Jealous

81 6 0
                                    

Jealousy is a disease

Padang awam kelihatan sedikit lengang, mungkin kerana ia bukan perlawanan akhir. Pusingan kelayakkan tidak memerlukan banyak penonton, cukup sekadar beberapa orang. Aku berjalan ke barisan paling belakang dan duduk di sebuah kerusi biru. Ace juga mengambil tempat dan duduk di sebelah aku.

This is getting annoying! He was acting like a glue!

"Pergi lah sanaa," kata aku. Ace tidak berganjak, sebaliknya duduk bersandar sambil memeluk bahu. Kakinya diletakkan di atas kerusi kosong barisan hadapan.

Whatever!

Aku terhendap-hendap mencari bayang Abang Yoh yang tidak muncul-muncul. Perlawanan dah habis ke? Aku lambat ke? Mana Abang Yoh? Abang Yoh yang selalu bercahaya bagaikan mentari pagi.
Oh, mungkin aku kena duduk tunggu dahulu.

Ace memandangku, seperti ingin mengatakan sesuatu. Aku memandang ke arah Ace yang dia seribu bahasa.

"You have anything to say?!" Soalku.
Ace diam. Mulutnya terbuka sedikit.

"Actually I...." Ace memulakan bicara. Aku memandang ke arah sepasang mata hazel miliknya, pasti! Pasti ibu atau sesiapa dalam keluarganya ada darah orang luar.

Well, he's quite a hottie thou...

"Nevermind!" Pantas dia membalas seraya kembali bersandar. Aku berkerut, tidak puas hati dengan caranya membiarkan aku tertanya-tanya.

"Aaaccceee!" aku merengek dengan nada tidak puas hati.

Ehem!

Satu suara orang berdehem dari belakang menyebabkan aku menjadi kelu seribu bahasa. Abang Yoh. Dia memandang ke arah aku dan Ace tajam sebelum tersenyum. Rakan-rakannya juga ada dibelakangnya. Dari satu sudut, kelihatan ahli pasukan bola sepak sekolah meletakkan beg bersedia untuk perlawanan selanjutnya.

"Ehh, Ace!" Tegur rakannya yang bernama Yamato itu. Aku memandang Abang Yoh, cuba untuk memperjelaskan tentang Ace.

But, I can't tell them that I'm helping Ace sorting out this mess ritee! Now, what do I do??

"How come you boleh datang sini dengan Ace?" Soal Riley. Soalannya menyebabkan Abang Yoh memandang aku meminta penjelasan.

Look, I don't have any romantic relationship with Abang Yoh, but he's making me looks like : I'm cheating!

"Coincidence, I met her on the way here," terang Ace cuba menyelamatkan aku.

"Well, why would Ace come here at first?" Abang Yoh menyoal pula. Dia memandang Ace dengan wajah yang tidak puas hati. Rakan-rakannya juga terdiam.

"Okay. I was on my way to somewhere. And yet pooff, I met this girl. And she was all alone, so I accompanied her here! Pomm! Here I am," Ace menjelaskan dengan nada yang boleh menyebabkan orang lain menyampah.

But, thanks Ace! You did well !

Wajah Abang Yoh berubah kelat.
"Abang dah cakap kan! Kalau Ace nak buli Lily, jangan layan!" Abang Yoh seakan mengingatkan aku. Nadanya jelas bunyi menyindir.
Abang Yoh kemudiannya menyuruh rakan-rakannya pergi terlebih dahulu.

Now what! He's angry ??! Shucks!!!

Ace ketawa dibuat-buat. Sangat menyakitkan hati. Topinya dibetulkan sedikit sebelum diangkat dari kepala. Dia mengibas sedikit topi hitam itu sebelum diletakkan di atas kepala aku. Aku tercengang.

"I might be a bully....But I never leave a girl alone in the middle of the night! Okay Lily! "Abang" balik dulu. Apa-apa call. You have my number right!" Kata Ace sebelum memasukkan tangan ke dalam poket seluar. Perkataan "abang" di dalam ayat sengaja di tekankan. Telefon bimbit baharu aku juga turut sengaja menjadi topik.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now