Jealous

53 3 0
                                    

'Cause you're too sexy, beautiful
And everybody wants a taste

Aku mengetap gigi apabila bau asap rokok menyerap ke langsir dan cadar katil aku. Aku sudah cakap dengan Trisha jangan merokok dalam bilik. Kalau nak merokok, sila keluar dari bilik. Namun dia tidak endahkan aku. Kini sudah hampir dua bulan aku memulakan pengajian dalam jurusan undang-undang. Setiap hujung minggu, aku akan pulang ke rumah ke rumah D'Generouz ataupun menghabiskan masa di perpustakaan.

Namun tidak hari ini. Perut aku terasa sungguh senak bagaikan ada seekor gajah tengah memijak perut aku. Dengan bilik yang bau asap rokok lagi. Nasib, Trisha tidak ada dalam bilik. Kalau tidak sudah teruk aku maki dia.

Aku dan Trisha tidak rapat langsung. Mula, aku ingat kami berdua boleh jadi akrab, namun pelajar jurusan bahasa itu sering keluar malam dan merokok di dalam bilik menyebabkan aku kurang senang dengan sikap dia! Itu belum masuk dia bawa teman lelaki yang bersilih ganti masuk dalam bilik lagi! Entah apa yang ada dalam kepala otaknya.

Aku memandang telefon bimbit yang sudah hampir dua tahun aku guna. Tiada panggilan dari Abang Yoh. Pagi tadi aku semak kotak emel juga tiada. Sudah hampir dua minggu dia tidak menghantar emel pada aku. Bukan itu sahaja, bahkan emel aku dua tiga hari lepas juga masih belum berbalas.

Damn! Shit!

Perut aku terasa bagaikan dipijak oleh seekor gajah!
Tak boleh jadi. Tuala wanita aku sudah tinggal lagi beberapa keping. Aku juga perlu ubat tahan sakit.
Segera aku menelefon nombor rakan semeja merangkap rakan baik yang baru aku temui. Hana.

"Hana, kau sibuk tak?" Soalku malas di corong telefon.

"Aku ada gathering dengan kelab astronomi, kenapa?" Dia membalas. Kedengaran suara orang ramai sedang ketawa gembira. Hana memang baik dan senang di ajak bergaul. Dia sentiasa ceria dan kelakar. Berbeza dengan aku. Hana juga seorang yang banyak cakap dan mesra dengan semua orang. Sejak masuk ke sini, aku banyak habiskan masa dengan Hana di dalam kelas. Sistem kerjanya juga sistematik, jadi aku suka kalau ada kerja kumpulan yang boleh kami selesaikan bersama-sama.

"Sibuk ke? Tak apalah," kataku.

"Serious? Kejap lagi kitaorang nak karaoke? Kau macam tak sihat ni?" Ujarnya cemas.

"Tak apa. Serius. Aku nak tidur. Have fun," pesanku lalu mengucapkan selamat tinggal. Setelah itu, Hana meletak telefon. Ada juga dia mengajak aku menyertai kelab astronomi tempoh hari, tapi aku cuma menolak. Aku tidak mahu terlibat dalam mana-mana persatuan lagi.

Perutku semakin tidak boleh di bawa berbincang. Siapa lagi yang boleh aku minta tolong? Hah! Sebelum ni dia pernah tolong aku juga!

Aha!!! I just know it!!

Maria berjalan beriringan dengan Ace sambil minum frappucino yang mereka beli di Starbuck. Sesekali dia menjeling Ace yang minum vanilla frappucino tanpa henti.

"Seronok keluar hari ni," kata Maria. Ace tersenyum ke arah teman wanitanya. Gadis itu cantik dan kurus. Dia mengambil jurusan seni tari di universiti yang sama dengan Lily. Cuma, Lily mengambil jurusan perundangan.

"Jom, I hantar you balik? Nanti lewat you tak sempat rehat," Ace cuba berlagak seperti lelaki matang. Maria mengangguk. Mereka berkenalan melalui teman rapat ketika keluar makan bersama. Sejak itu, dia suka pada Ace. Namun ketika itu, Ace sudah ada teman wanita.

Hubungan mereka berdua baru masuk tiga minggu. Ace sangat memahami dan baik, jadi dia rasa begitu tenang kalau berada di samping Ace. Cuma...
Cuma...
Cuma...

Telefon Ace berdering. Segera dia mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar. Lama dia terhenti di situ. Maria memandang nama pemanggil.

Lily.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now