Problems

47 1 0
                                    

Greatest problem in the world today is intolerance

Makan malam keluarga D'Generouz di ceriakan oleh Elizabeth membawa berita Yoh sudah mempunyai teman wanita. Berita tentang Yoh D'Generouz bercinta dengan pelajar Tahun 1 , Bella Cruz sudah menjadi gosip paling hangat di sekolah! Hanya orang buta tuli sahaja tidak tahu. Ramai yang setuju dengan perhubungan mereka, menggelar mereka sebagai pasangan paling serasi tahun itu.
Mary juga turut mengusik abangnya. Hans pula, sudah beberapa hari tidak pulang makan bersama. Dia sekarang sudah bekerja di kafe bersama seorang kenalan. Yoh hanya berlagak tenang apabila Eliz menceritakan tentang teman wanita baharunya. Sesekali dia curi pandang ke arah Lily yang tidak kelihatan. Barangkali sedang makan di dapur ataupun membuat kerja. Dia tahu, dengan desibel suara Eliz, pasti Lily dapat mendengarnya walaupun sibuk bertukang di dapur. Dia mahu Lily salah faham dan cemburu!

"Is that the girl!? The girl yang you selalu ambil dan hantar?" Soal Madam Joanne.

"Family dia business apa?" Soal Madam Ratna pula.

"Tak silap, family dia ada business kedai makan," jawab Mary. Dia tahu tentang Bella kerana mereka berada dalam tahun yang sama. Walaubagaimanapun, mereka tidaklah terlampau akrab. Sekadar pernah bertegur siapa sahaja.

Madam Joanne berkerut. Tuan Greig dan Madam Honey tidak berkata apa-apa. Mereka hanya diam mendengar sambil menjamah makanan.

"Eh! Bukan budak M&G tu!???" Soal Madam Joanne sedikit tidak puas hati.

"Entah lah abang Yoh ni. Tak pandai cari girlfriend," perli Eliz. Namun, nama Eliz pantas di sebut oleh Madam Honey. Yoh memandang ke arah bapanya yang hanya diam.

"Hujung minggu ni ikut papa pergi hotel," kata Tuan Greig tiba-tiba. Yoh mengangguk setuju. Sebelum ini, dia ada juga pergi ke hotel. Madam Honey hanya terdiam. Sesekali dia mencuri pandang ke arah Madam Joanne yang mencebik muka. Dia tahu, wanita itu berang dengan Yoh yang mempunyai teman wanita baharu. Apa-apalah! Madam Joanne memang begitu. Madam Honey hanya diam. Suaminya dipandang lama. Nampaknya, kerja-kerja di hotel akan menjadi sebahagian dari tanggungjawab Yoh. Kerusi Hans yang kosong dipandang lama. Memang tak boleh nak memaksa kalau anak dah tak minat.

Namun, Yoh minatkah? Atau dia juga terpaksa kerana tiada pilihan lain! Madam Honey tidak peduli dengan siapa Yoh ingin bercinta, dia mahu anak tiri lelakinya itu juga gembira dan ada pilihan sendiri.

Lewat malam, sebelum masuk tidur, bilik Yoh di terjah masuk oleh Madam Joanne. Wajahnya masih lagi tertulis tidak puas hati. Dia berpeluk tubuh sambil berdiri di muka pintu tandas. Ketika itu, Yoh sedang memberus gigi.

"I ingat you bercinta dengan anak M&G tu!" Marah mummy. Yoh berkumur lalu membasahkan muka dengan air.

"I tak kira! You kena bercinta jugak dengan anak M&G! You bayangkan betapa kayanya keluarga kita kalau you berdua..." dia masih berleter. Yoh menutup telinga dengan kedua telapak tangan. Dia tahu mummy sudah berkenan dengan Riley. Bukan kerana Riley, tapi kerana keluarganya.

"Putus dengan budak tu," arah Madam Joanne. Yoh mengerutkan dahi. Mereka berteman tidak sampai seminggu. Mummy sudah pandai-pandai buat keputusan. Lagipula, Riley dan dia langsung tiada apa-apa. Derek suka pada Riley. Yoh sangat arif tentang hal itu. Perhubungannya dengan Bella, walaupun di tentang oleh Riley, namun dia tahu,pasti akan ada pengakhiran yang baik. Dia yakin bahawa Derek dapat memenangi hati Riley sepanjang tempoh dia bersama Bella.

Untuk Lily! Lantaklah! Lily kelihatan gembira bila dengan Ace! Mungkin dia patut beri peluang untuk Lily dan Ace!

Awal-awal lagi aku sudah terpacak untuk menghantar essai kali kedua kepada Mrs. Jane. Harapan aku, kali ini essai tidak akan hilang lagi. Deja-vu. Aku masuk ke bilik guru dan tiada orang. Aku letakkan essai di atas mejanya. Aneh juga, bagaimana essai aku boleh hilang? Dalam bilik guru ini bukannya ada orang lain! Macam mana kertas aku boleh hilang.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now