Truth need courage
Aku pulang ke rumah dengan sedikit kehampaan. Ku sangkakan Abang Yoh akan menolong Ace, rupanya tidak. Aku masuk ke bilik. Ibu tiba-tiba menolak daun pintu. Dia kemudiannya masuk dan memeluk aku dari belakang.
"Ibu, kalau Lily tahu kebenaran, tapi tak ada bukti, apa yang patut Lily buat?" Soalku.
Ibu mendiamkan diri meletakkan jari telunjuk di dagu.
"Lily kena cari buktilah kan?" tanya ibu. Aku mengangguk.Evidence?
Cakap senang lah. Nak cari bukti sedikit punya susah lagi. Aku ingat lagi, bagaimana tadi di marah oleh pekerja kedai serbaneka apabila meminta untuk melihat cctv kedai mereka. Bukti. Bukti.
Mana ada kebenaran kalau tak ada bukti ! Siapa yang nak percaya kebenaran yang bosan ! Aku menyandar pada kerusi. Esok, esok aku perlu cuba lagi untuk mencari bukti. Aku perlu tolong Ace.Just think that I pay him for those snacks and bus fare!
Seorang pelajar lelaki mundar mandir di hadapan balai. Jagar yang bertugas memandang pelajar berjersi biru muda itu. Dia ingin menegur, tapi....
Akhirnya, pelajar itu mendekatinya."Pak cik, kalau nak jadi saksi boleh ke? Macam mana ya?" Soalnya.
"Masuk dalam cari inspektor bertugas, cakap dengan dia," balas jagar itu. Yoh mengangguk lemah. Kakinya melangkah ke dalam balai. Suasana di dalam itu sedikit berlainan dengan pemikirannya. Yoh memandang sekeliling. Dia teragak-agak.
Tapi, kalau dah masuk takkan nak keluar balik?!"Adik cari siapa?" Soal seorang pegawai polis perempuan. Yoh menggigit bibir bawah.
"Kawan saya, saya dari sekolah Northen City," kata Yoh. Pada awalnya, dia ingin membiarkan sahaja Ace masuk lokap. Tapi, setelah bersembang dengan Lily petang tadi, dia berubah fikiran. Dia tidak mahu Lily menganggapnya bukan-bukan.
Dan...Ace!? Mungkin kali ini dia patut tolong Ace.Pegawai perempuan itu membawa Yoh berjumpa dengan pegawai yang lebih senior. Beberapa orang polis memandangnya lama.
"Semalam Ace dengan saya dekat padang, kalau dekat padang ada cctv..." belum sempat Yoh menghabiskan ayatnya seorang pegawai lelaki muda lari masuk ke ruangan itu."Jumpa. Pukul 7:30 ada rakaman Ace naik bas awam!" Katanya. Mereka mendengus lega. Yoh memandang mereka.
"Nampaknya, kawan awak memang tak terlibat dalam hal ini," ujar pegawai perempuan itu pada Yoh. Yoh memandang wanita itu dan tersenyum singkas.
Seketika kemudian, Wang Henderson masuk ke dalam bilik itu. Yoh memandangnya lama.
"I should thank your father for this," katanya. Ace keluar dan berdiri di belakang ayahnya.
"Tercegat apa lagi! Thank him!" Arah bapa Ace. Ace mendengus kasar dan mengucapkan terima kasih lalu keluar.Yoh bersalaman dengan Wang Henderson. Lelaki kacukan China-British itu tampak kepenatan. Wajahnya sedikit pucat. Sebelum pulang ke rumah, dia memandang ke arah pegawai polis yang bertugas.
Ace langsung tidak bertutur di dalam kereta. Wang Henderson cuma sesekali memandang Ace yang duduk termenung di kerusi belakang. Sejujurnya, dia bengang kerana dituduh bukan-bukan. Sepanjang di soal siasat, bapanya awal-awal lagi melarang dia membuka mulut.
YOU ARE READING
My Flower, Lily (BM)
Ficção AdolescenteMenjadi anak angkat kepada pembantu rumah keluarga orang kaya bukanlah impian Lily. Sebaliknya, jalan pantas untuk dia lari dari tanggungjawab. Perkenalan dengan dua jejaka bahkan bukan menenangkan, sebaliknya membuatkan kehidupan yang tenang bagai...