不嫁给你,那我嫁给谁啊?
Kertas yang diselit melalui celah pintu diamati oleh Yoh. Tiket menonton wayang. Dia tersenyum sendirian sebelum kembali berbaring.
Sayang....— Yoh
On tak on— Lily
Yoh segera membalas setuju. Dia bukan gemar sangat ke panggung menonton wayang. Namun, sekadar mengikuti plan Lily sahaja. Seketika kemudian, dia menerima mesej berbaur arahan dari Lily. Mereka akan bergerak berasingan. Lily akan keluar sejam lebih awal, manakala Yoh akan keluar sejam kemudian.
Setelah itu, mereka akan berjumpa di Harper Mall sebelum naik kereta bersama ke Store Mall di mana tempat mereka menonton wayang. Plan yang rumit namun berkesan kalau ada mata yang memandang. Maklum sahajalah, bandar Northen City bukannya besar mana. Kemungkinan untuk jumpa orang yang dikenali sangat tinggi. Jadi mereka harus bijak mengatur.
Andai kata ada seorang tahu, reputasi Yoh D'Generouz juga akan rosak. Tidak mustahil, berita itu boleh sampai ke telinga Madam Besar.
Perlu ke sampai macam tu sekali— Yoh
Perlu.—Lily
Mesej balas dari Lily tidak lama, namun sangat tegas dan padat arahannya. Yoh akur sahaja. Dia malas mahu bertengkar. Ikutkan hati, dia tidak ada masalah kalau mahu bagitahu umum tentang hubungan mereka.
Tetapi, sejak kebelakangan ini...dia mulai ragu-ragu sendiri.Yoh juga mahu merahsiakan hubungan ini.Dari awal dia sudah mulai mengagak, penamat antara Lily dan Yoh, bukanlah satu penamat yang membahagiakan.
Aku memakai baju serba hitam. Hoodie hitam, seluar slack hitam dan topi hitam. Setelah itu aku memakai kasut bewarna putih bersih. Ibu memandang aku.
"Nak pergi tengok wayang seorang je ke?" Soalnya. Aku menggeleng.
"Ada kawan. Jumpa kat sana," balasku.
"Jangan balik lewat sangat. Lain lah kalau keluar dengan Ace," ucap ibu mengusik jiwaku. Ya benar! Aku kerap keluar tengok wayang dengan Ace satu ketika dahulu. Kini, genap sebulan lebih Ace menghilangkan diri. Bayangnya masih tidak ditemui. Penyiasatan oleh pihak berkuasa menemukan jalan buntu.
Cuti semester aku dan Abang Yoh juga hampir tamat. Kami belum keluar berdua lagi. Minggu depan Abang Yoh akan pulang, jadi aku mahu kami manfaatkan cuti kali ini bersama. Lagipula, tahun depan aku sudah masuk Tahun 2. Abang Yoh akan berada di tahun akhir. Dia pasti sibuk dengan graduasi, tesis dan juga kursus "internship".
"Jangan lah risau," kataku. Aku tahu, aku tidak boleh terlampau lama bersedih mengingatkan Ace. Mungkin macam dalam drama bersiri. Ace diselamatkan oleh sesiapa dan sedang lupa ingatan. Selagi aku tidak jumpa mayat, aku mahu terus percaya yang Ace masih hidup dan bernafas di suatu tempat.
Mungkin sama seperi drama, dia hilang ingatan dan jatuh cinta dengan orang asli di dalam hutan!Aku mendengus. Aku berjalan ke perhentian bas sambil memakai fon telinga. Fikiran aku melayang. Ace selalu akan tempah tiket wayang untuk aku. Setelah itu, aku akan membeli bertih jagung dan makanan.
Ketika menonton wayang, Ace akan suka mencelah. Aku tidak suka cerita hantu(sejak kes Katy), dan kebanyakkan cerita yang kami tonton adalah drama aksi ataupun thriller.
Sebenarnya aku lebih suka cerita fiksyen cinta, tapi sebab Ace yang bayarkan tiket, jadi aku tonton sahaja apa yang dia hendak.
YOU ARE READING
My Flower, Lily (BM)
Ficção AdolescenteMenjadi anak angkat kepada pembantu rumah keluarga orang kaya bukanlah impian Lily. Sebaliknya, jalan pantas untuk dia lari dari tanggungjawab. Perkenalan dengan dua jejaka bahkan bukan menenangkan, sebaliknya membuatkan kehidupan yang tenang bagai...