Forgive yourself for not knowing what you didn't know before you learned it
Pagi hujung minggu Yoh kini tidak lagi dihabiskan di atas katil sambil melilit badannya dengan selimut tebal. Dia bersiap, memakai kemeja hitam dan slack putih sambil membetulkan rambutnya di cermin. Yoh membutangkan lengan baju sambil membetulkan kolar. Kelihatan sungguh skema, jadi dia membuka dua butang baju kemaja. Baru nampak macam "bad boy" sikit! Kaca mata hitam di ambil dari atas meja. Minyak wangi disembur di bahagian tangan dan bawah leher. Terus dia keluar menunggu bapanya.
Hari ini dia akan mengikut bapanya ke hotel. D'Generouz Group sememangnya terkenal dengan perniagaan, tetapi ayahnya lebih gemar menguruskan hotel. Madam Ratna masih lagi memegang jawatan chairman kepada D'Generouz Group, manakala mak ciknya yang lain menguruskan perniagaan lain di bawah nama D'Generouz Group. Berbeza dengan mama Honey, bapanya lebih tertumpu kepada bidang perhotelan. Mungkin kerana syarikat utama di bawah pengurusan keluarga D'Generouz ialah hotel. Mama pula menguruskan D'Generouz Group secara menyeluruh. Bapanya, Greig merupakan pemegang saham D'Generouz Group.
Setelah sarapan, Yoh mengekori mama Honey dan Tuan Greig masuk ke dalam kereta. Mereka tidak cakap banyak, sebaliknya hanya diam sahaja. Tiba-tiba, Madam Honey bersuara
"Yoh hujung minggu tak keluar date dengan girlfriend ke?" Soal Madam Honey sambil tersenyum. Yoh menggeleng. Dia sendiri malas mahu keluar dengan Bella. Daripada keluar dengan Bella, lebih baik dia ikut papa dan mama ke hotel. Boleh belajar selok belok perniagaan.
"Ingat tak dulu-dulu time hujung minggu you curi keluar date dengan I?" Madam Honey menyoal Tuan Greig. Lelaki itu ketawa besar.
"Nasib Helen cover I, kalau tidak habis ayah I belasah I," jawab Tuan Greig.
"Helen cakap I pergi buat projek sains, tangkap katak lah apa lah, homework. Tapi sebenarnya I keluar dengan you," kata Tuan Greig. Dia mengimbau kenangan lampau. Mereka bercinta sejak dari bangku sekolah hingga ke zaman universiti. Setelah tamat belajar, mereka dikurniakan Hans sebelum mengikat tali perkahwinan.
"I ingat lagi time father you kejar you dengan penyapu sebab you tipu dia!" Madam Honey turut mengimbau masa lampau sambil ketawa. Mereka berdua ketawa bahagia. Yoh hanya tersenyum. Kalau bukan sebab dia, pasti hubungan mereka sentiasa hangat begini. Kehadirannya membuatkan pasangan merpati dua sejoli itu menjadi renggang.
"Keluar lah date dengan girlfriend," saran Madam Honey.
"Seronok jadi muda," usik Madam Honey. Yoh tersenyum geli hati sambil meraba poketnya mencari telefon bimbit.
"Eh! Alamak! Yoh lupa bawa handphone!"ujar Yoh. Tuan Greig menggeleng. Madam Honey mengerut dahi.
"Kendrick nanti tolong patah balik ambilkan handphone Yoh," pesan Tuan Greig.
"Maaf Tuan. Takut tak sempat. Saya nak hantar Cik Mary dengan kawan-kawan pergi camping. Nanti saya suruh Lily hantar," ujar Kendrick. Tuan Greig mengangguk setuju. Beliau bercadang mahu tambah bilangan pekerja, tetapi susah untuk mencari pekerja yang boleh kunci mulut tentang Madam Joanne.
Aku menerima pesanan ringkas dari ayah. Sejujurnya, aku juga sibuk dengan beberapa urusan. Aku perlu pergi ke mesyuarat bersama "event organizer" bagi memilih bunga segar untuk "tea party" yang akan di anjurkan kelak. Untung sahaja kami merekrut "event organiser" yang merupakan alumnus sekolah, jadi kami tidak perlu susah-susah menerangkan banyak perkara.
Aku masuk ke dalam bilik Abang Yoh dan mengambil telefon bimbitnya di atas meja. Beberapa keping bingkai gambar di atas mejanya aku pandang lama. Wajahnya tersenyum girang sambil menggigit pingat jelas kelihatan.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Flower, Lily (BM)
Novela JuvenilMenjadi anak angkat kepada pembantu rumah keluarga orang kaya bukanlah impian Lily. Sebaliknya, jalan pantas untuk dia lari dari tanggungjawab. Perkenalan dengan dua jejaka bahkan bukan menenangkan, sebaliknya membuatkan kehidupan yang tenang bagai...