128

41 3 0
                                    

Majlis pengebumian dihadiri oleh rakan-rakan terdekat dan ahli keluarga sahaja. Aku pergi mengambil air putih mesin sebelum diberikan kepada Ace yang duduk di barisan kerusi.

Tadi aku nampak Yoh dan Abigail bersama-sama ahli keluarga pihak perempuan sedang menyambut tetamu.
"Thank you," tuturnya menyambut air dari dalam cawan kertas itu. Aku kemudian mengambil tempat duduk di sebelah Ace.

"Back then in the hospital, I rasa I dah faham kenapa you cakap I tak sesuai kat sana," kataku. Ace tersenyum ke arahku.

Seketika kemudian, aku melihat satu sosok yang begitu aku kenali. Madam Joanne. Ace seakan-akan tidak perasan, mungkin juga dia sudah lupa mengenai wanita itu. Madam Joanne tidak perasan aku, mungkin terganggu dengan kaca mata hitam yang kelihatan tebal.

Dia kemudian berdiri di situ, aku hanya memerhati dari tempat duduk.
Aneh. Kenapa Doktor Tang menegurnya.

Aku cakna mengenai Doktor Tang kerana beliau sudah berkhidmat dengan keluarga D'Generouz buat sekian lama. Malah ketika aku demam, kami sekeluarga turut pergi berjumpanya di klinik hospital untuk mendapatkan rawatan.

Kenapa Madam Joanne berjumpa dengan Doktor Tang? Dia sakitkah?

Nanti dulu.

Kenapa Doktor Tang pandang dia macam tu?!

"Lily!" Panggilan Ace mengejutkan aku.

"What's wrong?" Soalnya. Aku menggeleng.

Fikiran aku masih lagi melayang mengenai Madam Joanne dan Doktor Tang. Mengapa sebelum ini aku tidak pernah melihat mereka bersama. Mereka kelihatan sungguh rapat?

****
Brandon menghulurkan kopi panas kepada Yoh yang duduk di staircase keselamatan. Dia tidak tahu harus bersedih atau gembira kerana kematian isterinya dengan secara tiba-tiba.
Semalam setelah Abigail dapat tahu, terus kanak-kanak itu pengsan dan tidak sedarkan diri. Pagi ini dia masih lagi menangis tidak henti-henti.

Sewaktu Yoh merancang pembunuhan itu, dia tidak terfikir Abigail akan terkesan dengan sebegini teruk. Lagipun, belum sempat mereka berbuat apa-apa, takdir terlebih dahulu menentukan segalanya.

"You heard it?" Soal Brandon. Yoh mengerling tidak faham.

"They say....Riley's M&G shares are all yours, the media is lurking around about this," bisik Brandon. Yoh memanggu dagunya. Memang benar, kematian Riley, Yoh memang mendapat keuntungan yang besar. Dia sudah membuat pengiraan mengenai perkara ini lama.

Pertama, hak penjagaan Abigail akan jatuh kepadanya sepenuhnya.
Kedua, semua saham milik Riley di M&G akan menjadi miliknya kerana hadiah perkahwinan mereka.
Ketiga, saham yang dia berikan kepada Riley akan kembali menjadi miliknya.
Empat, berita curang Riley akan senyap, maka oleh kerana kasihan orang awam akan memberi perhatian kepada waris D'Generouz Group, saham akan meningkat. Barangkali, dia akan mendapat undian lebih untuk posisi yang menjadi idamannya.

Itu belum kira jumlah amaun insurans-insurans yang mereka beli atas nama masing-masing.

"You good?" Soal Brandon.

"Yeah," balas Yoh tenang.

"You shouldn't be good right now," kata Brandon.

"Then I should be sad?" Soal Yoh.
Brandon terdiam. Dia duduk sahaja di situ. Sukar untuk mentafsirkan kata-kata Yoh.

***
Setelah agak lama di majlis, Ace bercadang untuk pulang. Lagipun dia kerja malam itu.Tatkala mereka mahu bergerak keluar, Ace terpandang satu sosok yang dia cukup kenal, General Manager Bred dari Taiyang Security.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now