Rindu

29 1 0
                                    

Friends can break your heart too

Aku mengeliat dan membuka mata memandang sekeliling bilik. Bilik Ace. Semalam, aku masuk ke bilik Ace untuk mengemas dan tengok-tengok. Tidak sangka akan tertidur di sini. Aneh sekali, nyenyak betul aku tidur! Hari ini kelas waktu pagi aku dibatalkan jadi aku tidaklah kisah mana.

Good! Class cancelled!

Aku kembali berbaring di atas katil Ace. Bau buah peach menarik deria aku. Aku tahu Ace suka minyak wangi berbau seakan-akan buah peach, tetapi hingga katil berbau buah peach! Ini magis! Aku berpusing di atas katil Ace seketika. Sudah lama agaknya kami tidak berbual.

It's been a while.

Sekarang waktu yang sesuaikah? Sejak Ace berlepas ke Hong Kong, aku tidak menghubunginya. Telefon aku berdecit menandakan ada mesej yang masuk.
Mesej dari Uncle Wang. Katanya mahu ajak aku makan malam dengan keluarga hujung minggu ini. Tanpa berfikir panjang, aku segera membalas "okay."
Lagipula, aku memang bercadang hendak pulang hujung minggu ini sempena cuti semester dua bulan.

Aku meletakkan telefon di tepi bantal. Lama aku memerhati senarai daftar panggil nama yang paling atas.
Namun, aku tidak berani menekan. Takut aku mengganggu Ace. Entah apa yang sedang dia lakukan sekarang.

Eh! Lily! Dah gila ke?

Lily! You're crazy!

Freaking crazy!

Asshole!

Annoying bitch!

Aku lupa yang aku sudah ada teman lelaki. Aku terlupa yang aku juga sudah beberapa hari tidak menelefon teman lelaki aku yang seperti biskut chipsmore yang kadang-kadang hilang tanpa khabar berita!
Ah!
Sudah!

Aku menggaru kepala dengan kedua belah tangan. Kusut dibuatnya! Kalau aku terus begini, jangan kata yang dikejar tak dapat, yang dikendong juga berciciran.
Apa masalah aku sebenarnya?!
Aku seperti orang tidak ketahuan arah.

Aku cinta mati dengan Abang Yoh, tetapi mengapa hati aku asyik teringat pada Ace? Adakah sebab Abang Yoh sudah lama jauh di mata jadi perasaan rindu aku tidak setebal rasa rindu terhadap Ace yang baru beberapa hari pergi.
Atau sebenarnya aku sudah rasa selamat kerana tahu Abang Yoh tak akan tinggalkan aku, jadi aku boleh rasa begini bila Ace pergi.

Apa masalah aku!

Just what the heck is wrong with me?!

Atau....
Atau....

Atau sebenarnya aku sudah jatuh cinta pada Ace?

Shucks!
No!
No!
Not even!
What the heck!

Tidak. Ini hanya mainan perasaan.

Ace is a brother. A friend.
Yoh is the one that I loved.

Ace mengelap air yang tumpah di atas meja. Sesekali dia menjeling ke arah barisan pelanggan yang beratur. Kota metropolitan Hong Kong sememangnya padat dengan penduduk. Bahkan bukan penduduk sahaja yang rapat, malahan jarak antara bangunan dengan satu bangunan yang lain juga begitu dekat.

Ace terus membuat kerja sebagai salah seorang pembancuh air di kedai minuman milk tea milik abang sepupunya. Cawangan kedai itu banyak di sekitar Hong Kong, namun Ace hanya berkerja di situ kerana lebih dekat dengan tempat tinggal ibunya.
Keadaan ibu semakin beransur pulih. Sejak kedatangan Ace, ibunya seperti marah apabila dapat tahu Ace berhenti dari akademi untuk datang menjaganya yang sedang sakit.

Namun, Ace sedar, marah ibunya tidak lama. Ace juga tidak terlampau melayan perang dingin yang sengaja dibuat oleh ibu. Semenjak beberapa hari, dia agak sibuk dengan kerja. Apabila pulang sudah lewat malam. Maklumlah, dia baru beberapa hari memulakan kerja. Sebelum ini dia asyik ulang alik ke rumah dan hospital.
Sekarang, ibu sudah mulai sihat seperti sediakala. Namun, ibu masih lagi menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

"Ace...jagakan kaunter!" Pinta salah satu rakan sekerja. Ace segera bergerak ke kaunter. Kedai mereka tidak lah besar mana, cuma cawangan kecil mempunyai tiga orang pekerja.

"Minum apa encik?" Soal Ace memandang punat di kaunter.

"Bubble Milk Tea," katanya sepatah.

"Regular ke besar?" Soal Ace menekan-nekan sesuatu di kaunter.

"Besar," jawabnya.

"14 dollar," kata Ace lantas mengangkat kepala. Lelaki itu menghulurkan not kertas dan sepucuk sampul. Di sampul tertera nama Alexander Henderson. Lelaki itu kemudian mengambil cawan minuman yang telah siap daripada Ace. Ace masih lagi terpana memegang sampul bewarna coklat itu. Lelaki itu mengangkat sedikit topi bewarna hitam sebelum menghilang dari pandangan.

"Excuse me," tegur suara beberapa orang gadis melihat Ace yang bekerja di kaunter tidak bergerak. Pantas, Ace tersedar dari lamunan. Dia menyimpan surat itu dengan cara menggulung dan memasukkannya ke dalam kocek seluar.

Pelanggan masih ramai, dia perlu kerja!


Yoh memandang pemandangan New York City dari tingkat 69, Royale D'Generouz Hotel. Terasa bagai dunia ini begitu kerdil jika dia berada di tempat tinggi. Bangunan 69 tingkat hasil kerjasama D'Generouz Group dan pelabur-pelabur asing membuatkan Yoh terasa bangga kerana menjadi salah seorang ahli keluarga D'Generouz.

Baru tadi dia menerima emel dari Kak Camelia mengatakan Hans sudah berkahwin. Sejak abang sulungnya keluar dari rumah mereka bagaikan terputus hubungan. Puas dia menjejaki abangnya, namun tidak dapat.
Dan, dengan bantuan Camelia, akhirnya Yoh berjaya mendapat perkhabaran itu. Sebelum ini, terlampau banyak gosip dan tokok tambah cerita bagi menyedapkan kisah abang sulungnya keluar dari rumah D'Generouz.

Hakikatnya, Yoh tahu. Hans langsung tidak berminat dengan perniagaan keluarga. Begitu juga dengan Eliz. Sejak di Jepun, dia sudah ada teman lelaki dan tidak pulang langsung ke pangkuan keluarga.

Yoh menghirup kopi panas sambil memandang sekeliling bandar. Dia sedar, kalau dia meneruskan langkah, D'Generouz Group akan menjadi miliknya. Mama Honey tidak akan menentang, ayahnya juga tidak akan menentang. Mummy Joanne pula sudah pasti akan bertepuk gembira apabila Yoh di umumkan sebagai peneraju utama.

Yang menjadi batu penghalang sekarang ini ialah Mary dan Madam Besar Ratna yang begitu mementingkan susur galur keturunan. Yoh tahu, Mary sedang belajar mengenai perniagaan di samping belajar fesyen di dalam negara. Sekarang, harapan Madam Besar terletak pada gadis itu. Walau Yoh yang akan mengetuai D'Generouz Group, dia hanya akan bertindak sebagai boneka sahaja.

Segala turutan akan jatuh ke tangan Mary kerana mendapat sokongan nenek. Namun, Yoh hanya berterima kasih kepada satu perkara. Dia anak lelaki.
Tidak dinafikan, kehadiran Mama Honey antara penyebab D'Generouz Group boleh berjaya sehingga kini. Ayahnya juga memberi sumbangan yang besar.

Namun, Yoh sebagai bakal raja yang baru, perlu melakukan perubahan. Sesuatu yang boleh membuatkan mereka kenal siapa Yoh D'Generouz. Satu perubahan yang boleh menghilangkan taraf anak dari isteri simpanan.

Yoh mencapai telefon dan mendail nombor yang dia suka,

"Abang!" Sapa gadis itu ceria. Tidak lama Yoh tunggu untuk teman wanitanya mengangkat panggilan.

"I miss you sayang," kata Yoh. Kedengaran Lily ketawa dan membalas kata-kata rindu juga.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now