Timing

25 2 0
                                    

Aku melihat dokumen transaksi pemindahan harta antara arwah Riley dan Abang Yoh. Hampir keseluruhan harta Riley dan M&G diletakkan di bawah nama Abang Yoh. Aku diam, memandang Wellington, rakan sekerjaku.

"You ada dengar tak?" Soal Wellington.

"Dengar apa?" Soalku.

"Waktu Riley accident, apparently Derek the football star was with her," katanya.
"I guess she and Mr Yoh D'Generouz dah tak boleh nak selamat. Damn, she got all the good looking guys!" Komennya.

"I kalau dapat Mr Yoh, I won't leave him. You see, he's quite a man. But Derek pun boleh tahan right, footballer," katanya.

"Abang Yoh supposed to be a footballer too," kataku.
Wellington membuat isyarat dia lupa bahawa aku rapat dengan Yoh D'Generouz. Itulah yang dia tahupun.

"She's quite a woman. Sebab nak cerai dengan Yoh boleh dapat football star, I jeles," katanya.
Aku diam. Walaupun mereka cuba menyembunyikan perkara itu, tetapi masih sahaja orang dapat tahu.
"Yea, katanya Derek still kat ICU," kataku.
Tetapi sekarang ibu bapanya dalam proses memindahkan Derek ke Italy.

Tak sangka akan jadi begini.

"Pelik," kata Wellington.

"Apa yang pelik?" Soalku tidak faham.

"Apparently, you see. Mr. Yoh D'Generouz get the most benefits," katanya. Aku bersetuju. Saham M&G secara automatik jatuh kepada nama Yoh dan Abigail, menjadikan mereka antara pemegang saham terbesar dalam D'Generouz Group. Walaupun saham M&G tidak besar mana, tetapi cukup untuk mempengaruhi keputusan pelantikan CEO dan Presiden baharu pada masa akan datang.

"If I was Mr Yoh, I probably be happy right now. My wifey yang dah malukan I, now is dead. The shares belongs to me," kata Wellington.
"And of course, the daughter will become mine alone too," katanya sarkastik.

"I don't know, but something fishy about the accident," kata Wellington. Aku diam.
Apa yang tak kena? Kemalangan, biasa sahaja.

"Apa yang tak kena?" Tanyaku.

"Timing," kata Wellington.

"Come on, this is not a drama," balasku menggeleng tidak setuju. Bagaimana dia boleh berfikir tentang masa.
Aku diam. Betul juga.

"Come on Wellington. Abang Yoh isn't like that," kataku.
"He's a cold blooded businessman. Everyone knows," kata Wellington.

"Not enough reasons. I boleh sue you under character damage," aku pertahankan Abang Yoh daripada Wellington.
"Alah, I cuma nak drama CSI sikit je pun," dia cuba mengelak.
Aku senyap.
"You're right. This isn't a drama! Apalah yang I fikir ni mengarut-mengarut!" Gerutu Wellington.
"Maybe I'm too much into drama kot," rungutnya.

Ada benarnya. Saat ini rumah tangga mereka sedang
retak menanti belah, jika mereka bercerai, pasti harta Riley tidak akan jatuh dengan mudah ke tangan Yoh. Mereka masih di peringkat awal penceraian, tambahan lagi mereka akan berebut hak penjagaan Abigail.

What a timing!

Waktu Riley meninggal ketika ini sangat memberi "benefits" yang sangat banyak kepada Abang Yoh. Menjadi bapa kepada waris tunggal perniagaan M&G sudah pasti membuatkan M&G mahu tidak mahu perlu memberi sokongan kepada Yoh dalam pemilihan CEO baharu untuk D'Generouz Group pada pelantikan akan datang. Tambahan lagi, kematian ini turut memudahkan penceraian, Abang Yoh juga tidak perlu berebut hak penjagaan Abigail. Selain itu, gosip akan reda begitu sahaja.
Mungkin aku patut melawat penjenyah langgar mabuk itu di pusat tahanan ketika ini.

Aku mengurut leher. Kepala aku mulai fikir yang bukan-bukan.
Semuanya gara-gara perkataan "timing" yang keluar dari mulut Wellington. Aku tahu, wanita itu sendiri tidak syak apa-apa. Tetapi aku merasakan sesuatu yang tak kena dengan "timing" yang begitu bagus.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now