Pantas

33 2 0
                                    

Aku menyediakan sarapan ringkas. Roti bakar dengan jem. Ace juga kelihatan begitu gopoh untuk makan.
"I balik lambat malam ni," serentak kami berdua berkata. Aku hampir ketawa, manakala Ace tersengih.

"I kena pergi hospital. Christopher still tak sedarkan diri lagi," kata aku. Semalam, dia mengambil pil tidur dengan kuantiti yang berlebihan. Seterusnya berita dia dikejarkan ke hospital mendapat komentar netizen dan liputan yang meluas.

"I penat gila. Banyak benda nak kena hadap," kataku.
Ace merengus, sepertinya bersetuju dengan aku.
"Hidup ni Lily, kalau tak ada benda nak kena hadap, dia tak nama kehidupan," kata Ace.
Aku bersetuju dengan kata-kata Ace.

"Esok I nak pergi luar kawasan," beritahu aku. Dia memandang aku, kelihatan berfikir.
"Kata you sibuk dengan Christopher," katanya. Aku mengulas senyuman pahit.
"I ada benda nak settle. Selagi tak dapat jawapan, I tak boleh bertenang," komenku. Aku mahu cari kebenaran disebalik hal Riley, kemudian berhadapan dengan Abang Yoh. Apabila ada bukti dan pengakuan yang cukup, aku akan beritahu Abang Yoh mengenai perbuatan ibunya.
Berdasarkan pemahaman aku terhadap Abang Yoh, dia akan mendengar aku. Lagipula, kami bukannya...

"Esok you drive ke? Sorang?" Soal Ace. Aku angguk.
"I nak teman pun tak boleh. I ada kes besar sekarang," kata Ace menggaru kepalanya. Sejujurnya setiap kes yang dikendalikan oleh Ace, dia tidak pernah beritahu aku secara terperinci. Katanya hal siasatan kerajaan, sulit, aku tidak perlu ikut campur. Kalau dia beritahu aku, umpama dia melanggar prinsip kerjanya. Seperti mana dia hormatkan kerja aku, aku juga mahu menghormati kariernya.

"Banyak gila kerja. Ingat after kena buang dari team kerja makin kurang. Ehhh...takda maknanya kurang," komenku. Ace ketawa perlahan.
"How about bila kerja you dah reda, kes I dah settle, kita pergi trip?" Soal Ace.

"Trip?" Aku sedikit berminat. Aku belum pernah pergi trip kalau bukan atas urusan kerja. Tidak dinafikan aku sedikit berminat tentangnya.

"Where?" Soalku lagi.

"Australia?" Soal Ace pula. Aku tersenyum.

"Sound good," komenku memandang Ace.
"Okay. Lepas semua ni selesai, let's have fun!" Katanya. Aku tersengih girang mendengar kata-kata Ace.
"Okey!" Aku terus setuju. Aku mahu selesaikan kerja-kerja yang masih bertimbun sekarang. Begitu juga Abang Yoh. Aku mesti selesaikan kes Riley dan memberitahunya perkara yang berlaku sebelum mengambil tindakan seterusnya.

****

Yoh bertemu dengan beberapa orang kenamaan di bar. Di ruangan VVIP bar tersebut, tersembunyi satu bilik rahsia yang tersembunyi dari mata-mata luar.
Yoh menghulurkan beg kertas berisi buah tangan seperti teh kepada lelaki berkumis dengan rambut kelabu itu.
Buah tangan yang dimaksudkan bukanlah teh seperti kotak, tetapi wang tunai dalam bentuk US dollar yang cukup tebal.

Lelaki berkumis itu mengangguk perlahan. Muka tidak ada perasaan Yoh berubah kelat. Manusia. Manusia memang sukakan wang tunai.
Ini bukan rasuah pada pandangan Yoh, cuma buah tangan yang berbentuk wang ringgit sebelum pemilihan pencalonan bermula.

"So, you nak I support you sebagai CEO baharu?" Soalnya. Yoh menggeleng.

"Bukan I," balas Yoh. Dia tersenyum kepada lelaki itu. Lelaki itu mengangkat kening, seakan-akan tidak percaya dengan kata-kata Yoh.
"CEO position mestilah untuk my brother, Hans," kata Yoh.
"Takkan I as his brother nak berebut kuasa. Macam budak-budak," kata Yoh. Lelaki berkumis itu tersenyum mendengar Yoh. Dia tidak pasti mengapa Yoh menawarkan wang kepadanya kalau bukan posisi CEO yang dikejar.
Menarik!
Menarik!

"And..."teh" yang I bagi bukan rasuah," tegas Yoh. Lelaki berkumis itu diam. Dia memandang Yoh tanpa riak. Satu ketika dahulu, Yoh sangat mentah hinggakan tidak mampu bertentang mata dengannya. Jauh berbeza dengan Hans, Yoh lebih misteri di kalangan adik beradik D'Generouz. Satu perkara yang membuatkan Yoh menjadi terkenal adalah skandal hubungan sulit isterninya dengan pemain bola sepak antarabangsa.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now