119

41 2 0
                                    


"Just use the card!" Aku akhirnya hilang sabar menengking wanita di talian itu. Aku sudah aturkan segalanya dengan baik, namun kelihatan dia seperti tidak mahu mendengar cakapku. Setelah menengking, aku segera meletak telefon.

Jangan sampai aku turun padang untuk uruskan hal ini!
Kedengaran pintu bilik aku diketuk perlahan. Aku menelan air liur setelah Ace menolak daun pintu.
"Cakap dengan siapa tu? Marah nampak?" Soalnya. Dia berpakaian kemas, bukan! Dia berpakaian sederhana sahaja, jaket jeans dan seluar jeans. Gaya seperti mahu keluar.

"Oh, member kerja," jawabku menipu. Ace menyegetkan kepala.

"That sound...." dia masih tidak berpuas hati dengan jawapan ringkas aku. Aku segera bangun mendekati Ace di muka pintu.

"Nak pergi mana ni?" Soalku cuba mengubah topik sambil memegang dadanya dan tersenyum.

"I ada kerja sikit," balasnya. Aku mengangguk.

"I balik lewat kot malam ni. You tak payah masak or tunggu I," pesannya lembut dan perlahan.

"I pun nak keluar dengan Brandon petang kejap lagi,ada kerja," jawabku. Ace kelihatan biasa sahaja.

"Okay," putusnya. Dia segera bergerak ke muka pintu. Aku mengetap bibir.

"Ace!" Panggilku. Dia terhenti. Aku segera berlari dan menghadiahkan kucupan pantas di pipinya. Segera aku tertunduk malu lantas masuk ke dalam bilik. Aku tidak tahu reaksi Ace, tetapi aku...

Lega.

Sekurang-kurangnya, kalau aku kehilangan Abang Yoh, aku tidak akan hilang Ace!

Mesyuarat tergempar hari itu tidak membicarakan perihal Riley kerana M&G merupakan pemegang saham mereka. Setelah tamat mesyuarat, Yoh masuk ke dalam bilik CEO. Sempat lagi Hans memerli Yoh ketika dia mahu keluar, namun atas menjaga air muka ibu dan Mary, Yoh abaikan sahaja.

Lagipun, Hans bukan pesaing sengit. Peristiwa pergaduhan di pasar sudah cukup untuk menbuatkan para pemegang saham sudah hilang rasa yakin terhadapnya.

"Riley macam mana?" Sekali lagi Yoh mendapat soalan yang sama. Dia menjongket bahu tanda tidak tahu.

"Dengan Derek kot!" Balas Yoh. Dia sendiri pening kepala. Berita tentang curang mengaibkan namanya sebagai suami, tetapi orang disekeliling asyik bertanya keadaan Riley.

"Mama dengar Abigail demam panas," kata Madam Honey. Yoh tersenyum segaris.

"Dah okey, semalam dah hantar emergency room," jawab Yoh. Madam Honey memandang ke arah Yoh.

"Your mummy tahu tak?" Soal Madam Honey.

"She's gone MIA," kata Yoh. Dia memerhati Madam Honey, tidak seperti kerja wanita itu.

"She's always like that. Maybe pergi bercuti while spending your dad's cash," perli Madam Honey.

"Even so, ada masalah dengan mama ke?" Kedengaran suara Yoh kasar bertanya. Madam Honey tercengang. Terasa seperti Yoh terasa apabila dia mengutuk wanita simpanan itu.

"Mummy is my birth mother. Kalau dia nak spend money, she can spend berapa pun yang dia nak. I don't think mama should interfere her world," kata Yoh.

"She's been living under pressure for all her life. Mama keep on calling her perempuan simpanan. And now, she's gone missing..." kata Yoh. Madam Honey segera bangun dari kerusi lalu mendekati Yoh.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now