Accident

44 3 0
                                    

Berkali-kali aku cuba hubungi Brandon tetapi panggilan tidak dapat disambungkan. Notis yang aku terima bagaikan satu hentakkan berskala besar untuk aku.
Ini bermaksud, Abang Yoh ada perancangan lain.

Setelah keluar dari pejabat, aku memandu kereta ke pejabat Brandon. Namun, kata penyambut tetamu, Brandon sudah beberapa hari tidak datang kerja. Aku jadi buntu. Mesej aku juga tidak berbalas.

Brandon menghilang. Abang Yoh sedang ada perancangan. Adakah kehilangan Brandon ada kaitan dengan Abang Yoh.

Telefon aku berbunyi. Brandon. Aku segera berhentikan kereta lantas mengangkat panggilannya.

"Kat mana? We need to talk," ujarku. Aku mendengar dia mendengus.

"I kat hospital," balasnya. Aku terdiam.

***
Kereta BMW hitam dengan cermin gelap itu berhenti di kawasan tasik danau. Tidak lama, seseorang lelaki masuk ke dalam kereta, duduk di tempat duduk penumpang hadapan.

"Update," arah lelaki yang duduk di bahagian belakang.

"Madam Besar dengan Presiden dah buat keputusan untuk lantik Madam Honey sebagai Presiden baharu lepas Tuan bersara," katanya.

Lelaki yang duduk di bahagian belakang itu diam membisu.
Jarinya bergerak-gerak mengetuk paha.

"CEO?" Soalnya.

"Madam Honey cadangkan Yoh D'Generouz," balas peguam peribadi Tuan Greig dan Madam Ratna.

"For sure?" Soal lelaki itu lagi sekali. Hanya kelihatan kakinya sahaja. Peguam itu tidak berani menoleh ke bahagian belakang. Dia takut kalau dia toleh, kepalanya hilang.

"Madam Besar cadangkan Tuan Hans," kata Peguam Soo. Lelaki itu berhenti dari mengetuk tangan di paha.

"Wow, that's great," katanya.

Peguam itu mengambil wang yang ada dalam bungkusan coklat di tempat duduk pemandu yang kosong sebelum beredar. Lumayan. Sebaik sahaja dia keluar dari kereta dia terus berlari, mana tahu kalau ada mata-mata asing sedang memerhatikannya.

****
Yoh memandang danau itu. Tenang. Charles sedang ada di luar kereta. Dia memandang ke arah danau sambil mendengus.

Sejak putus dengan Lily dia seakan-akan kembali ke perangai lamanya. Mungkin ada benarnya, bersama Lily dia seperti dapat mengawal diri.
Kini, Lily sudah berpaling tadah kerana ada cinta yang baru.

Riley pula sudah mencabarnya dengan surat mahkamah untuk menuntut penceraian dan hak penjagaan anak.
Melihat Tuan Greig, nampaknya dia akan bersetuju dengan cadangan Puan Ratna.

Kini, dia hampir hilang segalanya. Lily. Abigail.
Dua perkara yang cukup meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupannya.

Yoh bukan "loser". Pantang anak jantan berpantang maut sebelum ajal. Dia juga bukan seseorang yang akan mudah melepaskan tanpa melawan begitu sahaja.
Dia akan ambil satu demi satu perkara yang dia suka dan tak akan kehilangan lagi.

Baik Abigail, mahupun D"Generouz Group, atau Lily.
Satu demi satu akan pulang ke pangkuannya semula.

Perpisahan dengan Lily membuatkan dia sedar, gadis itu sahaja yang dapat membantunya berasa disayangi dan tidak keseunyian. Dia tahu Lily sudah ada pilihan yang lebih baik, tetapi siapa sahaja tahu mungkin hubungan mereka boleh diselamatkan.

Afterall, 10 years isn't a short amount of time.

Dia harus susun strategi semula. Pertama dia perlu dapatkan Abigail. Kemudian, dia harus dapatkan D'Generouz Group. Lily dari dahulu lagi inginkan Yoh mewarisi D'Generouz Group, andai kata dia berjaya duduk di posisi CEO, bukan Presiden D'Generouz Group, pasti Lily akan buka mata dan kembali semula padanya.
Dia yakin. Apa pun penghubung antara Yoh dan peguam muda itu cumalah syarikat sahaja.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now