Heol

23 2 0
                                    

Brandon duduk di cafe Starbuck betul-betul berhadapan dengan lelaki yang memakai jacket denim dan seluar denim. Ace.
Pakaian Brandon biasa sahaja, sut hitam dengan kemeja putih, pakaian kerja yang biasa.

"Tak ada angin tak ada ribut..." kata Brandon usai duduk. Ace tersenyum sambil minum kopi kegemarannya, Cinnamon Latte.
"I dengar Lily dah dikeluarkan from Legal Team," komen Ace.
Brandon ketawa sinis. Dia juga tidak menyangka Yoh mampu membuat keputusan begitu. Walaupun disaluti dengan gula, mengatakan bahawa Lily masih kurang pengalaman untuk menyertai kes besar seperti kali ini, tetapi Brandon tahu, salah satu sebabnya mereka telah putus, jadi Yoh sudah tidak percayakan Lily lagi.

"Kau datang jumpa aku ni...." Brandon mahu meneka. Ace mengukir senyum lantas meletakkan sekeping gambar di atas meja.
"So, bukan as in identiti boyfriend Lily. As in police officer," kata Brandon. Dia mengambil gambar itu. Lelaki dalam gambar passport itu dia pernah jumpa beberapa kali, dari syarikat keselamatan. Syarikat mereka membekalkan khidmat pengawal peribadi, namun Charles bukan di bawah mereka. Mereka lebih kepada mengawal keadaan yang besar dan tenaga kerja juga ramai.

"I just know that he's from Security Company. Tak kenal sangat, Yoh probably knew about him," komen Brandon. Dia pernah nampak sahaja lelaki itu, tidak pernah bertegur siapa, bahkan nama lelaki itu juga dia tidak cakna. Ace mengangguk.

"Kenapa? Dia suspek ke?" Soal Brandon. Ace tersenyum sinis seraya menggeleng. Mana mungkin dia memberitahu perkembangan penyiasatan kepada Brandon. Lagipun, tugasnya ialah....

"Who is Madam Joanne?" Soal Ace. Tempoh hari Lily ada menyebut wanita misteri itu. Namun dia tidak kenal. Brandon menggeleng.
"I heard her name, but I don't know exactly who is she," kata Brandon.

"What's her relationship with Yoh and Lily?" Soal Ace.
"Tu kena tanya Lily. She's know everything," komen Brandon. Ace senyap.
Brandon mengangguk faham. Takkan lah Ace nak soal siasat Lily pulak!

"Pasal Lily kena keluar tu, aku betul-betul tak tahu," kata Brandon. Dia memandang Ace.
"Tapi, kalau aku kat tempat Yoh pun, aku akan remove Lily dari team jugak." Kata Brandon. Ace berfikir sejenak. Walaupun dikeluarkan, tetapi masih banyak lagi kes yang dia ambil alih.

"Lily okey je kot. After all, dia kena ambil alih kerja senior, so I think that's shouldn't be a problem," komen Ace. Brandon ternganga sedikit seraya menggaru kepalanya.
"So....Lily dengan kau ke sekarang?" Soal Brandon. Dia kemudian menepuk kepala, sebelum ini mereka memang ada skandal tetapi...

Ace diam seketika. Mereka belum "declare" sebarang hubungan, tetapi berdasarkan perkembangan sekarang, dia sendiri...
"Follow the flow je lah," komen Ace. Kalau ikutkan "declare", baik dia mahupun Lily, mereka tidak melafazkan cinta atau mereka sekarang merupakan pasangan. Tetapi, kalau ikut dari lenggok bahasa tubuh, mereka sudah melepasi tahap itu.

"Flow?" Soal Brandon.

"Well," jawab Ace. Dia sekarang mahu letak ke tepi dahulu soal perkembangan hubungan dengan Lily. Dia ada kes yang lebih penting untuk diuruskan sekarang.

***
Laporan polis telah di buat. Aku tidak pasti sama ada Christopher ini bodoh atau lembap, tetapi dia masih sahaja sedang melihat komentar negatif di laman sosial. Aku cuma duduk berdiam diri di dalam bilik mesyurat dimana dia asyik tunduk sahaja membaca komen.

"You should stop looking at the negative comments thou," aku bersuara setelah agak lama tidak dihiraukan. Dia memandang aku, entah apa yang bermain dikepalanya.

"I can't. Some of my fans are..." dia mahu bersuara. Kemudian, dia menelan air liur. Aku tidak tahu sejauh mana kebenaran, katanya dia hanya adakan beberapa kali hubungan seks dengan mangsa, tetapi ianya adalah atas dasar suka sama suka.
Sudah tentu hal suka sama suka, sangat sukar dibuktikan oleh pihak pendakwaan mahupun kami.
Aku menggeleng. Selepas ini aku mahu ke hospital pula. Kes Riley aku masih ada beberapa soalan, walaupun telah diberikan fail kepada pihak pendakwa raya, tetapi aku masih lagi tidak puas hati selagi tidak berjumpa dengan keluarga mangsa.

"Look Mr Christopher. Everyone can say anything that they like about you. You don't have any obligations to reply them. They can hate you all they want, but you must know. This right moment, everything gonna get ugly, so you kena sit back and try to regain your compose," komenku. Christopher menghela nafas perlahan. Dia kemudian tidak mempedulikan aku dan segera keluar.
"Boss," panggil salah seorang juniorku. Aku bersandar pada kerusi empuk.

"Polis siasat cakap apa?" Soalku.

"Setakat ni tak ada laporan dari mana-mana pihak mangsa yang macam internet claim," katanya. Aku sudah agak. Kes ini sedikit berat, kerana nama pihak lelaki tercemar teruk. Aku agak pelik, kalau pihak mangsa berani membuat tuduhan melalui internet, mengapa tidak sekalikan dengan laporan polis? Pihak netizen sekarang sudah berada di pihak mereka, namun mereka masih berdiam diri.
Ah, lagipula tidak ada bukti yang kukuh atas dakwaan mereka.

****

Yoh merengus kasar sebaik sahaja membaca surat itu. Dia memandang ke arah Camelia tanpa riak. Wanita itu cuma tertunduk.

"Akak...." Panggil Yoh. Mereka sudah kenal lama. Malah ketika Yoh di Amerika Syarikat, perkembangan D'Generouz Group dia dapat tahu melalui Camelia. Dia tidak mahu mereka bersama-sama kalah dalam pemilihan kali ini. Surat perletakkan jawatan Camelia cukup untuk membuatkan Yoh terasa tidak tenang.

"Lepas berhenti kerja akak nak buat apa? Full time house wife?" Soalnya. Yoh merenung ke arah Camelia. Camelia bungkam. Bukan dia mahu berhenti kerja, tetapi suaminya yang suruh begitu. Tambahan lagi, dia tahu saat ini Yoh sangat memerlukan khidmat setiausaha sepertinya. Yoh telah banyak menolongnya. Ketika Charles hampir dimasukkan ke sekolah juvana atas kes sivil, Yoh menyelamatkan masa depan adiknya. Dia dan Yoh bukanlah orang asing, mereka sudah bagaikan satu keluarga.

Yoh menghulurkan kembali surat itu kepada Camelia.
"Fikir balik," perlahan sahaja katanya. Camelia tahu, ketika ini kedudukan Yoh sangat tidak stabil. Andai kata dia kalah pemilihan CEO baharu, entah apa yang akan dilakukan Hans.

"Dari mula lagi akak dengan Yoh, from nothing to something," kata Yoh. Dia diam sahaja.
Dia juga tidak mengerti. Mengapa dalam satu keluarga, adik dan abang perlu berebut kuasa pemerintahan.

***
Berita mengenai anak penjenayah kes langgar lari Riley dipindahkan tidak mengejutkan aku. Namun, aku lebih terkejut apabila mendengar nama hospital tempat dia dipindahkan. Mengapa begitu jauh?
Aku mendapatkan alamat hospital baharu tersebut. Sedikit tercengang. Bapanya berada di pusat tahanan, namun ibunya boleh membuat pemindahan hospital saat ini.
Ah, ini juga bukan kehendak ibu bapanya.

Ini pasti angkara Doktor Tang dan Madam Joanne. Aku teringat perbualan mereka tempoh hari. Jelas sahaja, tidak ada perkara yang membuatkan aku boleh berfikir dua tiga kali. Andai kata Madam Joanne terlibat dalam hal pemindahan ini, semua pasti akan ada kaitan dengan kematian Riley.
Nampaknya, kematian Riley bukan seperti kemalangan yang diperhebohkan oleh media dan polis.

Aku mengucapkan terima kasih kepada petugas kesihatan yang berkongsi maklumat dengan aku. Pantas sekali kerja mereka. Di saat aku mulai sibuk dengan kes Christopher dan beberapa kes yang lain, mereka berdua sudah mulakan gerakkan. Aku kini terlampau sibuk sehingga benar-benar langsung tidak ambil tahu perihal syarikat dan abang Yoh.
Telefon aku berbunyi.

"Miss, it's Mr Christopher," kata suara di talian. Aku menelan air liur.
Mereka memberi aku laporan bahawa dia dikejarkan ke hospital kerana terlebih dos ubat tidur!

****

Ace berdiri di situ mendengar kata-kata ketuanya. Kali ini dia sudah dapat tahu mengenai latar belakang lelaki dalam gambar menerusi carian pihak polis. Walaubagaimanapun, dia masih lagi tidak tahu mengapa lelaki itu mendekati D'Generouz Group.

Yoh D'Generouz lebih misteri daripada yang dia tahu!

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now