Vote

50 3 0
                                    

Every votes matter

Sedar tak sedar sudah dua minggu berlalu. Aku sudahpun mendapat notis untuk majlis pencalonan umum. Aku perlu memberi sepatah dua kata sebagai mukadimah. Aku memandang tingkap ke luar arah pusat sumber. Dari pusat sumber, aku dapat melihat ramai pelajar sedang lalu lalang. Ada yang mahu pulang, ada juga yang sedang makan ais krim. Matahari memancar sungguh terik. Alangkah sedapnya, kalau aku juga turut makan ais krim. Aku membuka buku di hadapan. Niat asal untuk menyiapkan kerja rumah sebelum pulang. Aku membuka planner, sambil melihat kerja yang ada.

Tiba-tiba, ingatan aku melintas ke arah perbincangan empat mata dengan Puan Pengetua pagi tadi. Katanya, kalau aku ikut serta dalam pemilihan, kemungkinan peluang untuk dapatkan dana siswa semakin cerah. Mengenai essai, ia sekadar syarat sahaja. Aku mengetuk pen di atas planner bewarna ungu muda itu. Kalau dapat dana siswa pun bagus juga, kurang sedikit bebanan ibu dan ayah. Mungkin, duit itu dapat kami guna untuk pergi bercuti atau di masa kecemasan.
Aku berfikir sejenak. Esok Jumaat. Kalau aku mula sekarang berfikir untuk ucapan pada esok hari, kemungkinan besar aku dapat menyiapkan teks yang bagus.

Buku-buku yang dipilih Abang Yoh sememangnya bagus-bagus dan berkualiti. Aku tahu, Madam Honey hanya memilih bacaan yang tinggi mutunya. Aku membuka halaman kosong di dalam planner. Mindaku tiba-tiba kosong. Aku tidak tahu apa yang harus aku cakap pada hari esok. Aku tiada manifesto yang hebat-hebat. Aku juga tidak mampu janjikan perkara yang melibatkan wang ringgit.

This is so hard!

"Lily!" Panggil satu suara. Aku menoleh. Jessi. Siapa tidak kenal, salah seorang gadis tinggi lampai. Dia popular kerana ketinggiannya.

"Boleh I duduk?" Soalnya.

Aku mengangguk perlahan. Jessi mengambil tempat di hadapan aku. Dia memeluk beg sekolahnya erat.

"You jadi ke bertanding esok?" Soalnya perlahan. Dia kelihatan seperti teragak-agak. Aku mengjongket bahu. Halaman kosong itu dipandang sekilas, kalau aku berjaya siapkan teks, mungkin aku akan bertanding.

"I dah cakap dengan James, Natalie dan Christine. But no one willing to help. They asked me to vote them. James is a guy. Natalie pulak boyfriend dia captain team volleyball, Christine dah bagitau awal-awal, dia tak nak terlibat sebab crush dia main basketball, I only have you Miss Miller," katanya.

"Straight to the point please. I tak pandai belit-belit," kataku.

"We need to use the gym too. Selama ni team volley dengan basket lelaki asyik guna gelanggang. Team volley perempuan, basket perempuan tak pernah dapat masa yang cukup untuk berlatih. Lagipula, team perempuan tak ada pun coach macam team lelaki," ujarnya. Jessi menarik kedua belah tanganku ke dalam genggamannya.

"We need a fair and square president. Please help us. The girls team are good enough if we work hard," pujuk Jessi.

"We might get into nationals too. I've found pelapis, they're good," jawab Jessi. Aku diam segera menarik tanganku.

"I understand," aku membalasnya. Buku segera dikemas. Terasa malas pula untuk lama-lama di sini.

"You'll help me right? I promised. We'll make it into the nationals," Jessi cuba memberi aku keyakinan. Aku diam sebentar.

God, this girl asked for help. But she forgets something!!!!

"You forget something Jessi," kataku. Dia terkebil-kebil.

"Forget what? You mean some kind of...money? Or..." Jessi meneka aku. Aku ketawa sinis.

"I need to win first, then I probably think how to help you," jawabku. Jessi mengangguk laju sambil tersenyum.

Ace sedang berbaring di lantai gymnasium. Dia tidak ada hati untuk bermain bola bersama rakan-rakan yang lain. Dia sekadar melihat Ryan dan beberapa orang senior lelaki berlatih bermain bola keranjang. Nasibnya agak kurang baik kerana waktu kelas PE mereka bertembung dengan waktu PE kelas Ken.

"Ace!" Ken memanggil namanya. Ace memejam mata, sengaja membuat alasan kakinya sakit agar tidak perlu serta bermain bersama mereka. Ace membuka sebelah mata mencari guru subjek PE yang tidak kelihatan langsung.

"Bila kau nak datang latihan?" Soal Ken. Ace memandang ke arahnya. Dia segera bangun sambil memandang Ken.

"Sibuk lah dua tiga menjak ni. Nak study," kata Ace. Ken bercekak pinggang sambil merenung Ace lama.

"Ace, the team need you," Ken cuba menegaskan kata-katanya. Ace melunjur kaki sambil memandang ke arah Ken. Terasa bagai ada satu idea nakal untuk mengganggu ketenteraman Ken.

"How about if Lily Miller become the new president, aku dengan secara sukarela nya fikir balik sama ada untuk pulang ke team?" Soal Ace. Ken mengecilkan matanya.

"Your girlfriend pun ada tercalon jugak kan? But I kinda don't want her to win," kata Ace. Ken mengetap gigi lantas mengangguk.

"But you'll think about it kan? Those juniors need you to lead the team," kata Ken. Ace mengangguk laju. Setelah Ken pergi, dia meletakkan tangan kebelakang.

"Tapi aku tak janji lah," keluh Ace perlahan.

Malam itu Yoh mengetuk cermin tingkap bilik Lily. Setelah melihat Acik Yamy masih lagi bersembang dengan Mummy Joanne di rumah besar, dia curi-curi untuk berjumpa Lily. Lily membuka pintu tingkap perlahan, sambil memandang ke arah Yoh yang sedang tersenyum.

Lily membalas senyuman Yoh. Rambutnya yang menutup mata disisir menggunakan tangan ke tepi. Yoh memandang gadis kecil yang sedang tersenyum ke arahnya. Lily kelihatan begitu mengantuk.

"Dah ready untuk speech nanti!?" Soal Yoh. Lily pantas menggeleng. Dia meletakkan kedua belah pipi di telapak tangan sambil bersandar pada dinding cermin tingkap. Beberapa kali, rambutnya kembali menutup mata. Yoh menolak anak rambut Lily kebelakang, namun Lily pantas bergerak mengelak.

"Sorry...abang..." Yoh terkelu. Dia juga tidak menyedari perbuatannya.

"Tak apa," pantas Lily menjawab sepatah.

"Abang boleh tolong tengokkan speech Lily," kata Yoh cuba menukar tajuk perbualan. Dia memandanh Lily penuh pengharapan. Lily cuma mengeluh lebih kuat.

"Ingat tak nak terlibat lah abang. Lily macam tak layak," katanya. Lily menampar lembut kedua belah pipinya dengan telapak tangan. Dia sendiri tidak pasti dengan semua yang sedang berlaku, menurutnya terlalu mendadak.Yoh memandang tepat anak mata Lily yang bewarna sedikit coklat itu.

Yoh mencuit dahi Lily sambil tersengih. Lily terkebil-kebil sambil memandang jari telunjuk Yoh yang melekat di dahinya. Lily terkelu.

"Just be the usual you. If you want to do it, just do it. If you do not want to do it, no one can force you, you are who you are," ucap Yoh penuh makna.

"I'll support you no matter what okay!" Yoh menghadiahkan satu jentikan lembut di dahi Lily. Lily mengusap dahinya perlahan. Yoh segera meminta diri. Lily memandang Yoh yang semakin menghilang dalam pekat malam. Dia tersenyum sendirian.

Wajah lembut Yoh terbayang-bayang di matanya. Pipinya terasa membahang. Jantungnya berdegup tidak keruan.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now