One Call Away

43 1 0
                                    

Starry starry night

Bunyi siren yang kuat menyebabkan Ace dan para pelatih kadet semua bergegas memakai baju untuk turun ke padang kawad kaki. Sejak kehadiran Trainer Gu, waktu rehat pelajar seperti sedikit terganggu.Louis segera mengikat tali kasut. Sementara Ace pula masih lagi memakai seluar.

Tiba-tiba, telefon Ace berbunyi. Lily.

"Cepat oi! Nanti kena denda!" Kata Louis apabila melihat Ace sedang melihat telefon,

"Jap. Lily call," kata Ace lalu mahu mengangkat telefon.

"Trainer penting ke Lily penting?" Perli Louis apabila Ace masih lagi lengah.

"She won't call unless things are important!" Tegas Ace segera mengangkat telefon. Louis mengetap gigi sambil menggeleng.

"Okey, I datang sekarang!" Kata Ace. Dia memandang Louis.

"Woi, kau cover aku jap. Aku serious kena pergi dekat Lily!" Kata Ace segera mencapai kunci kereta.

"What!" Tengking Louis.

"Cakaplah nanti aku balik, aku cover 100 round padang!" Kata Ace segera keluar. Apabila sampai di koridor kelihatan pelajar semua tergopoh-gapah turun ke padang kawad, manakala dia berlari ke arah parkir kereta menghala ke pagar utama.


Aku terasa kebas. Kepala aku kosong, manakala kaki aku terasa sejuk bagai ada yang mencengkam.

Was it ghost?
Did I just talk to a ghost.

Peluh dingin memercik keluar, nafasku yang turun naik dari tadi membuatkan kadar denyutan nadi aku semakin laju. Belakang aku terasa ada sesuatu namun aku tidak berani menoleh. Usai aku menelefon Ace, dia segera meminta aku keluar dan tunggu di perkarangan asrama perempuan sementara dia sampai.

Beberapa minit kemudian, aku melihat kereta Ace meluncur laju ke hadapan perkarangan asrama. Aku hanya duduk mematung di atas bangku sementara Ace terus keluar kereta dan meluru ke arah aku. Perlahan dia duduk melutut di hadapan aku sambil memegang kedua belah lengan aku.

"What's the matter?" Soalnya lantas membetulkan anak rambut yang menutup mata aku. Ace segera membantu aku menarik sweater lantas bangun dan duduk di sebelah aku. Diam seketika.

"看你下的 kàn nǐ xiàde!" (Look how scared you are) ucap Ace.

"You're lucky sebab I just one call away..." kata Ace. Aku cuma diam sahaja.

"I was so scared," ujarku.

"Okay. Tenang. Now tell me," kata Ace perlahan. Nafasnya tenang.

Aku kembali teringat pada Katy yang berbual dengan aku di tingkap. Sekali diperhatikan, macam mana dia boleh berada di tingkap...dan....

Segera aku memeluk Ace dengan erat. Kedengaran nafas Ace turun naik membuatkan aku terasa sedikit tenang.
Lantaklah mata-mata manusia yang memerhati aku! Aku sudah tidak peduli dengan pandangan orang lain lagi. Nafas Ace kedengaran seirama dengan denyut nadinya.

At least, he's a human! Not a freaking ghost!

"I was talking with her. Then suddenly she comes from the door and asked, who did I talked to?" Ujarku.
Ace senyap lama lantas memegang kepala aku yang ada di dadanya. Aku terasa bahawa tubuh besar dan otot-otot Ace sedikit keras, mungkin kerana latihan intensif di akademi.

Was his chest always this broad? Well... he's just huge.

"So, you're saying...you talked to something isn't Katy?" Tanya Ace.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now