Quiz!

70 5 0
                                    

We are not weaklings.

Dua pelajar senior lelaki dan seorang pelajar senior perempuan berdiri di hadapan aku sambil berpeluk tubuh. Semenjak Yoh tidak datang, waktu rehatku sering ditemani oleh mereka. Aku memasukkan kotak pensel ke dalam beg sambil memandang lelaki kurus tinggi bernama Yamato. Wajahnya berbentuk petak, dan dia kelihatan seperti tidak puas hati dengan aku.

"Cepatlah, kitaorang dah lapar," kata lelaki rambut sedikit panjang di sebelahnya, Brandon.

Seperti yang aku sangka, Derek salah seorang daripada mereka telah pergi ke kem menggantikan tempat Abang Yoh. Gadis kecil molek dihadapanku sekadar menurut, walaupun dia ramah tapi tidak dengan aku.

"Pergi lah, tak payahlah nak tunggu segala bagai," kata aku. Gadis kecil molek itu mendengus kasar.

"Guys, korang handle. Aku tak boleh dengan perempuan ni," katanya bercekak pinggang lalu pergi. Brandon dan Yamato juga mendengus kasar. Sebenarnya, mereka tak perlu pun nak teman aku waktu rehat. Aku sudah biasa sendirian. Balik pun, tak perlu hantar aku sampai ke basikal.

I can do everything on my own!

"I won't tell Abang Yoh anything, blah la," kataku. Sedar mereka tidak gemar berkawan denganku. Mungkin kerana karakter aku yang sukar masuk dengan orang.

"Lily...." satu suara memanggil. Yvonne.

Mereka bertiga memandang ke arah Yvonne.
"Aku rehat dengan dia," kataku. Riley mengangguk.

"Lepas ni setiap hari kau rehat dengan dia, jangan memandai mandai nak sensorang," kata Riley berpesan sebelum meninggalkan aku. Terdapat sedikit nada kerisauan dibalik suaranya. Aku hanya mengangguk. Mungkin juga Abang Yoh berpesan minta mereka tengok-tengokkan aku sepanjang ketiadaannya dua minggu.

"You dah study untuk quiz biologi?" Soalnya. Aku memandang wajah Yvonne. Soalan apa ini!? Mesti lah aku sudah "study", kalau tidak buat apa aku dekat rumah tu?

Do you think I want to tell you the truth?

Aku menggeleng tidak memberitahu kepadanya perkara sebenar. Dia kelihatan lega sambil menggaru-garu kepalanya.

"Aku pun tak study," kata Yvonne. Aku tersenyum sinis. Kau ingat aku tak tahu!? Kau ingat aku tak tahu yang sebenarnya, kau juga sudah "study" tapi terpaksa bermain kata dengan aku.

Whatever. We'll wait and see then.

Kuiz biologi pada hari itu tidaklah begitu susah. Kebanyakkan soalan yang ditanya, semuanya sudah aku ulang kaji semalam. Beberapa bahagian yang aku tanda juga masuk. Cuma terdapat dua tiga soalan yang aku betul-betul tak tahu jawapan. Kalau tengok pada markah, aku perlu buat persediaan hati untuk hilang enam markah. Kalau masih mahu 50/60 , aku hanya boleh salah lagi dua soalan. Tiba-tiba, pintu kelas diketuk.

Mr Dom masuk dan bertanya tentang pelajar sukarela untuk berlakon dalam pementasan sekolah. Gina mengangkat tangan tinggi-tinggi, begitu juga dengan Miyaki.
Aku sekadar memerhati, tidak mahu terlibat. Setelah itu, Yvonne memandang aku.

"Macam mana kuiz tadi, aku tak boleh jawab," tuturnya. Aku tahu orang yang sering berkata begitu, pasti akan mendapat skor yang tinggi nanti.

TRUST ME!

"Entahlah, aku pasrah je," balasku menipu. Sebenarnya, aku masih punya sedikit pengharapan untuk mendapat keputusan yang elok.

"Mr Dom tu pelik sikit," Yvonne memulakan bicara. Dia memeluk beg sekolahnya. Suaranya diperlahankan.
"Pelik macam mana tu?" Tanya aku. Yvonne memangku wajahnya di hadapan aku.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now