja di bilik Ace. Mana tahu, kalau simptom dia datang kembali.



Ace membuka mata. Hari sudah cerah, dan dia baru bangun tidur. Apabila dia memandang ke sisi, kelihatan Lily sedang tidur di atas lantai sambil kepalanya berada di atas katil. Di atas katil juga terdapat komputer riba yang dibiarkan terbuka. Segera Ace mencapai telefon. Mujur sahaja hari ini hari minggu.

"Lily," panggilnya mengejutkan wanita berambut perang itu. Lily bingkas bangun dari tidur. Pipinya ada bekas kerana tidak tidur dengan betul.

"You're okay?" Soal Lily sebaik sahaja membuka mata. Ace diam, teringat perkara yang terjadi semalam. Dia tidak menjawab. Lily bingkas bangun dan mengeliat.

"Dah pukul 11 lah pulak. I masak lunch terus okay ke? Or you still nak breakfast?" Soal Lily. Ace tidak menjawab, sebaliknya hanya diam tertunduk.

"You ada nak request makan apa-apa?" Tanya Lily dengan senyuman. Ace menggeleng.

"Mee hailam? Mee hailam nak? You suka kalau I buat mee kan?" Soal Lily. Ace memandangnya tanpa kelip.

"Hmm," jawapan Ace cukup untuk membuat Lily senang hati.

Dan beberapa hari selepas itu, peristiwa yang sama berulang lagi. Ace akan mimpi ngeri hampir setiap malam, dan aku akan menanti dia masuk tidur baru aku tidur.

Hampir setiap malam, aku diganggu oleh jeritan dan serangan yang dihadapinya. Aku ada sebut tentang berjumpa doktor, namun dia diam sahaja. Hidup Ace bagaikan lebih tidak tentu arah kalau aku tiada. Kadang-kadang dia kelihatan ceria dan okey, tetapi selalunya dia akan muram dan termenung.

Aku risau. Kalau ibunya tahu pasti akan jatuh sakit kembali. Aku mahu memberitahu Uncle Wang, tetapi beliau sibuk menguruskan hal berkaitan dengan kenaikkan pangkat.
Ace..
Ace...
Apa yang tak kena?

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now