Marriage Not Dating

58 3 0
                                    

Tiga bulan kemudian,
Suasana majlis perkahwinan anak kedua pasangan D'Generouz sememangnya gilang-gemilang. Di satu sudut, Madam Joanne hadir sebagai tetamu. Peranan Tuan Rumah dimainkan oleh Madam Honey. Dia hanya duduk sahaja di situ dengan wajah yang muram. Seorang pun kenalannya tidak dijemput. Lagipun, dia bukannya ada kenalan. Meja-meja yang menempatkan orang kenamaan begitu jauh daripadanya. Dia hanya berada di situ lantas dipanggil pulang. Hanya sempat melihat Yoh sekilas mengenakan sut serba putih.

Yoh masih lagi di dalam bilik menunggu. Walaupun diusik oleh rakan-rakannya untuk pergi menjenguk pengantin perempuan, namun Yoh tidak berganjak. Abdul dan Rose turut datang. Derek mengambil cuti, dan turut pulang dari Portugal semata-mata majlis itu. Begitu juga dengan Yamato, arkitek yang kini menetap di Jepun. Siapa sangka antara mereka Yoh dan Riley yang akan kahwin paling awal.
Elizabeth tidak menghadirkan diri. Puas Yoh menelefon, namun Eliz seakan-akan sudah tidak mahu pulang lagi ke pangkuan keluarga.Hans pula sibuk dengan Mary melayan tetamu yang hadir.

"Yoh! Kalau kau tak nak jumpa bride, aku dengan Derek pergi jumpa!" Kata Yamato. Derek hanya diam. Sejak dapat tahu Yoh akan memperisterikan Riley, dia sepertinya kecewa. Namun, dia tidak mahu menceritakan kekecewaan ini pada siapa-siapa. Brandon, pengapit Yoh pada hari ini hanya diam sahaja dari tadi. Dia tahu, ini merupakan rencana yang diatur oleh Yoh.

Rancangan yang akan memperjudikan nasib Riley. Dia pada awalnya berkeras untuk menentang perancangan ini, namun apabila dapat tahu yang Yoh mendapat undian menjadi direktur sebaik sahaja lamaran kepada Riley dibuat, Brandon jadi serba salah. Hanya dengan cara menolak Yoh memegang jawatan direktur sahaja sudah ada peluang cerah untuk mereka mendapatkan kembali perusahaan ibu bapanya yang sudah bertahun tergadai.

Yoh memandang cermin itu kosong. Sesekali menjeling ke arah Brandon yang terpacak di situ.

"Yoh..." panggilnya. Yoh memusingkan kerusi memandang Brandon.

Yoh menghela nafas. Setelah dia melamar Riley tiga bulan lepas, seperti yang mereka jangkakan, dia akan mendapat undian untuk menjadi direktur menggantikan posisi direktur lama. Atas nasihat Madam Honey, Hans ditukarkan ke cawangan pedalaman untuk satu ketika. Yoh tahu, hal ini untuk membuatkan mulut yang bergosip senyap agar nama Hans tidak menjadi buah mulut.
Jawatan yang disandang itu digadaikan dengan dirinya sendiri.

"Will Riley be okay if she knew?" Soal Brandon. Dia serba salah, namun sudah terlambat untuk Yoh dan dia berpatah balik.
Tiba-tiba kedengaran seseorang cuba membuka pintu bilik. Brandon segera senyap manakala Yoh berlagak tenang.
Lily!

Brandon memandang Lily yang masuk dengan muka selamba. Lily juga agak sibuk menguruskan katering dan persediaan majlis atas arahan Madam Besar. Ramai tetamu kenamaan hadir untuk majlis yang berlangsung di Hotel Royale D'Generouz bagi meraikan perkahwinan antara Yoh dan Riley Summers.
Lily wajahnya tenang sahaja. Brandon menjeling. Wanita itu dan Yoh memang gila!
Mereka bersepakat dalam majlis ini dan mempergunakan Riley bagi kepentingan peribadi. Brandon sendiri tahu, yang Lily merupakan pemberi idea bagi kerja gila ini.

"Can't believe it! You two! Korang sanggup gunakan Riley," katanya perlahan. Lily yang terdengar kata-kata Brandon itu bertindak memandangnya. Yoh menghela nafas.

"Habis tu kau? Kau tak dapat manfaat dari semua ni?" Soal Lily tepat mengena Brandon. Brandon terdiam. Dia juga mendapat manfaat hasil perkahwinan ini.

Keadaan di bilik pengantin lelaki menjadi tegang setelah Brandon memerli aku. Dia mengatakan bahawa aku mempergunakan Riley.

Persoalannya di sini, apa yang aku dapat hasil perkahwinan ini? Yang aku dapat, cuma Abang Yoh tidak kemana-mana jauh dari aku.
Abang Yoh memegang lenganku, meminta aku bertenang. Brandon menghela nafas.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now