Aku melipat baju yang baru aku angkat dari ampaian. Esok aku akan pergi ke lapangan terbang untuk hantar Ace. Aku sudah berbincang dengan ibu dan ayah. Mula, mereka akan datang ambil aku kemudian ke lapangan terbang. Kapal terbang Ace akan berlepas selepas waktu makan tengah hari. Rasanya, ayah Ace akan hantar dia esok.
Semester kali ini tamat dengan peperiksaan. Semuanya berjalan lancar, dan aku cuma harapkan keputusan yang baik. Minggu depan aku akan mulakan kerja tutor, jadi aku akan tinggal di Middle City. Mungkin akan pulang hujung minggu ke rumah D'Generouz ataupun ibu dan ayah yang akan datang melawat aku.
Ace awal-awal lagi sudah bagitahu aku yang dia mahu berjumpa rakan-rakan akademi sebelum pergi. Sebetulnya aku mahu dia berjumpa dengan Hana sebelum pergi ke Hong Kong. Namun, hubungan aku dengan Hana sekarang juga tidak berapa baik. Sejak kes Hana datang ke apartmen aku marah-marah, kami tidak lagi berhubungan seperti dahulu. Hana juga ada rakan-rakan lain yang rapat dengannya.
Telefon aku tiba-tiba berbunyi. Aku melihatnya.
Abang Yoh.
Jarang sekali dia menelefon aku pada waktu-waktu begini. Pelik.
"Hello," suara Abang Yoh kedengaran begitu lemah di talian.
"Kenapa lemah je ni?" Soalku.
What's wrong?
Abang Yoh ketawa, masih lagi lemah. Sekarang di tempatnya mungkin masih lagi awal pagi.
"Kenapa call ni?" Soalku prihatin.
"Rindu," suara Abang Yoh sedikit manja dengan gaya yang cukup menggoda. Suara garau serak basah itu membuatkan jantung aku berdegup laju.
Omg! Omg!
"Eleh," perli aku membuatkan Abang Yoh ketawa besar. Tak ada kelas kah hari ni?
"Abang...esok Lily nak pergi airport hantar Ace," ujarku seakan meminta izin darinya. Namun, sebenarnya aku tidak perlu meminta izin.
"Airport? Ace nak pergi mana? Vacation!?" Soal Abang Yoh.
"He's dropping out from academy," balasku perlahan. Abang Yoh terkejut dan terus terdiam di talian.
"For real! Serius lah?" Tanya Abang Yoh. Aku menghela nafas dan mengiyakan soalan Abang Yoh.
Jelas dia seperti tidak percaya dengan apa yang dia dengar.Same goes to me.
Begitu juga aku. Aku sampai sekarang masih lagi tidak percaya Ace akan berhenti dari akademi.
Ace pulang tidak terlalu lewat, namun bapanya sudah menanti di ruang tamu. Sebaik membuka pintu, bibik meminta diri untuk pulang. Ace dapat merasakan aura garang bapanya memenuhi setiap pelosok rumah.
Baru sebentar tadi dia keluar dengan rakan-rakan akademi bergelak tawa bergurau senda. Kalau tahu keadaan di rumah akan menjadi serius begini, Ace tidak akan pulang lebih lewat lagi.Tambahan pula, dia malas untuk berbual dengan bapanya mengenai pemergian ke luar negara.
"Uncle Hoon cakap Ace dah sembang dengan anak dia nak urus kedai dekat sana," suara Wang Henderson memecah keheningan. Hoon merupakan birasnya. Adik perempuannya, berkahwin dengan Hoon seorang peniaga. Manakala, kedai yang dimaksudkan adalah milik anak lelakinya.
Kedai "milk tea" yang baru dibuka cawangan di bandar metropolitan Hong Kong.. Setelah pembukaan cawangan di sana, Ace akan bekerja dengan abang sepupunya. Itu yang dia dengar dari mulut adiknya, tetapi dia mahu dengar dari Ace sendiri.
"Ha'ah. Sambil jaga mommy sambil kerja," selamba balas Ace. Dia masih berdiri di ruang tamu sebelah televisyen. Bapa Ace segera menutup surat khabar yang di bacanya sambil merenung ke arah anak lelakinya tajam. Sudah lama dia mengambil alih tugas sebagai ibu dan bapa, namun hingga ke hari ini dia masih belum betul-betul faham perangai anak lelaki tunggal mereka.
"Dah besar panjang. My words aren't going to work," putusnya. Ace sudah dewasa dan berhak membuat keputusan sendiri. Sejak dari kecil, dia sentiasa memberi Ace ruang untuk berfikir dan bertindak sendiri. Pada mulanya dia mendengar Ace mahu berhenti akademi, dia betul-betul marah. Namun, Ace sudahpun menghantar borang permohonan keluar sebelum memberitahunya. Jadi, dia tidak tahu bagaimana harus menghalang.
Bapa Ace segera bangun dari sofa. Dia menepuk bahu Ace sebelum berpesan jangan lambat untuk ke lapangan terbang esok hari. Ace tunduk sahaja mendengar. Wang Henderson berat hati, namun keputusan Ace perlu dihormati..
"Aren't you angry with me?" Soal Ace teragak-agak. Keputusan untuk masuk ke akademi membuatkan bapanya gembira. Kini, keputusannya untuk berhenti membuatkan bapanya kelihatan sedikit hampa. Ace tidak ada langsung niat menghampakan bapanya. Dia tahu, pilihan untuk ke akademi bukan memilih jejak langkah bapanya sudah cukup membuatkan lelaki itu sedikit kecewa.
"Why would I?" Soal Wang Henderson lembut sahaja. Ace memandang ke arah bapa yang sedang berada di depan muka pintu bilik tidur utama.
"Don't have any regret later on," pesan bapanya sebelum masuk ke kamar. Ace duduk di atas sofa menghela nafas. Dia memandang ruang tamu rumah sebelum memejam mata erat-erat.
Keputusan yang dia ambil tidak dapat diubah lagi. Dia harus redah apa sahaja yang terjadi di masa akan datang.
Yoh memandang borang kosong yang diberikan oleh Riley. Riley berpesan supaya mengisi borang itu dengan teliti. Namun, Yoh sekarang ada pendapat yang berlainan.
Dia terasa mahu pulang. Mahu pulang berjumpa keluarga dan kekasih hati.
Namun, dia sudah beri nama dan wang deposit. Yoh bukanlah berkira tentang wang deposit, tetapi Abdul dan Rose turut serta dalam lawatan tersebut. Dia mahu luangkan masa dengan teman-teman dan mahu juga pulang berjumpa teman wanita.
Kalau di fikirkan semula, peluang untuk berada di samping teman cuma ada ketika di waktu belajar sahaja. Nanti, bila semua sudah sibuk cari pekerjaan dan berada di alam kerja, masing-masing akan melupakan waktu dengan rakan.
Yoh tidak jadi mengisi borang. Dia mahu waktu untuk berfikir.
Di satu sudut, dia mahu pulang berjumpa dengan Lily. Sejak mereka bercinta, mereka masih belum pernah bertemu empat mata. Kini sudah hampir satu tahun mereka menjalinkan hubungan secara atas talian sahaja. Yoh tidak mahu Lily berasa "insecure" dengannya.
Khabar tentang Ace mahu bekerja di luar negara sedikit sebanyak memberikan Yoh ketenangan. Sekurang-kurangnya dia tidak perlu cemburu dengan Ace. Lily dan Ace terlampau akrab bagaikan pasangan kekasih. Kadang-kadang bila Lily bercerita tentang Ace, Yoh mudah marah dan hilang sabar.
Yoh memandang borang itu sekali lagi. Fikirannya kosong.
Awal pagi aku bangun untuk membuat "cookies". Sebentar lagi ayah dan ibu akan menjemput aku untuk bersama-sama menghantar Ace ke lapangan terbang.
Bunyi oven membuatkan aku bergegas berlari ke dapur. Cookies aku di masak dengan begitu cantik dan sempurna. Aku mengambil satu balang kecil dan memasukkan cookies ke dalamnya. Mungkin Ace boleh bawa naik kapal terbang, fikirku.
Selebihnya aku masukkan ke dalam tiga bekas berasingan. Untuk ibu dan ayah, Uncle Wang dan untuk aku makan di rumah.
Tidak lama, ayah menelefon mengatakan dia sudah ada di parkir.
YOU ARE READING
My Flower, Lily (BM)
Genç KurguMenjadi anak angkat kepada pembantu rumah keluarga orang kaya bukanlah impian Lily. Sebaliknya, jalan pantas untuk dia lari dari tanggungjawab. Perkenalan dengan dua jejaka bahkan bukan menenangkan, sebaliknya membuatkan kehidupan yang tenang bagai...