半是糖,半是伤
Setahun berlalu dengan begitu cepat. Aku masih ingat lagi majlis yang persaraan dan perpisahan yang berlangsung dengan lancar. Setelah itu, atas pujukan ahli persatuan pelajar yang lain, kami tidak melaporkan hal itu kepada guru, dengan syarat Harold mengganti kembali wang persatuan yang telah di ambilnya. Aku awalnya tidak bersetuju, namun setelah kalah dengan undian majoriti, akhirnya aku ikut jua. Cuti semester kali ini terasa begitu singkat. Aku banyak habiskan masa dengan belajar, kemudian setelah mendapat kalendar baharu, aku dan ahli persatuan pelajar mula merancang aktiviti untuk semester mendatang.
Hubungan aku dan Abang Yoh menjadi renggang begitu sahaja. Tidak lebih dengan hubungan anak pembantu rumah dan majikannya. Aku jarang berbual dengan Abang Yoh. Sekadar mengucapkan selamat pagi ataupun bertegur ketika berselisih bahu di dalam rumah. Hubungan Abang Yoh dan teman wanitanya, Bella Cruz juga semakin utuh. Dengar Acik Yamy cakap, Madam Honey okey dengan hubungan mereka. Namun, Madam Besar dan Madam Joanne tidak suka pada Bella. Aku juga tidak tahu dengan terperinci. Bagiku, Bella seorang yang baik. Walaupun bukan dari golongan yang "super" berada, tapi kalau bapanya ada business kedai makan yang mempunyai lebih 20 franchies di sekitar negara, aku yakin, kedudukan sosial ekonomi keluarganya lebih baik berbanding keluarga aku.
Ace pula, entahlah! Sejak kes dia meminta tolong aku tentang hal Rebbecca ataupun lebih mesra dipanggil Becky itu, kami tidak lagi berhubungan. Cuma sekadar senyum kalau berselisih di sekolah. Itupun tidak selalu. Aku bukannya sering berjumpa dengan dia.
Dana siswa pula, seperti yang aku jangka, aku memperolehnya kerana keputusan peperiksaan akhir yang agak baik. Beza markah aku dan pelajar yang berada di tempat kedua sebanyak 30 markah. Mungkin aku patut bagi perhatian lebih kepada subjek fizik dan geografi. Aku banyak hilang markah pada subjek itu. Tahun ini, secara rasmi aku melangkah ke tahun 3. Senior Year. Abang Yoh pula akan melangkah ke tahun 4. Final Year.
Time flies so quick! Oh!
Masa berlalu begitu pantas. Entah mengapa, aku bagaikan masih lagi tidak biasa memanggil ibu dan ayah dengan gelaran tersebut. Aku masih terfikir bahawa aku hidup sendiri. Beg sekolah di kemas cepat, aku harus bergerak awal. Awal pagi aku mesti sampai dahulu dan berdiri bagai pak pacak di pintu pagar, menyambut pelajar datang ke sekolah. Hari ini, hari pertama pelajar baharu masuk ke sekolah, jadi barisan kepimpinan harus menyambut mereka.
Sampai di sekolah, Yoh sudah ternampak Bella menunggunya di hadapan Blok Tahun 4. Yoh berjalan dengan penuh rasa malas, dia tidak mahu berjumpa Bella. Cukuplah cuti sem di habiskan masa dengan gadis itu. Walaupun banyak masa di habiskan bersama, namun Yoh tetap merasakan hubungan mereka tidak boleh pergi jauh.
"Selamat pagi dear," tegur Bella. Yoh berdiri di hadapan gadis itu dan pura-pura tersenyum girang. Yoh memang pakar dalam memaksa dirinya tersenyum begini! Dia memandang Bella yang terpancar kegirangan dari senyumnya.
"You tak penat ke?" Yoh bertanya. Bella buat muka sepuluh sen sambil menggaru pipi yang tidak gatal.
"Penat apa?" Bella menyoal kembali.
"Kejar I," jawab Yoh dalam hati. Namun, dia cepat-cepat menggeleng kepala. Dia tidak mahu Bella berkecil hati. Sejak dia dan Bella berteman, musim cuti sem kali ini banyak di habiskan bersama. Dia juga sudah jarang keluar melepak bersama dengan
rakan-rakannya. Hampir setiap hari, dia menghabiskan masa di hotel. Hinggakan dia berasa janggal ketika berjumpa dengan Lily di rumah. Pagi tadi dia ternampak Lily berdiri sebagai pak pacak di depan pintu masuk sekolah. Malas dia hendak tegur,laju sahaja keretanya meluncur masuk ke dalam pagar sekolah. Lagipula, hari ini merupakan hari pertama pelajar baharu masuk ke sekolah. Lily pasti sibuk.
YOU ARE READING
My Flower, Lily (BM)
Teen FictionMenjadi anak angkat kepada pembantu rumah keluarga orang kaya bukanlah impian Lily. Sebaliknya, jalan pantas untuk dia lari dari tanggungjawab. Perkenalan dengan dua jejaka bahkan bukan menenangkan, sebaliknya membuatkan kehidupan yang tenang bagai...