刚好遇见你
Genap sebulan aku tinggal di rumah sewa. Proses keluar dari asrama tidaklah susah mana. Kemas barang, pulangkan kunci dan tanda tangan. Katy ada bertanya mengapa aku mahu keluar dari bilik secara tiba-tiba, tetapi aku cuma memberi alasan bahawa aku mahu sedikit privasi.
Walhal, di dalam bilik bersama Katy, sebenarnya sudah cukup privasi yang ada. Setiap pagi, rutin aku berubah serta merta. Aku akan menyiapkan makanan sebelum pergi ke kelas. Manakala, aku akan menunggu bas 808 setiap pagi. Aku ada terfikir untuk membawa basikal zaman sekolah aku ke sini. Kurangnya nanti akan lebih jimat duit pengangkutan.
Setelah menyiapkan bekal nasi goreng,aku mengemaskan barang-barang untuk ke kelas.
Air sinki yang menitik membuatkan aku rasa geram. Mahu sahaja aku telefon ayah dan memanggilnya bagi membetulkan paip air. Namun, tidak mahu aku susahkan ayah untuk datang ke sini semata-mata membetulkan paip air. Kalau dibiarkan, risau pula lebih teruk.
Lebihan nasi goreng aku lihat, teringat pula pada Ace.
Ah,sudah! Hari ini hari jadi Ace!
Macam mana aku boleh lupa?!
I still remember about his birthday a week before!
Segera aku mengambil satu lagi bekas kosong. Niat mahu untuk memberi bekal kepada Ace disamping memintanya membantu aku membaiki paip bertukar menjadi hadiah hari jadi.
But, he did tell me he want expensive meals !
Masih awal lagi sekarang, sempat kalau aku hantarkan bekal pada Ace sebelum pergi ke kelas. Lagipula, kelas aku lambat lagi.
Aku tersenyum sendirian. Ace banyak tolong aku, setakat nasi goreng, apalah sangat.
Well. He's an eater! He just ate everything!
Yoh berdiri di hadapan kafe. Madam Honey sudah berjanji akan berjumpanya di kafe depan universiti setelah tamat seminar. Tidak lama dia menunggu, sekejap sahaja sudah kelihatan Madam Honey keluar dari kereta Mercedes hitam.
"I thought my dad would come with you," kata Yoh lantas memeluk Mama Honey erat. Mama Honey mengjongket bahu.
"Seminar ni untuk women sahajalah," kata Mama Honey. Yoh tersenyum.
"Dear, tahun depan grad nak mama datang ke?" Soal Madam Honey. Kursus yang diambil oleh Yoh jarak belajarnya tidak lama, cuma tiga tahun sahaja. Selepas itu Yoh boleh pergi ke hotel bekerja sebagai pelatih atau sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Madam Honey tidak kisah, dia tahu Yoh tidak akan menghampakan harapan keluarga.
"Stay kot. Afterall, hotel here they kinda need me,"kata Yoh tanpa berfikir panjang. Dia hanya ada lagi setahun tempoh untuk belajar.
"You've worked hard dear," puji Madam Honey memegang pipi Yoh. Yoh mencapai tangan Mama yang sedikit sejuk.
"Nak minum dulu?" Soal Yoh menunjuk ke arah kafe. Madam Honey senyap sahaja.
"I need to meet my friend. Dulu dekat Jepun sama-sama buat master," kata Madam Honey.
"Here? In my university?" Yoh seakan tidak percaya.
"Well. She's apparently here. Jom. Mama dah lama tak jumpa dia," kata Madam Honey.
"You made appointment or..."soal Yoh.
"Nah! It'll be a suprise!" Kata Madam Honey dengan senyuman yang cukup cantik.
"Looks like, you're close!" Kata Yoh. Madam Honey tersenyum. Yoh membawa masuk mama ke dalam ruang universiti yang besar. Madam Honey tersenyum memandang pemandangan universiti Yoh. Besar dan cantik.
ANDA SEDANG MEMBACA
My Flower, Lily (BM)
Genç KurguMenjadi anak angkat kepada pembantu rumah keluarga orang kaya bukanlah impian Lily. Sebaliknya, jalan pantas untuk dia lari dari tanggungjawab. Perkenalan dengan dua jejaka bahkan bukan menenangkan, sebaliknya membuatkan kehidupan yang tenang bagai...
