Perubahan

47 2 0
                                    

He's hot

Pagi itu, aku memulakan tugas sebagai presiden persatuan pelajar. Skop kerja persatuan pelajar begitu luas. Bermula dengan mengawal disiplin dan tatatertib pelajar, meluluskan aktiviti kokurikulum dan luar bilik darjah hinggakan mesyuarat dengan guru. Aku dapat menyangka, ia akan menjadi tahun yang cukup memenatkan. Tahun ini semakin meninggalkan kami. Tanpa sedar, sudah dekat setahun aku menjadi sebahagian dari Miller. Tahun depan, abang Yoh akan menjadi pelajar tahun akhir dan aku akan masuk ke Tahun 3. Tadi, sengaja aku berangkat lebih awal dari biasa untuk ke sekolah. Setelah memastikan semua pengawas yang bertugas berada di tempat masing-masing, aku mengarahkan komuniti disiplin pelajar berdiri di pagar sekolah.

Tujuan aku cukup mudah. Ambil nama pelajar yang tidak patuh. Kemudian, nama itu akan diberikan kepada guru untuk tindakan lanjut. Para pelajar kelihatan tidak puas hati apabila kami melakukan pemeriksaan mengejut di pagar sekolah.

Ada yang tidak memasukkan baju dengan betul. Ada yang memakai aksesori berlebihan. Ada setengah pelajar perempuan sengaja memendekkan skirt mereka. Ada yang datang lambat. Segala jenis kesalahan di catat dan di rekod. Aku hanya mematung di situ hingga melihat satu kelibat yang cukup dikenali ramai.

Ketika lelaki itu masuk ke pagar sekolah, masa seakan terhenti. Semua mata tertumpu ke arahnya. Rambutnya hitam berkilat di sikat dengan kemas, bajunya di butang kemas. Gayanya sungguh kemas. Dia menuntun basikal dan berdiri di hadapan aku.
Aku memandang ke arah mata hazel yang mana penampilannya sudah berubah 360 darjah dari kebiasaan.

"I look like some weird geek or nerd," kata Ace sambil mencebik. Anak mata hazel itu merenung ke arah aku.

Aku memeluk tubuh sambil memandang ke arah Ace atas bawah. Puas penampilan barunya di "scan" dengan seteliti mungkin. Muka Ace sudah mencuka.

"Well. You look kinda hot like this," sindir aku. Ace menggigit bibir bawah cuba menyembunyikan senyuman nakal. Dia menggaru kepala sambil menjeling aku.

"Okay!" Putusnya lalu segera berlalu pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal. Aku menggeleng kepala dengan perangai tidak semengah Ace. Baru puji sikit dah kembang setalam! Ini, kalau aku puji bersungguh-sungguh mahu jadi talam terus dia! Perubahan Ace sedikit sebanyak menyenangkan aku. Sekurang-kurangnya aku akan ada alasan munasabah untuk mengatakan kepada pelajar junior lain apabila mengambil Ace untuk dijadikan contoh.

Ace kaki buli yang pernah baling bola kena tepat belakang kepala aku pun boleh patuh peraturan sekolah, inikan pula pelajar lain! Cakap pasal bola, aku masih lagi "bitter" dengan perbuatan lampaunya. Walaupun dia sudah minta maaf dan aku juga sudah memaafkannya, tapi aku sangka ia kerana aku perempuan jadi aku mempunyai tabiat suka mengungkit.

Any girls out there mind to answer me? Do we GIRLS love to mention about the past?! Especially if the wrong things related with guys?

Mungkin juga ya, atau mungkin juga tidak. Ah,sudah! Aku memandang ke arah pelajar yang masuk hingga ternampak sebuah kereta yang cukup aku kenal. Kereta mewah bewarna putih dua tempat duduk. Nampaknya hari ini Abang Yoh memandu kereta ke sekolah. Ini satu hal lagi! Kalau bawa kereta, mesti ada pass! Hari ini sudah beberapa orang di tangkap kerana tiada pass. Aku berdiri di belakang pengawas bertugas. Abang Yoh membuka sedikit tingkap lalu menunjukkan pass kebenaran membawa kereta bewarna hijau.  Seperti yang aku sangkakan, mentari pagi bersinar terang Yoh D'Generous, pasti akan patuh dengan peraturan ! Aku curi-curi pandang ke dalam keretanya, ada Riley!

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now