Hurt

87 8 0
                                    

Just because you cannot see the claws and the teeth
Does not mean they aren't ripping through me.

"No," kata Madam Joanne sejurus mendengar penerangan Yoh tentang hajatnya untuk pergi ke kem latihan bola sepak. Yoh bersandar pada kerusi empuk di hadapan komputernya seperti biasa. Tangannya memeluk tubuh, dia merasakan satu beban halimunan berada di atas bahunya.

"Dari buang masa pergi main bola, you better go and help your father," kata Madam Joanne. Yoh merenung ke luar jendela. Dia tahu mummy dari awal tidak suka dia bermain bola.

"I could be a good player if I try," balas Yoh memandang mummy yang duduk di birai katil.

"You won't go. Next week, pergi company, help out. Hari tu mummy dengar nenek cakap Yoh macam tak berminat dengan syarikat," kata Madam Joanne. Wajahnya bertukar merah.
"Remember Yoh, kalau you main-main, Hans and his sisters will take everything, satu pun tak tinggal kat kita," ujar Madam Joanne.
"If you go ; maksudnya you perang dengan I. Whatever it takes, go to the hotel, show your worth as D'Generouz," tambah wanita itu lagi. Wanita itu bingkas bangun keluar dan menutup pintu rapat.

"Kenapa kita nak sangat dengan harta orang mummy?" Bisik Yoh lalu tunduk. Dia bagaikan tidak mengerti. Kalau boleh, dia ingin membawa ibunya jauh pergi dari sini. Jauh pergi dari keluarga D'Generouz yang seolah-olah tidak menghargai kewujudan mereka.

Madam Joanne pening kepala. Anak lelakinya langsung tidak sepertinya. Yoh, bagaikan seorang anak kecil yang tidak mengerti kemahuannya untuk bermaharajalela di rumah agam ini. Hatinya cukup sakit membayangkan mereka berdua yang sentiasa di pandang serong.

Baginya, Yoh jauh lebih baik dari Hans yang sering menimbulkan masalah. Hans sering keluar masuk balai polis. Sudah berapa kali dia menemani Madam Besar menjamin Hans di balai. Sedang dia berjalan menuju ke kamarnya, dia dihalang oleh seseorang.

Madam Honey, isteri pertama suaminya.

Joanne pura-pura tersenyum memandang wanita itu. Gayanya seakan-akan baru pulang dari beli belah. Gaun merah jambu paras lutut itu kelihatan sungguh cantik ditubuhnya yang kecil molek dan ramping. Rambutnya diikat sangul, berserta anting-anting permata menambahkan lagi serinya.

"Pergi jamin Hans buat apa?" Soalnya lantas menarik rambut Joanne. Joanne terketar-ketar sambil menjerit kuat.

"Kau sengaja nak tunjuk dekat dunia yang kau ni mistress ke!" Herdiknya. Herdikkan Madam Honey mengejutkan Yoh yang sedang terperap di dalam bilik. Cepat-cepat di keluar berlari ke arah dua wanita itu. Madam Honey masih memegang rambut Madam Joanne. Pandangannya bengis.

"Mama, sudah la tu," kata Yoh lantas memegang tangan Madam Honey. Yoh dari kecil lagi memanggilnya dengan gelaran Mama. Madam Honey dan Yoh berpandangan lama. Walaupun mereka tidak sekapal, namun Madam Honey tidaklah membenci Yoh. Dia cuma benci akan Madam Joanne sahaja. Madam Honey menurut permintaan Yoh.

"If not for your son, you're done!" herdiknya sebelum berlalu pergi. Madam Joanne mengusap kepalanya yang sedikit sakit. Yoh mendiamkan diri. Mengapa? Mengapa mummy harus bertahan walau diperlakukan dengan buruk.

"See....you still nak main bola lagi? Wake up," kata Madam Joanne lalu menolak tangan Yoh yang memegang lengannya. Yoh terdiam lama, memandang ibunya yang berlalu pergi. Hatinya terasa sungguh berat.

Pagi ini aku perasan ada sedikit kelainan dengan senyuman mentari pagi Yoh D'Generouz. Dia seakan-akan bersedih, namun ditutup kesedihannya di balik senyuman dan matanya yang kuyu. Kami berangkat ke sekolah bersama-sama. Bagaikan berjanji, dia menunggu aku di parkir kereta. Sepanjang berbasikal, dia banyak mendiamkan diri. Selalunya, dia akan berceloteh seperti rancangan radio waktu pagi. Tetapi tidak hari ini. Aku awalnya ingin bertanya, tetapi aku lupakan sahaja niatku.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now