122

36 2 0
                                    

Aku keluar makan tengah hari dengan Brandon pada hari ini. Abang Yoh awal lagi sudah suruh aku perhatikan Brandon serapat mungkin. Barangkali dia juga sudah mulai risau tentang Brandon yang begitu cepat melatah dan gementar. Lagipula, Brandon banyak tahu tentang perkara yang kami lakukan.

Brandon hari ini tidak menyebut tentang projek rahsia yang ada di tangan Abang Yoh. Mungkin, dia sendiri tidak tahu. Aku juga tidak memberitahunya kerana aku sekadar tahu ianya rahsia.Alasan aku mudah, aku tidak akn campur tangan kalau Abang Yoh tidak memerlukan aku.

Melihat Brandon makan dengan berselera, perut aku turut mulai bekeroncong. Namun, pelayan masih belum menghidangkan makanan untukku. Kedai makan tempat kami makan biasa sahaja, bukanlah tempat elit atau penuh dengan aroma orang kaya.

"Lily!" Tegur satu suara dari belakang. Ace!

"Ace!" Sahutku. Pagi tadi kami bersarapan bersama sebelum berangkat ke tempat kerja. Ace menjeling Brandon. Brandon turut menyapanya. Di sisi Ace, terdapat satu wajah yang sepertinya aku pernah jumpa.

"Takkan tak ingat I kot? Louis," lelaki berkumis nipis itu mengenalkan diri. Aku sedikit tercengang sebelum menyambut huluran salamnya. Ace menggaru kepala. Brandon tenang sahaja.

"Siapa ni? Boyfriend you ke?" Louis tanpa segan silu bertanya aku tentang Brandon. Aku dan Brandon terkejut. Ace menggigit bibir bawahnya.

"Kitaorang member zaman sekolah lagi," kataku. Brandon mengangguk.

"Tapi aku macam pernah nampak kau,"kata Louis kepada Brandon. Ace memandang ke arah Louis.

"Oh! I ada dengar, it's not good when a police officer remember yaa," gurau Brandon. Aku juga acah ketawa hambar dengan lawak jenaka Brandon. Entahlah. Sebenarnya bukan lawak sangatpun.

"Okay! I dengan Ace ada hal lagi. See ya!" Katanya pada Brandon.

Ace menepuk bahuku. Aku merenung ke arah anak mata hazel itu. Sesekali terasa senang melihat Ace sudah mula turun padang dan tidak hanya terlibat dengan kerja di balai sahaja. Mungkin kini dia semakin sihat, entahlah. Aku tidak mahu buat andaian. Sudah cukup aku melihat Ace tidak kena serangan "panic attack" lagi.

"Malam ni nak I masak apa?" Soalku padanya.

"Anything. You masak apa pun sedap," komen Ace. Aku senyum girang, senang hati.

"Okay," balasku. Setelah itu Ace dan Louis meninggalkan aku bersama Brandon yang masih sedang makan. Seketika kemudian, pelayan datang dengan pesanan aku.
Sambil makan, aku tersengih senang hati. Kalau Ace dah betul-betul sembuh, alangkah leganya hati aku.

Ace tidak patut sakit begitu. Keadaannya ketika kena serangan panik beberapa kali yang lepas sangat merisaukan aku. Wajahnya yang pucat lesi itu sememangnya lebih kacak jika kelihatan baik dan gembira. Aku menyuap makanan semulut demi semulut. Sambil makan, sambil terkenang pada Ace.

Ace yang selalu puji masakkan aku. Ace yang selalu prihatin dengan aku.

Oh, Ace!

"Lily," panggilan Brandon mengejutkan aku. Dia merenung aku tajam.

"I rasa something off dengan kawan Ace," katanya. Aku mengeluh. Baru sahaja aku senang hati dan gembira, kini Brandon bagaikan menyimbah air memadam api kesenangan hatiku.

"Apa nya?" Soalku berkerut.

Brandon minum mango smoothie melalui straw sambil menggeleng kepalanya tanda tidak tahu. Dia sendiri tidak pasti tentang Louis. Tetapi, dia mempunyai firasat yang tidak baik terhadap kawan sekerja Ace itu.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now