Jumaat.
Ahli lembaga pengarah baru selesai membuang undi.
Walaupun kes tembak menembak baru reda, namun seperti biasa plan asal tetap diteruskan. Mereka membuat kesimpulan bahawa ada unsur dengki, hampir sahaja Hans ditahan.
Namun dibebaskan.Yoh masuk awal ke dalam bilik mesyuarat diiringi dua orang peguam wakil The League. Tidak lama, Hans pula masuk, diiringi orang kanannya. Tatkala Madam Honey masuk dengan iringan Wang Henderson, peguamnya.
Mereka duduk di kerusi masing-masing sebelum Tuan Greig yang sudah bertongkat masuk dengan Setiausaha.
Setelah berbasa basi, mereka sampai ke perbincangan utama. Setiausaha Tuan Greig menunjukkan skrin kepada semua ahli lembaga pengarah.
Tertera nama Hans sebagai CEO.Hans sedikit terkebil-kebil apabila namanya diumumkan. Dia memandang Yoh yang kelihatan tenang. Sangkanya, walaupun ada sokongan yang kuat dari Madam Ratna dan susur galur anak sulung keluarga, itu semua tidak penting kerana Yoh jauh lebih superior di dalam syarikat berbanding dirinya.
Mahu sahaja dia menolak jawatan itu. Yoh jauh lebih berkredibiliti, projek di bawah pengurusan Yoh semuanya berjaya.Madam Honey dan Yoh berpandangan.
Setiausaha kemudian mengumumkan jawatan Presiden.
Nama Yoh D'Generouz tertera di situ. Semua yang ada kelihatan begitu keberatan, sehingga Tuan Greig mula menepuk tangan. Madam Honey turut tersenyum.
Bagi Hans, tak mungkin ibunya boleh kalah dengan anak sendiri, pasti ada rancangan lain.
"Mama...what's going on?" Soal Hans memecah kesunyian disebalik tepukkan ahli lembaga pengarah.
"Mama nak bertanding jawatan Datuk Bandar Middle City. As everyone know, I can't handle syarikat. The policy said so," terang Madam Honey."And....Yoh got the position due to votes," kata Madam Honey.
"It's a fair and square Hans," suara Tuan Greig memecah keheningan. Yoh tunduk, tanda terima kasih atas kepercayaan ahli lembaga pengarah kepadanya.
Hans terdiam. Jawatan Presiden, jauh lebih superior berbanding jawatannya.Yoh kelihatan cukup tenang, seolah-olah sudah dapat mengagak keputusan.
***
"We need to talk for a bit," Hans menahan Yoh usai tamat mesyuarat pemilihan. Yoh memandang Hans, ahli lembaga pengarah lain masih belum bersurai namun Hans sudah mahu bersemuka.
Madam Honey yang beriringan dengan Tuan Greig menjeling mereka, segera Hans melepaskan tangan yang mengcengkam lengan Yoh.
"Sure," kata Yoh menunjukkan jalan ke pejabatnya. Hasil mesyuarat tadi, mereka melantik Mary sebagai COO baharu.
Hans memegang jawatan CEO, dan Yoh sebagai President.
Dia tahu keputusan ini akan menimbulkan marah Madam Ratna, namun ini sebahagin perancangan Madam Honey."I'm your brother," kata Hans sebaik sahaja mereka masuk ke dalam pejabat. Yoh duduk di kerusi empuk, sepatah pun tak bercakap.
"You know kan, this things will make grandmother marah," kata Hans.
Yoh menggaru kepala."So?" Yoh tersenyum sinis.
***
"Lily! Look at the news!" Kaixin mengejutkan aku. Aku yang sedang meneliti fail Christopher sedikit terkejut. Dia menunjukkan skrin telefon kepadaku. Aku membaca tajuk berita.
GEMPAR, PRESIDEN D'GENEROUZ YANG BAHARU!
Aku memandang Kaixin tanpa kelip. Apa yang dah jadi? Aku mengambil telefon aku pula, melihat tajuk berita utama yang keluar.
YOU ARE READING
My Flower, Lily (BM)
Novela JuvenilMenjadi anak angkat kepada pembantu rumah keluarga orang kaya bukanlah impian Lily. Sebaliknya, jalan pantas untuk dia lari dari tanggungjawab. Perkenalan dengan dua jejaka bahkan bukan menenangkan, sebaliknya membuatkan kehidupan yang tenang bagai...