Riley menyusun kotak-kotak di atas meja solek. Sementara itu, Derek sedang bersolek dengan bantuan juruhias."Kotak apa ni?" Soal Derek. Riley tersenyum memandangnya.
"I beli present untuk semua pekerja," kata Riley. Derek mengangguk. Setelah pulang bercuti, ini hari pertama Riley masuk kerja.
"Buat susah je," balas Derek.
"Next week jangan lupa birthday anak I," Riley mengingatkan Derek.
Aku memandang Ace yang memakai seragam polis. Hari ini dia mula masuk kerja, jadi kami sama-sama akan berangkat. Aku bercadang untuk memberitahu ibu dan ayah setelah Ace sihat sedikit. Ace memakai seragam biru terang, membuatkan hati perempuan aku menjerit.
I mean, there's no doubt that guys are better in uniform!
"Apahal pandang macam tu," sinis Ace memerli aku sebaik sahaja dia duduk di meja makan berhadapan. Aku mengangkat kening sambil menyapu jem strawberi pada kepingan roti bakar.
"Well....you're looking good," aku membalas sambil mencebik bibir. Ace memandang aku sambil tersenyum. Dia membetulkan rambutnya yang baru beberapa hari lepas dipotong pendek.
Aku tersenyum senang hati memandang Ace yang tampak bersemangat."Nanti lepas kerja, how about kita dinner dekat luar?"'soalku. Ace mengangguk setuju.
"Nak I booking ke?" Soalnya. Aku menggeleng.
"I nak makan malatang. Kena booking ke?" Soalku ceria. Dia tertawa mendengar sambil menjeling aku.
"Order la yang mahal sikit. I baru kembali bekerja ni," kata Ace. Aku tersengih lalu menggigit hujung roti.
"By the way Ace..you masuk department mana ya? Well, I kinda selalu pergi balai in case nak jamin orang or whatever," kataku.
"I bahagian..." Ace menggaru kepala. Jelas sekali dia tidak mahu memberitahu aku. Aku memegang lengan Ace sambil tersengih.
"Tak nak cakap pun tak apa," kataku membuatkan Ace mendengus perlahan. Dia memandang aku.
Ace mendekati aku sambil mengurai rambut yang menutup mataku."You look pretty," katanya. Aku menahan senyuman sinis. Rambut perang dengan subang sedikit mengganggu aku. Pakaian aku hari ini ringkas, blaus baby blue dengan seluar putih.
"I rasa dekat mata you, I hari-hari pretty," usikku. Ace merangkul pinggangku. Dia memeluk aku lantas mengusap belakang kepala aku. Nafasnya turun naik, jelas sekali kegelisahan dan tidak tenteram.
"Thank you for everything," ucapnya penuh makna. Aku membalas pelukkan Ace.
"Everything?" Soalku. Dia mengangguk.
"Thank you for staying with me at my lowest point," katanya. Aku termangu terasa bagaikan hatiku sedikit tersentak. Aku menolak dada Ace seraya menatap ke arah anak mata bewarna hazel miliknya.
Aku tersenyum melihat wajah tenang Ace yang sedang tersenyum padaku."You're mine," kata Lily.
Yoh masih tidak berputus asa membuat panggilan kepada Madam Joanne. Dia sendiri buntu memikirkan perkara ini. Awal pagi dia singgah sebentar ke apartment wanita itu dan mendapati rumah itu kosong. Bahkan, pakaian dan beberapa barang peribadi juga tidak ada di dalam almari. Yoh masih lagi tidak berputus asa membuat panggilan.
"Charles, we need to find a missing woman," kata Yoh.
Charles dengar sahaja."A woman in his 50," kata Yoh ringkas. Dia sudah putus asa menyuruh Lily mencari ibunya. Yoh diam berfikir. Kebarangkalian mummy ada dengan Madam Besar ataupun Hans tidak dapat disangkal. Tetapi...untuk apa? Adakah untuk mengugutnya jika Tuan Greig menyerahkan syarikat. Atau, Mummy sedang dalam keadaan bahaya. Kerisauan Yoh memuncak hebat. Dia tidak boleh memberitahu Brandon tentang kehilangan ibu. Kalau Madam Honey tahu, tidak akan mengubah apa-apa.
YOU ARE READING
My Flower, Lily (BM)
Teen FictionMenjadi anak angkat kepada pembantu rumah keluarga orang kaya bukanlah impian Lily. Sebaliknya, jalan pantas untuk dia lari dari tanggungjawab. Perkenalan dengan dua jejaka bahkan bukan menenangkan, sebaliknya membuatkan kehidupan yang tenang bagai...