D'Generouz

199 8 0
                                    

A boy's best friend is his mother.

Rumah agam putih dilengkapi perabut klasik itu kelihatan sungguh megah. Keluarga D'Generouz yang terkenal dengan perniagaan hartanah dan perhotelan. Kelihatan barisan kereta import di susun rapi di ruangan parkir kenderaan. Dari jauh, kelihatan Madam Besar sedang menikmati hidangan petang sambil memandang ke arah pokok bunga orked yang tersusun rapi di atas para. Sambil menghirup kopi, kedengaran suara tawa riang dua remaja perempuan sedang bermain dengan anak patung.

Satu sudut lagi, kedengaran derapan tapak kaki tergesa-gesa mahu turun ke tingkat bawah rumah.

"Yoh, cepatlah! Abang kamu dah nak sampai airport, nanti marah pula kalau kita lambat," sura seorang wanita bergema.

Wanita itu berpakaian ringkas, blaus bewarna kuning cair dan slack coklat terang. Matanya tersangkut sepasang kaca mata bewarna coklat jenama Gucci. Yoh, tergopoh-gapah turun,kelewatan. Bajunya ringkas. T-shirt hitam dan seluar jeans. Langsung tidak kelihatan seperti anak orang kaya-kaya.
Dia terlajak tidur siang!

Kemudian mereka menaiki Toyota Alphard bewarna putih. Hari ini, abang sulungnya, Hans akan pulang sempena cuti semester. Abang sulungnya merupakan pelajar jurusan perniagaan salah satu universiti di Amerika. Yoh, duduk di sebelah ibunya ditempat duduk belakang.

"Kendrick, sebelum sampai saya nak singgah beli pau kacang merah dekat kedai kegemaran Hans," ujar Madam Joanne. Yoh tidak berkata apa-apa. Dia menyumbat telinga dengan fon telinga sambil memandang ke arah luar tingkap.

Keluarga mereka mempunyai empat beradik. Hans, yang sulung, menuntut di universiti luar negara. Yoh, anak lelaki kedua, tahun kedua sekolah tinggi manakala dua adik perempuan Elizabeth dan Mary.
Hidup mereka boleh dikatakan bahagia, segala keperluan lengkap. Setiap hari wang yang dibelanjakan terlebih daripada mencukupi.

"Yoh, how about next year, you pun pergi luar negara?" Soal Madam Joanne tiba-tiba. Yoh mencabut fon dari telinga memandang ke arah ibunya. Mata ibunya bersinar-sinar memandang Yoh dengan segaris senyum dibibir.

"We have talked about this right, I'll be graduating from highschool with my friends," balas Yoh lalu memandang ke arah luar tingkap melihat kereta lalu-lalang dan pohon-pohon penghias jalan raya. Madam Joanne menggigit bibir bawah.

"Mummy just want the best for you," balas Madam Joanne. Yoh memandang luar tingkap.

Setelah berada di lapangan terbang, Madam Joanne memandang kiri dan kanan mencari-cari kelibat Hans di balai ketibaan. Dia berasa teruja dan risau.
"Kendrick, perlukah kita sedia kadbod tulis nama Hans?" Soal Joanne setelah menunggu hampir 15 minit.

"Baik Madam, saya pergi cari kadbod," balas Kendrick, pemandu mereka menurut arahan.

Dari jauh, Yoh sudah ternampak kelibat Hans sedang menolak troli bagasi.
"No need Pakcik," balas Yoh sambil menghalakan jari telunjuk kepada lelaki berjaket hitam. Hans memakan kaca mata gelap, jaket hitam dan seluar jeans koyak. Tatkala melihat Madam Joanne dan Yoh dia segera melambai. Dari lagak gaya jalannya, tak ubah seperti model.

"Hai handsome," sapa Madam Joanne setelah Hans betul-betul berada di hadapannya. Mereka bersalaman dan berpelukkan agak lama.
"Mummy miss you son," ujar Madam Joanne. Yoh tercegat ditepi memandang mereka.

"Hai Yoh, kenapa kau lagi tinggi dari aku ni?" Soal Hans. Seingatnya, Yoh masih lagi comot dan suka bermain di luar rumah. Sudah tiga tahun dia belajar di Amerika, Yoh bahkan kini kebih tinggi darinya. Dia dihantar bersekolah tinggi di sana ketika sebaya dengan Yoh. Dia tua tiga tahun berbanding Yoh. Mereka bersalaman, namun Yoh tidak menjawab pertanyaannya.

"Where's Mama?" Soal Hans. Madam Joanne terdiam, namun segaris senyum masih terukir dibibirnya. Ya, dia bukan ibu Hans yang sebenar. Hans merupakan anak kepada Madam Honey, isteri pertama Greig D'Generouz. Manakala, dia cuma orang kedua dalam hidup Greig.

"Home," balas Yoh kepada abang tirinya. Hans mengangguk.

"Jom, mummy ada beli pau kacang dalam kereta!" Balas Madam Joanne menarik tangan Hans.
Yoh memandang mummy dan abang tirinya yang kelihatan mesra. Dia sendiri tahu, ibunya sekadar memakai topeng.

Elizabeth dan Mary juga adik tirinya, anak kepada Mama Honey. Hanya Yoh seorang sahaja anak yang dilahirkan oleh Madam Joanne. Dia masih ingat ketika mereka orang-orang bertanya mengenai ibunya. Dia terpaksa mengaku bahawa Mama Honey sebagai ibu kandung agar tidak diketahui oleh wartawan status ibunya Joanne. Masyarakat sekarang sangat bencikan perosak rumah tangga orang lain. Segera dia berlari ke arah Madam Joanne dan Hans.

Makan malam keluarga D'Generouz begitu dingin. Pelbagai jenis hidangan disediakan di meja makan. Semuanya menu kegemaran Hans. Madam Besar Ratna duduk di kerusi tunggal manakala ayahnya Greig duduk bersebelahan dengan nenek. Madam Honey duduk dihadapan Greig begitu juga anak-anaknya, Hans, Elizabeth dan Mary. Mereka bagaikan sudah mempunyai tempat duduk yang tetap dimeja makan.

Joanne dan Yoh turut duduk makan di meja yang sama. Joanne duduk bersebelahan dengan Hans, berhadapan dengan Mary. Tuan Greig dan Madam Honey duduk bertentangan. Hans berhadapan dengan Elizabeth, manakala Madam Besar Ratna duduk berseorangan di kerusi tunggal. Suasana begitu dingin hinggakan Yoh merasakan setiap lauk pauk yang dimasak pembantu rumah mereka Helen langsung tidak dapat diterima anak tekaknya.

"Hans, makan lah banyak sikit," ujar Madam Besar memecah kesunyian. Mama Honey memandang nenek lama. Hans tidak berkata apa-apa.

"Yoh, esok ikut bapa kamu pergi syarikat, kena belajar dari sekarang," tambah Madam Besar. Joanne tersenyum sinis mendengar kata-kata Nenek. Nampaknya, Yoh juga ada peluang untuk menguruskan perniagaan! Tidak sia-sia dia mengandungkan Yoh sembilan bulan.

Setelah makan, Joanne menghantar Yoh ke pintu biliknya. Hatinya berbunga riang. Walaupun seluruh ahli keluarga ini memandangnya dengan pandangan yang dia sendiri tidak dapat tentukan tahap keikhlasan mereka, namun dia yakin. Yoh, mampu mengubah persepsi mereka. Dia menolak Yoh masuk ke dalam bilik. Seterusnya, membuka almari baju Yoh bagi mencari pakaian yang elok-elok. Anak lelakinya yang seorang ini sangat minimal. Semua bajunya bewarna hitam, kelabu dan putih.

Patutkah pakai suit!?
Atau cukup dengan sekadar kemeja?

"Hehehehehhe," dia ketawa geli hati. Tangannya ligat membelek setiap helai kemaja yang ada. Semuanya bewarna hitam. Dia mengambil kemeja hitam jalur putih nipis lengan panjang dan slack hitam.  Esok, dia bercadang untuk ke mall membeli-belah.

"You're that happy?" Soal Yoh lalu duduk di kerusi bermain game. Kerusi itu juga bewarna hitam. Dia membuka monitor dan menghidupkan komputer.

"Of course! Your grandmother finally realised that you are worthy enough my dear," katanya lalu berbaring di atas katil Yoh.

"Well, whatever. If you're happy then it's all good," kata Yoh lalu menggunakan tetikus untuk membuka permainan komputer.
"I guess," tambahnya lagi.

Yoh bermain dengan permainan video menerusi komputernya. Sesekali dia mengerling ke arah Madam Joanne yang sedang berbaring di atas katilnya. Sekali lagi menoleh, ibunya sudahpun tertidur. Perlahan dia menyelimutkan tubuh wanita itu. Kemudian dia tersenyum, lalu berbaring disebelah.

Ah, kalau orang tahu remaja sepertinya masih tidur dibawah ketiak ibu pasti dia akan ditertawakan. Bantal peluk panjang itu diletakkan di tengah, seumpama penghadang antara dia dan ibu.
Yoh sedar. Kehadiran mereka berdua di rumah ini seakan-akan tidak diundang. Namun, mereka tetap dilayan dengan baik.

Kelahirannya merupakan sebuah kesilapan. Madam Joanne menjadi isteri kedua kepada Greig D'Generouz. Kehidupan pasangan bahagia D'Generouz, sekelip mata berubah dengan munculnya Joanne membawa Yoh yang masih lagi menyusu.

Lama Yoh termenung memandang siling putih. Kemudian, perlahan-lahan dia terlena, bertemankan mimpi sunyi.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now