120

45 1 0
                                    

Sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik hotel, Abang Yoh terus memeluk aku. Aku terkaku di muka pintu, sementara pintu bilik yang berat itu tertutup sendiri. Lama dia memeluk aku dengan nafas yang turun naik. Perlahan, aku menepuk belakangnya sambil berbisik,

"It's okay. I'm here," kataku. Yoh meleraikan pelukkan. Dia kelihatan tenang.

"You saw the news?" Soalnya merujuk kepada berita mengenai isterinya. Aku diam sahaja. Mata Yoh memandang ke arah aku. Perlahan aku mengukir secangkir senyuman ringkas.

"I'll make you some coffee," kataku lalu menggunakan perkakas yang ada di dalam bilik hotel untuk membancuh kopi segera. Sementara aku membancuh kopi, Abang Yoh duduk di atas kerusi sambil memandang telefon bimbitnya. Saat mengacau air, aku menjeling ke arahnya melalui pantulan cermin,Sesekali wajahnya berkerut, barangkali sedang membaca komen yang dilemparkan netizen kepada Derek dan Riley. Sesekali dia tertawa sendirian, entah apa yang dia rasakan lucu.

"Abang...." panggilku, tanganku masih ligat mengacau air.

"Yea.." balasnya, masih lagi dengan telefon.

"Don't you think Brandon know too much about us?" Soalku. Aku sengaja melihat reaksinya. Masih sahaja tenang.

He's calm.

"I'll handle him," kata Yoh, masih ralit dengan telefon. Aku mengangguk sahaja, meneruskan bancuhan.

"By the way sayang, good work," pujinya tiba-tiba.

"For what?" Aku melihat kopi di tangan. Terasa bulu tengkuk aku meremang tiba-tiba. Getaran apakah ini!

"I know it was your doing," katanya. Aku terhenti mengacau air. Aku mengangkat kening, melihat melalui pantulan cermin ke arah Abang Yoh yang masih tenang bermain dengan telefon bimbit.

Aku bungkam pura-pura tak faham. Segera aku mengambil kopi dan membawakan kepadanya. Yoh mengambil kopi dari tangan aku, sengaja dia menggeselkan tangan kami. Aku menjeling ke arahnya.

He knew it was my doing. Well...

Yoh melihat ke arah langit gelap. Tiada bintang. Sudah lama dia tidak melihat bintang di langit. Lily baru sahaja pulang meninggalkannya sendirian. Jarum jam sudah menunjukkan tiga pagi, namun dia masih belum mengantuk.

Kata-kata Lily tentang Brandon ada benarnya. Namun, ketika ini dia masih perlukan bantuan Brandon untuk menyelesaikan urusan pejabat dan beberapa perkara. Jadi, buat masa ini Brandon amat berguna untuknya.

Lily pula? Jauh di sudut hati, dia merasakan Lily cuba untuk loloskan diri daripadanya. Entahlah. Antara orang yang dia tidak dapat baca fikirannya hingga ke hari ini, tentu sahaja Lily Miller. Mungkin juga kerana Lily terlalu taksub dengan kepulangan Ace sehingga dia dapat merasakan Lily cuba untuk menjauh daripadanya.

Yoh menghela nafas panjang. Pelbagai perkara menambah kekusutan di mindanya. Dengan hal pejabat, kisah rumah tangga yang diperkata orang ramai, Abigail yang tidak sihat serta mummy yang kini menghilangkan diri dengan tiba-tiba.


Ace mengambil surat dari peti bawah. Petang semalam dia pulang ketika hari hampir pagi. Dia hanya tidur dua jam sahaja sebelum akan masuk kerja lagi petang ini. Kebelakangan ini, dia sudah memulakan kerja luar. Sudah beberapa hari dia dan Louis menanti di rumah mangsa rogol yang terselamat. Mengikut firasatnya, penjenayah pasti akan datang semula ke tempat kejadian.

Surat-surat yang ada cumalah bil elektrik, air dan beberapa keping surat yang ada nama Lily. Aneh juga! Lily menggunakan apartment mereka sebagai alamat tetap. Salah satu surat bank menarik perhatian Ace.
Dia membuka surat itu dan mendapati bil kad kredit.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now