Pungguk Rindukan Bulan

33 4 0
                                    

I miss u when I can't sleep,
Or right when having coffee

Aku beratur di kafe Starbuck untuk membeli minuman. Hari ini cuaca begitu terik, dan aku sudah mula berasa haus. Di hadapan aku ada dua orang pasangan kekasih yang sedang memesan minuman. Tiba giliran aku juga tidaklah begitu lama.

"Satu green tea frappucino and one more cinnamon latte," ujarku.

"Venti or grande?" Soal pekerja.

"Grande," balasku serius.

"Venti tambah 1 dollar je cik," kata pekerja.

"Grande," tegasku.

"Frappucino, nak toppings?" Soalnya.

"No," balasku tegas.

This is why I hate cafe! They're always want you to add more and more.

Seketika kemudian, aku mendapat kedua-dua minuman. Lama aku terhenti apabila memegang minuman.
Aku lupa.
Aku kini sendirian.

One is one and all alone.

Cawan kertas cinnamon latte dan frappucino kegemaran aku ambil dan menuju ke tingkat atas. Terasa aneh bila aku datang sendirian memesan dua minuman. Tempat yang menjadi port lepak aku dan Ace juga kosong.

This emptiness is killing me.

Aku duduk di bangku sambil memandang pemandangan luar jendela. Kedua-dua cawan diletakkan di atas meja.

Ugh. I feel like my heart is cracking out of sudden.

Apa yang tak kena dengan aku? Adakah aku sudah terbiasa dengan Ace sampaikan aku memesan dua jenis minuman seperti selalu?

What the hell is wrong with me!

Kerusi hadapan aku kosong. Terasa hatiku sedikit berat. Cawan kertas cinnamon latte itu masih lagi panas. Pantas aku meletakkan minuman kegemaran aku ke tepi.

Aku pernah sekali mencuri rasa air tersebut namun tidak berapa gemar kerana terasa begitu manis. Rasa cinnamon latte lebih kepada rasa air espresso bercampur dengan susu dan gula perang.

"How can he even drink this?" Desis hatiku dan tanpa sedar masih lagi menghirup air tersebut.

I guess, it's not bad.

Aku terbayang Ace duduk di hadapan aku sambil menghirup cinnamon latte yang panas pada hari yang panas. Kadang-kadang sebab gopoh, bibirnya akan terasa panas dan bertukar merah. Menjerit-jerit dan banyak perkataan kesat kedengaran.

Did I miss him? I guess yes.

Ace yang selalu mendengar aku merungut. Ace yang selalu ada kalau aku sedih. Ace yang akan ke hulu ke hilir menjemput aku kalau mahu ke mana-mana.

Shucks! I miss him.

Maybe I should go home and visit his dad this weekend.

Suasana di luar masih lagi berjalan seperti biasa. Aku ada juga menelefon Ace, tetapi dia sibuk. Kadang-kadang mesej aku juga tidak di baca. Mungkin juga dia sibuk menjaga ibu, di samping kerja dan menyesuaikan diri di sana. Tiga minggu terasa berlalu dengan begitu lambat sekali.

Bunyi Anna mengiau membuatkan aku tersedar sekarang sudah waktu memberi Anna makan. Segera aku berjalan ke pintu melihat Anna sedang mencakar dinding.

"Nasib kau lah Anna, tuan tinggal," kataku. Anna masih lagi mengiau, terasa sedikit lucu.

Yoh menyerahkan kembali borang itu kepada Riley. Tarikh tutup menghantar borang adalah sebelum esok pagi dan Yoh hanya buat keputusan hari ini. Riley senang, akhirnya Yoh bersetuju untuk mengikutinya.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now