Nice

46 2 0
                                    

Trouble. Bother.

Seharian ada seperkara mengganggu aku. Aku secara sengaja terlihat gambar Riley di laman sosial. Mereka sedang gembira berparti. Dan, seperkara menarik minat aku, ada gambar Abang Yoh sekali dikelilingi lampu neon gelap dan beberapa orang perempuan berpakaian menampakkan bahagian atas paha.

Lupakan Lily! Lupakan!

They're just friends. Friends. Like you and Ace. Like...

Aku segera menarik lengan Hana menuju ke dewan besar yang letaknya di tingkat enam perpustakaan. Hari ini kami akan mendengar satu talk oleh Professor Rio Henderson yang ditemani juga oleh isterinya Karina Henderson. Kedua orang figura ini sangat terkenal dalam profesion undang-undang.

Professor Rio Henderson merupakan pengasas kepada firma guaman The League yang menjadi idaman setiap pengamal perundangan. Begitu juga dengan Professor Karina isterinya. Selaku bekas ketua hakim yang telah bersara, Rio Henderson memang popular di kalangan para pelajar. Professor Karina juga antara hakim yang bersara awal sebelum menjadi professor universiti awam. Setelah bersara, kini mereka berdua sering dijemput untuk memberikan kursus motivasi dan sharing tentang profesion yang kami pilih.

Tajuk sharing hari ini menarik minat aku. Tajuk tentang kebenaran di sebalik undang-undang.

Is there any real truth behind law?

Ketika kami sampai, semua tempat di kerusi hadapan sudahpun penuh. Terpaksa kami duduk di bahagian tengah.

Actually, we were quite lucky as after a while, they closed the main door, not receiving more student than hall capacity.

Aku memandang ke arah Professor Karina. Tatkala mata kami bertentang dia mengangkat tangan ke arahku. Nasib baik dia ingat aku. Kami pernah berjumpa ketika aku bermain chess dengan ayah Ace suatu ketika dahulu.

"Wait! Did she just greet you?" Soal Hana berbisik. Lily mengangguk ke arah Hana.

"I kinda know their son," balasku merujuk kepada Wang Henderson. Ayah kepada Ace.

"Holy shit! Macam mana kau boleh kenal orang-orang tu? You know that The League tu law firm paling most wanted sekali kan?" Kata Hana masih lagi berbisik. Nasib sahaja kelas masih belum bermula lagi.

"I also know their one of their grandson," bisikku tersengih. Kelakar pula bila lihat wajah Hana terkebil-kebil.

"Fuck you!" Maki Hana tidak puas hati.

"Eleh! Marah pulak! Kau pun kenal kan cucu dia orang," kataku memerli  Hana.

"Who the hell?"soal Hana.

"Alexander," jawabku sengaja mengenyitkan mata ke arahnya. Hana pantas menggaru kepala, dan sharing dari dua orang professor yang menjadi kaguman orang ramai itu bermula. Jelas, dia masih belum tahu bahawa Alexander ialah Ace!

Yoh menutup komputer riba dan menghirup habis secawan matcha panas. Keadaan hujan renyai-renyai di luar membuatkan dia terasa tenang dengan alunan muzik klasik yang berkumandang di seluruh cafe. Yoh memandang ke arah langit sambil berfikir, hadiah apa yang sesuai untuk di berikan pada Lily sempena hari jadinya yang akan datang.

Tahun lepas dan sebelumnya dia tidak berani untuk memberi hadiah takut-takut kalau ada mata di dalam rumah yang memerhatikan mereka. Kini, dia juga sudah jauh di kota New York manakala Lily juga berada di universiti. Jadi, kalau dia mahu aturkan sebuah kejutan dia cuma perlu cari insan yang amat boleh dipercayainya.

Segera dia mencari nombor telefon Kak Camelia yang boleh dikatakan agak rapat dengannya. Mereka semakin akrab setelah Kak Camelia tidak lagi menjadi pekerja pelatih, sebaliknya diserap dalam syarikat. Yoh sering melawat hotel dan bertegur sapa dengannya. Malahan, Kak Camelia turut kenal Lily dan boleh di harap.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now