Crazy

37 2 0
                                    

我想打开你的心门

Yoh tidak bercakap sebaliknya hanya diam sahaja. Ace juga begitu. Dia menunggu Yoh memulakan bicara namun Yoh masih senyap.

"Call ni mahal. Kalau kau tak nak cakap, aku nak letak! Nanti habis duit Lily pulak, aku yang kena marah free," perli Ace. Dia sudah tidak sabar apabila Yoh tidak bercakap sepatah kata.

"I was angry," kata Yoh. Ace diam. Ya lah! Kalau dia ada di tempat Yoh, dengan sikap sabar yang menipis, sudah habis Ace dikerjakan.

"But, rationally think...I should not," kata Yoh.

"If Lily called me, macam lah aku boleh on the spot datang kan," kata Yoh. Ace senyap sahaja.

"So...I don't deserve to be angry at you!" Kata Yoh.

"And...that sucks!" Jelas Yoh. Ace menghela nafas.

"Okay. Sorry," kata Ace walhal dia sendiri tidak tahu mengapa dia meminta maaf. Paling penting sekali, tidak apa yang perlu untuk dia meminta maaf.

"Pasal hantu tu... I don't think there's a ghost," kata Yoh jujur.

"Kau ingat aku percaya? Tapi dah dia berkeras tak nak balik asrama, apa aku nak buat?" Tanya Ace.

"Kau marah aku bawak balik dia ke?" Hati-hati Ace mengatur ayat. Tidak mahu kedengaran terlampau jelas.

"I was, but..." Yoh juga tidak betah. Dia duduk bersandar sambil memandang komputer riba. Abdul masih lagi bertungkus lumus menaip, sementara Yoh berganjak sedikit ke jendela kaca. Dia tidak mahu ganggu konsentrasi Abdul. Suasana perpustakaan juga damai, tidak ada ramai orang. Disebabkan perbezaan masa, di tempat Lily sudahpun malam hari manakala di tempatnya masih lagi siang hari.

"Suruh dia tukar bilik lah," putus Yoh.

"Tak boleh. Dia baru tukar habis kes bergaduh dengan roomate lama. Kalau tukar lagi...." Ace mula berteka-teki. Yoh sendiri mengerti.

"Aku ingat nak suruh dia stay rumah aku," kata Ace.

"Excuse me?!" Suara Yoh meninggi.

"Aku kan stay dorm, so rumah ni kosong," kata Ace laju sahaja, tidak mahu Yoh salah faham.

"Hmm, suruh dia stay situ lah. Rent nanti aku bayar," kata Yoh. Ace mengangguk dan membalas sepatah "okey" pada Yoh.

Telefon di berikan semula pada aku yang masih mundar mandir di depan pintu bilik Ace.

"Amik balik fon kau!" Kata Ace segera menutup pintu rapat. Aku terkejut dengan bunyi hentakan pintu bilik Ace.

Memandangkan Abang Yoh masih di talian, aku segera memanggil nama Abang Yoh.

Can't waste my credit and bill!

"Okey lah sayang. Abang ada groupwork tengah buat ni," kata Abang Yoh, langsung tidak memberi peluang kepada aku mengorek rahsia.

"Lepas masuk bilik kunci pintu. Sendal sikit pintu dengan almari ke meja ke...Take care sayang," pesanan Abang Yoh membuatkan aku ketawa besar.

Aww!

"Bye abang," balasku ringkas.

"Love you," katanya lalu meletakkan telefon.

Love you too!!!

Tanpa membuang masa aku segera mengetuk pintu bilik Ace untuk mengorek rahsia. Aku mahu dengar sendiri apa yang mereka berdua bicarakan.

I need to hear it all!

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now