You're Out

34 2 0
                                    

Notis pengeluaran sementara aku sangat tidak disangka. Bohong! Saat notis awal keluar, aku sudah agak, bila-bila sahaja aku akan ditendang. Mula dengan nama aku paling bawah dalam senarai, kemudian nama aku terus tidak ada.

Sangkaan aku apabila keluar dari Legal Team D'Generouz semua akan bertambah tenang meleset,

Christopher Jang, salah seorang artis rap terkemuka dikenakan tuduhan salah laku seksual oleh 20 orang gadis, dan beberapa orang dari jumlah mangsa merupakan perempuan bawah umur. Aku masih lagi tertunggu di dalam bilik mesyuarat. Disebabkan ramai senior perlu mengurus kes yang melibatkan orang kenamaan, maka aku yang berada di bawah Team D'Generouz terpaksa datang ke sini untuk membantu junior tempat kerja menyelesaikan kes Christopher. Ah, lupa. Aku dikeluarkan "sementara". Siapa punya angkara, aku sudah dapat agak. Siapa lagi kalau bukan Yoh D'Generouz, majikan, anak majikan, alma mater sekolah, merangkap teman lelaki sepuluh tahun aku!

Kes ini sedikit sebanyak meredakan kes Derek yang masih tidak bangun. Tumpuan media terhadap kes ini juga sangat menakutkan, masakan tidak hampir semua search engine memaparkan mengenai kes ini.
Aku melihat ke arah Christopher, dia bermati-matian mengatakan dia tidak bersalah atau tahu apa-apa tentang salah laku seksual.

Setelah dia meninggalkan ruang mesyuarat kami, junior aku Jay, segera datang ke arahku.

"Boleh percaya ke cerita dia?" Soalnya. Kami meminta Christopher menceritakan kembali tuduhan yang dilemparkan tanpa ada satu tokok tambah. Jay duduk memandang aku, kemudian KaiXin, memandang aku. Sebagai senior dan ketua baharu untuk kes ini, aku mendengar sahaja, membiarkan Kaixin dan Jay mengambil alih segalanya.

"Dengar boleh, percaya jangan," ujarku pada mereka.

Aku syak bahawa Christopher di bawah pengaruh dadah atau alkolhol, mustahil 20 orang wanita sekaligus boleh mendedahkannya dengan cara begitu detail. Buat masa ini, aku meminta Christopher agar tidak aktif di laman sosial atau membalas komen netizen.

Kes ini sama persis Ace dahulu.

Di laman sosial, aku melihat topik yang menjadi carian hangat iaitu,"ONLY Trust the victim". Aku mempunyai pandangan yang berbeza. Benar kata Ace, setiap benda ada dua bahagian. Sama seperti manusia, tidak ada manusia yang benar-benar baik, dan tidak ada manusia yang betul-betul jahat. Mangsa kadangkala menokok tambah cerita untuk menjadikan hal lebih besar dan meraih simpati netizen. Berbeza pula dengan kes pelecehan seksual, pelbagai komen negatif dilemparkan kepada Christopher, penyanyi merangkap penulis lirik itu.

It's not about not trusting the victims, it's about no one is guilty unless it was proven to be!
And once again, the things about law, it's just so brittle. If your lawyer are good, even if you're guilty you'll be free from any charges.
Hence, there's always two ways in everything.

"Ask him to do drug test, and suruh investigation team bring us some direct evidence. Kalau boleh I nak victim punya medical reports," kataku.

"We're going to clear his charges?" Soal Jay. Kelihatan Kaixin tidak puas hati, aku rasa dia juga memegang konsep Christopher melakukan kesalahan, tidak kira apa sebabnya. Aku diam sejenak. Secara praktikal kami dibayar untuk itu, tetapi kami juga harus praktikal dalam memikirkan masa depan firma guaman kami.  Disebabkan aku perlu mengetuai kumpulan ini, jadi aku perlu bijak buat keputusan.

"The League always stand with the law," komenku. Kaixin memandang aku meminta penjelasan. Dia masih baharu lagi, pengalaman tak banyak.

"What is law KaiXin?" Soalku. Dia diam seribu bahasa sambil tunduk.
"It's money," jawabku tegas. Kaixin terdiam, begitu juga Jay.

"We're clearing his charges," kataku.

"Tapi Miss Miller, kalau dia bersalah..." Kaixin menduga aku.
"It's always been like this dear. This way, we're keeping The League's reputation," kataku. Reputasi The League perlu dijaga. Kalau kami tidak membantu Christopher, apa pandangan klien lain terhadap kami! Mereka akan mudah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap firma kami!

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now