Roses

80 7 0
                                    

"A rose can never be a sunflower, and a sunflower can never be a rose. All flowers are beautiful in their own way, and that's like women too." – Miranda Kerr

Sedar tidak sedar, sudah hampir sebulan aku memulakan kehidupan sebagai Lily Miller. Setiap pagi, aku akan membantu ibu menyediakan sarapan sebelum ke sekolah. Setelah bersarapan, aku seperti biasa akan pergi ke sekolah bersama-sama dengan Abang Yoh. Kami bagaikan tidak perlu berjanji, masing-masing sudah tahu akan rutin harian kami. Cuma, pulang sekolah aku bersendirian, kerana Abang Yoh punya latihan bola sepak. Setiap pagi juga, aku akan singgah ke stor sebelum ke kelas bagi mengambil kerusi.

Hampir boleh dikatakan setiap hari, aku perlu mengambil kerusi di stor berhadapan dengan kelas 3-2, yang agak berdekatan dengan kelas ku. Namun, pagi ini semua kerusi dan meja di stor kelas 3-2 tiada. Aku melangkah ke kelas. Gawat. Kerusi aku hilang lagi, aku segera berpatah balik ke stor yang kosong. Lama juga aku tercegat memandang bilik kosong, sebelum ternampak seorang tukang cuci masuk dan mengambil mop.

"Tumpang tanya, mana kerusi meja dekat sini?" tanyaku dengan suara yang agak perlahan.

Tukang cuci wanita itu diam memandangku, dia menggaru-garu kepalanya.

"Semalam Ace dengan kawan-kawan dia ubah kerusi meja yang ada dekat sini, naik stor atas rooftop Blok C," balasnya memandang aku.

Here he goes again!

Aku mengangguk lalu mengucapkan sepotong terima kasih. Jam masih awal lagi sebelum 8:30 pagi. Aku perlahan-lahan memanjat tangga ke rooftop. Blok C mempunyai empat tingkat dan bersambung dengan Blok B. Agak jauh sebenarnya dari kelas aku. Sampai di atas, ku lihat kerusi meja berterabur di luar. Lantai rooftop bewarna hijau dan agak licin. Dari situ, aku dapat melihat langit dan awan yang terapung di udara. Suasana di situ begitu nyaman dan menenangkan.

"Eh, siapa ni!" satu suara sinis mengganggu pagiku. Ace.

Aku pura-pura tidak mendengarnya lalu mengambil kerusi. Tatkala aku mahu pergi, dia menghalang jalanku.

"Ambil kerusi ke kakak?" tambahnya sinis. Aku melepaskan kerusi dan mencekak pinggang memandangnya. Kalau dah tahu kenapa tanya?!

"You can do better than this," balasku dingin sebelum berlalu pergi. Aku mendengar tawanya yang kuat sepanjang berada di tangga.

I swear I did not know that my life would turn into hell from that moment.

Sebelum mula kelas, aku membuka loker untuk mengambil buku-buku. Pelik, loker aku seakan-akan tidak berkunci.Setelah ku buka, beberapa ekor lipas keluar berterbangan dari loker aku, menjerit-jerit pelajar perempuan di dalam kelas. Untung aku tidak takut lipas. Jadi aku mengetuk lipas itu dengan penyapu. Ni nasib baik lipas, aku tak berapa takut! Kalau dia letak katak, letak tikus mati —sumpah aku pengsan dahulu!

Petang itu, tayar basikal aku seakan-akan dicucuk paku. Lagi sekali. Hari ini Abang Yoh ada latihan bola sepak, jadi aku terpaksa menuntun basikal sendirian ke kedai belakang sekolah sebelum pulang ke rumah. Ah, Abang Yoh bukan tahu perihal basikal aku yang selalu pancit ini. Sudahlah tukar getah tayar itu boleh tahan mahalnya. Masuk kali ini sudah hampir tiga empat kali aku menukar tayar, hinggakan pak cik kedai basikal itu menganggap aku seorang yang cemerkap.

Tak pandai jaga barang!

God, this is so annoying!





My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now