Sunshine Boy

116 8 0
                                    

What sunshine is to flowers, smiles are to humanity

Setelah menyesuaikan diri dan menguruskan hal pertukaran sekolah, aku memulakan kehidupan sebagai Lily Miller. Anak kepada pembantu rumah keluarga D'Generouz yang sangat terkenal dengan syarikat perhotelan dan kekayaan keluarga yang turun-temurun.

Aku sengaja bangun lebih awal untuk ke sekolah agar tidak bertembung dengan Elizabeth mahupun Mary. Dua beradik perempuan ini sangat sarkastik dan kelihatan begitu jijik dengan aku. Mungkin disebabkan aku anak yatim yang dibela oleh pasangan Miller, jadi mereka menganggap aku kotor. Aku masih ingat lagi pandangan jijik mereka terhadapku, seolah aku anak kucing yang kotor.

I don't know why, but I don't think I liked them.

Aku memakai kasut dan berjalan ke pintu pagar besar. Sebelum pergi, aku bersalaman dengan ibu dan ayah.

"Petang nanti ayah pergi belikan basikal, tak susah Lily nak jalan jauh, kalau tunggu dua princess tu, alamatnya setiap hari kamu lewat," tambah ayah yang bertugas untuk menghantar mereka setiap pagi.
Walaupun ayah tidak berkata apa-apa, aku yakin, dua puteri itu awal-awal lagi mengarahkan ayah supaya tidak membawa aku bersama mereka ke sekolah.

Aku mengibas baju dan berjalan ke arah pintu pagar besar, namun kelibat  Abang Yoh yang juga mahu keluar menghentikan langkahku. Dia memakai pakaian seragam sekolah. Aku memegang kedua tali beg sekolah sebelum tersenyum ke arahnya.

"Morning Lily," tegurnya. Setelah beberapa hari, ini kali pertama dia mahu bertegur sapa denganku. Senyumnya masih lagi sama seperti matahari pagi, bersinar terang.

"Pergi dulu," ujarku lalu melangkah meninggalkannya.

"Lily nak jalan ke pergi sekolah?" Soalnya memandang aku. Dia membuka kunci basikal sport yang kelihatan mahal. Terdapat namanya tertulis pada basikal. Sekali pandang aku tahu, ianya pasti mahal.
Aku mengangguk lalu terus pergi. Sudahlah jarak ke sekolah tidak begitu jauh, namun kalau berjalan, eh, bolehlah tahan penatnya.

"Sekejap," ucapnya lalu menghilang. Aku berdiri tidak kena berjalan juga tidak betah. Beberapa saat aku berfikir sama ada perkataan "sekejap" yang diutarakan Yoh merupakan satu arahan atau sekadar kata-kata. Aku juga tidak pasti, lantas aku berlalu pergi.

Aku berjalan di lorong pejalan kaki sambil membawa beg yang tidak begitu berat. Hari ini merupakan hari pertama aku menjadi pelajar sekolah baharu. Di sekolah lama, aku tidak mempunyai rakan ataupun teman. Mungkin kerana sikap aku yang lebih suka berbual dengan hati sendiri, jadi mereka menganggap aku introvert.

Mungkin aku patut mencari teman baharu disini?Aku cuba memprektis gaya senyum, namun aku sekadar kelihatan bodoh ditepi jalan.

Tiba-tiba, bunyi hon dihalakan padaku. Sebuah skuter bewarna biru muda berhenti betul-betul dihadapan aku. Kulihat Abang Yoh sedang tersenyum bodoh sambil memandang aku. Perlahan, dia menghulurkan helmet kepada aku.
"Jom, sekali," katanya sambil tersenyum.

Aku sedikit teragak-agak untuk mengambil topi keledar yang dihulurkannya. Entah mengapa, aku merasakan kebaikkan yang ditunjukkan oleh Abang Yoh seperti "sesuatu". Aku berganjak setapak ke belakang. Namun, Yoh mendekati aku sambil tersenyum. Helmet bewarna kuning diletakkan di atas kepala aku. Aku tiada pilihan melainkan mengekorinya menaiki skuter.

Perjalanan ke sekolah terasa begitu panjang. Aku meletakkan beg di antara aku dan Abang Yoh. Pinggangku agak sakit kerana duduk betul-betul dihujung skuter. Rasa tidak selesa mula menyelubungi diriku. Untung saja aku memakai seluar fit didalam, jika tidak pasti sukar untuk menaiki skuter dengan skirt paras lutut ini. Seragam kami biasa sahaja, baju kemeja putih lengan pendek dan skirt biru paras lutut untuk pelajar perempuan manakala pelajar lelaki memakai kemeja putih lengan pendek dan seluar biru muda.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now