First Step

55 3 0
                                    

非你不可

Keadaan di rumah besar tenang. Sejak Madam Joanne berpindah, Acik Yamy juga mengekorinya. Hari ketiga perkahwinan membuatkan aku turut berada di rumah itu. Majlis selama dua hari dua malam itu sangat meletihkan seluruh isi rumah. Sebelum pulang, aku membantu ibu menyediakan makanan. Madam Besar kebelakangan ini jarang turun makan kerana keadaan kakinya yang tidak mengizinkan.

Aku menghidang makanan di atas meja, sebelum Tuan Greig duduk di meja menanti ahli keluarga yang lain.

"Tak turun lagi yang lain?" Soalnya padaku. Aku menggeleng, memberi alasan mungkin mereka penat menguruskan majlis kahwin semalam. Dia mengangguk lalu meminta aku menuangkan kopi. Ibu sudah menghantar makanan pada Madam Besar, manakala ayah awal lagi sudah keluar pergi membeli barang keperluan untuk dihantar pada Madam Joanne.

"Lily sekarang kerja dekat mana? The League?" Soalnya. Aku menggeleng. Memang Yennifer&Miranda merupakan anak syarikat The League, namun hakikatnya kami tidaklah sebesar The League.

"Sedar tak sedar dah dekat lapan tahun Lily datang sini," katanya. Aku mengangguk setuju.

"Kenapa tak kerja dengan The League saja? Uncle Wang tak..." katanya gugup. Mungkin juga dia sudah tahu tentang perkara yang terjadi pada Ace. Lagipun, pasti Madam Honey ada memberitahunya tentang aku berkawan baik dengan Ace. Malas aku untuk menerangkan lebih lanjut.
Kemudian, Yoh turun. Riley tidak ada bersamanya.

"Pengantin baru!" Tegur Tuan Greig. Yoh tersengih menjeling kepadaku. Aku juga turut tersenyum tawar.

"Mana Riley?" Tanya Tuan Greig. Yoh menjawab Riley masih lagi tidur kerana penat. Lagipun, Riley memang tidak makan sarapan pagi, jadi Yoh membiarkan gadis itu tidur. Aku terasa kekok di situ, namun pura-pura tiada perasaan.

"Sembang apa dengan Lily?" Soal Yoh.

"Oh, tanya Lily kerja mana," kata Tuan Greig.

"Well...maybe Lily can work with us! She got good grades! Dengar Aunty Helen cakap time study you dapat biasiswa goverment!" Kata Yoh. Aku mengetap gigi. Pinjaman pelajaran aku ditukarkan kepada biasiswa kerana beberapa sebab. Pertama, latar belakang aku, kedua markah aku yang agak bagus! Entahlah, aku okey sahaja.

"Really? But we already have The League to represent us in legal matters," kata Tuan Greig.

"Oh, yeah...." suara Yoh kedengaran hampa. Tuan Greig berfikir sejenak.

"Maybe, I can ask your Uncle Wang about this," kata Tuan Greig tiba-tiba. Aku bagaikan sudah kelu. Memang menjadi cita-cita aku untuk bekerja di firma seperti The League. Namun, pengalaman aku belum cukup kuat untuk diterima bekerja di sana.
Aku seraya meminta diri untuk ke dapur.

Cadangan Abang Yoh untuk aku bekerja dengan The League kedengaran mustahil. Mustahil dengan pengalaman aku sewaktu ini. Namun, bekerja di Yennifer&Miranda dan menguruskan kes rumah tangga juga bukan kesukaan aku. Mesej di telefon masuk, hari ini ada meeting dengan Yennifer.

Yoh masuk ke dalam bilik. Tiba-tiba, Riley keluar dan terus memeluknya. Namun, segera Yoh menepis pelukkan itu. Dia memandang ke arah Riley.

"Kenapa tak kejut I?" Soal wanita itu lembut.

"You penat sangat," kata Yoh. Dia cuba melarikan anak matanya daripada Riley. Kemudian, Yoh mengambil baju dari dalam almari.

"Sayang! You nak pergi kerja dah?" Soal Riley terkejut dengan sikap Yoh. Yoh mengangguk.

"But..." Riley cuba memujuk Yoh untuk tinggal.
Yoh tidak mempedulikan Riley, segera dia menukar baju. Riley berasa segan terus memandang ke arah lain.
Setelah siap, Riley menawarkan diri untuk membantu Yoh mengikat tali leher. Namun, dengan selamba Yoh menolak. Katanya tidak biasa. Riley akur sahaja. Maklumlah! Mereka baru dua hari mendirikan rumah tangga! Dia tidak mahu kelihatan terlampau memaksa.

Yoh segera turun ditemani oleh Riley. Tatkala di ruang tamu, kelihatan Lily sedang berbual dengan Tuan Greig. Entah apa yang dibualkan. Lily sudah bersiap dengan jaket blazer bewarna hitam. Gayanya macam tokoh korporat, dengan rambut diikat sanggul dan lipstik merah. Riak wajahnya dari dahulu hingga kini sama sahaja, sekilas pandang nampak sombong dan garang.

"Eh! Dah pergi kerja ke Yoh! Cuti lagi kan!" Kata Tuan Greig. Dia sendiri sahaja turut bercuti kerana majlis dua hari dua malam itu. Namun, Yoh hari ini sudah mahu masuk kerja tanpa berehat.

"Ada meeting dengan klien," kata Yoh selamba.

"Pergi dulu tuan. Tuan Muda," kata Lily meminta diri.

"Lily! You kerja dekat area yang ada roundabout besar tu kan? Nak tumpang?" Soal Yoh. Riley memandang ke arah Yoh. Lily bagaikan terkedu. Dia menjeling ke arah Tuan Greig yang nampak biasa sahaja.

"Abang tak nampak kereta Lily kat luar," kata Yoh selamba badak.

"Tak apa. Lily naik bas," kata Lily. Dia dapat merasakan Riley sedang memerhati dengan penuh syak wasangka.

"Kereta Lily mana?" Tanya Tuan Greig.

"Lily tak drive datang sini, hari tu ayah ambil," kata Lily. Lagipun, BMW hitam itubukan keretanya. Kereta yang baru dia tempah hasil duit simpanannya masih belum keluar dari kedai. Kereta jenama negara bewarna merah itu masih kagi nelalui beberapa proses sebelum pinjamannya diluluskan.

"Kebetulan abang ada hal dekat situ jugak," terang Yoh. Tuan Greig memandang Lily. Betul juga cakap Yoh.

"Ha'ah. Tumpang Yoh," arah Tuan Greig. Yoh memandang jam, lalu berjalan ke muka pintu. Sedikit pun tidak peduli dengan Riley.

"Cepatlah. Nanti you lambat pula," kata Yoh dingin. Lily bagaikan orang tidak tentu arah, dia segera berlari ke arah Yoh sambil mengucapkan selamat tinggal kepada Tuan Greig dan Riley.

Aku menarik muka masam. Perbuatan Abang Yoh pagi tadi sangatlah boleh menimbulkan syak wasangka dan fitnah. Dia memandu seperti biasa sementara aku duduk di sebelahnya. Katanya Charles, cuti hari ini.
Ya lah! Kalau ikutkan semua orang cuti sebab majlis perkahwinan tersebut. Entah kenapa Yoh tiba-tiba ada pertemuan dengan klien.

"Abang meeting dekat mana?" Soalku.

"Siapa cakap abang meeting?" Soalnya.

Huh?

"Lah!" Kataku menyedari bahawa itu semua sekadar alasan untuk dia keluar rumah. Aku memandang gayanya yang bagaikan mahu ke pejabat.

"Supposed to be you still cuti," kataku. Dia mencebik tidak puas hati.

Gosh. He's annoying.

"Whatever. I'll just go to the office and go through some documents," katanya. Dia kelihatan begitu menjengkelkan tiba-tiba.

"I think papa gonna let you work with D'Generouz," katanya.

Oh..okay.

"Well...that's your plan is about right?" Kataku menjeling. Sudah pasti abang Yoh akan ada perancangan untuk aku masuk ke D'Generouz Group. 

"Habis, takkan abang nak biar Lily jauh dari abang. You're mine!" Katanya. Aku sedikit tidak selesa mendengar perkataan "mine" dari bibirnya. Bagiku, aku cuma kepunyaan diri aku. Tapi, tak mengapalah!

Idk, just that...it feels weird now. I don't like it when he called me "mine"

Aku cuba berlagak selamba.
Kalau bekerja dengan D'Generouz, aku tak akan rugi apa-apa. Barangkali, gaji aku juga boleh naik.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now