And I set fire...to the rain....
Sepagi Ace berdiri terpacak di hadapan bilik pejabat Trainer Gu. Dia tidak berani mahu masuk kerana ponteng latihan semalam. Petang nanti baru dia akan bertemu Lily dan berbincang mengenai rumah sewa.
"Kenapa tercegat ni!" Satu suara mengejutkan Ace. Ace senyum kambing. DrZ memandang Ace atas bawah sebelum mengetuk pintu bilik Trainer Gu.
Tatkala pintu bilik terbuka, kelihatan Trainer Gu masih lagi mamai."Hah! Engkau yang ponteng semalam!" Nada suara Trainer Gu keras. Ace mengelipkan mata beberapa kali meminta belas.
"Kau pergi round padang 20 pusingan!" Arah Trainer Gu. Tatkala matanya bertembung dengan DrZ, gerakkannya juga seiringan berubah.
"Kadet Alexander Henderson , 181818 ikut arahan tuan!" Kata Ace lalu memberi tabik hormat. Nasibnya sedikit baik kerana bertembung dengan DrZ sebelum menerima arahan. Kalau tidak, habis patah riuk tulang temulang dia hari ini.
Ace yang ada di hadapan aku renung lama. Suasana petang di kafe Starbuck menjadi kebiasaan aku dan Ace melepak. Sepertia biasa aku akan memesan green tea frappucino manakala Ace akan memesan cinnamon latte.Kata-katanya menyuruh aku tinggal di rumahnya membuatkan aku sedikit tidak senang. Sebenarnya, aku boleh sahaja mencari rumah sewa, tetapi kalau untuk segera pindah masuk, rumah Ace adalah jalan terbaik.
Namun, rumah apartment yang letaknya di tengah bandar, pasti mahal sewanya. Aku juga perlu bayar sewa pada Ace bukan? Pinjaman pelajaran aku bukanlah banyak hingga cukup untuk aku bayar duit rumah sewa.Aku meletakkan penumbuk di pipi sambil memandang kosong ke arah Ace yang sedang duduk minum air cinnamon latte kegemarannya.
"Kau cas sewa berapa?" Soalku seperti sedikit tertarik dengan tawarannya. Mungkin aku boleh tinggal sementara. Aku sudah bersumpah setia janji tidak akan pulang ke asrama lagi.
Still, I got things to pack. So...:
"Half of the actual rent," kata Ace tenang.
"Yoh told me he will pay for your rent," kata Ace. Aku mengeluh.
Why would he!?
"Aku boleh je bayar. Cuma kalau mahal-mahal aku tak mampu," balasku. Aku sedang berkira-kira tentang elaun yang akan masuk dan wang sedia ada. Kalau hendak sewa rumah aku perlu sejumlah wang untuk deposit.
"We should had this written in contract," ujarku. Ace tiba-tiba ketawa ceria.
"What are you talking about?" Soalnya tidak mengerti.
"Yea. I nak sewa rumah you so..." aku cuba menjelaskan namun Ace memotong cakap aku.
"Kita dua ni perlu lagi kah written contract. Anything verbal is valid between us. Kalau kau nak tinggal tak bayar sewa pun aku tak kisah lah," kata Ace jujur. Aku merenung ke arah Ace dengan rasa bersalah.
Aku tak mahu di katakan mengambil kesempatan.
"Tak nak lah orang cakap aku ambil kesempatan," balasku.
"Just stay at my house. Nak bayar berapa pun bayar lah, kalau aku cakap tak payah bayar nanti kau bising pulak," kata Ace.
"And, tak payah deposit. It's not like I'm short on money or something. Aku kaya kot," kata Ace. Aku menghela nafas. Tawaran Ace memang banyak memberi aku keuntungan.
"Aku cakap dengan ibu ayah dulu lah," kata aku.
"Sementara ni, aku tumpang bilik Hana dulu," putus aku. Hana ada menjemput aku bermalam di biliknya. Setelah berbincang dengan teman sekamar Hana, dia juga bersetuju. Rupanya, hendak dijadikan cerita, rakan sebilik Katy yang sebelum ini juga turut mengalami pengalaman yang sama.
YOU ARE READING
My Flower, Lily (BM)
Teen FictionMenjadi anak angkat kepada pembantu rumah keluarga orang kaya bukanlah impian Lily. Sebaliknya, jalan pantas untuk dia lari dari tanggungjawab. Perkenalan dengan dua jejaka bahkan bukan menenangkan, sebaliknya membuatkan kehidupan yang tenang bagai...