Saviour

49 2 0
                                    

Baby, you should go and love yourself.

Ace tidak banyak bercakap. Dia memberikan Lily tuala bewarna putih yang bersih untuk mengeringkan rambut. Ayahnya sekejap lagi baru pulang. Bibik pula hanya datang ketika waktu menyiapkan makanan dan mencuci rumah. Itupun kalau hari bekerja, bukannya hujung minggu. Kalau hujung minggu,biasanya dia akan makan di luar, ataupun tunggu bapanya pulang hantar makanan. Tapi hari ini bapanya, keluar berjumpa dengan client.Lily duduk termenung di atas sofa hitam berbentuk L itu. Ace membawakannya secawan teh panas. Ace melihat ke arah jam di dinding. Pukul 12 tengah hari! Perutnya sudah berkeroncong namun tiada benda yang boleh di makan! Ace mengambil snek dari kabinet dapur.

Masih ingat lagi tentang pesanan Yoh supaya tengok-tengokkan Lily. Ace segera memberi kerepek ubi kepada Lily.

"Kau lapar ke?" Tanya Ace.

"Ha'ah!" Jawab Lily serius. Lily memandang ke arah Ace dengan wajah yang serius. Ace garu kepala. Dia tidak tahu memasak!

"Mi segera ada. Kau nak?" Soal Ace lagi. Dia cukup berhati-hati. Pipi Lily yang merah itu juga dipandangnya. Dia ingin bertanya, namun tidak sampai hati,

"Nak," jawab Lily sepatah. Ace segera berlari ke dapur mengambil mi segera dari kabinet atas. Dia mengambil periuk bercorak strawberi lalu meletakkan ke atas dapur. Gas di hidupkan. Ace menuangkan air ke dalam periuk.

"Banyak sangat air tu!" Komen Lily yang tiba-tiba muncul. Ace terkedu seketika. Lily mengisyaratkan dengan mata agar Ace membuang sedikit air. Setelah itu, Ace kembali mahu meletakkan mi segera ke dalam air.

"Perencah dahulu baru mi!" Kata Lily. Ace pandang Lily tidak puas hati. Sepatutnya mi dahulu baru perencah!

"Mi dulu!" Kata Ace. Namun, jelingan maut dari Lily sudah cukup untuk membuatkan Ace akur dengan kehendak gadis itu. Ace membuka peti sejuk dan mengambil pek ais di dalamnya. Pek ais itu dihulurkan pada Lily.

"Wow! You've got ice pack in your house!" Kata Lily bagaikan taksub. Ace menggaru kepala. Pek ais itu merupakan simpanan ayahnya yang belajar muai thai pada waktu lapang. Kadang-kadang dia juga turut ikut turun ke gelanggang, tapi tidaklah kerap mana. Lily meletakkan pek ais tersebut pada pipinya yang kemerah-merahan, seperti pemerah pipi semula jadi. Dia kemudian duduk di kerusi meja makan sambil memerhatikan Ace acah memasak,

Rumah "penthouse" keluarga Henderson tidak sebesar rumah agam keluarga D'Generouz. Namun,  gaya interior dalaman rumah ini tidak ubah seperti rumah orang kaya-kaya di dalam drama televisyen pada waktu pagi. Rumah penthouse tiga tingkat itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan perabut yang tampak moden. Ace meletakkan periuk di hadapan Lily. Sepasang chopstik di hulur kepada Lily.

Ace sudah lapar! Cuaca pula sejuk! Nice!

Aku mengambil chopstik dari tangan Ace sambil berkerut. Ku lihat dia dengan selamba mengambil tudung periuk bagi di jadikan mangkuk! Memang rebel betul gayanya! Pek ais pantas di letakkan di atas meja. Kemudian, aku pergi ke kabinet mengambil mangkuk dua biji. Tadi, semasa Ace mengambil bungkusan mi segera, aku nampak ada mangkuk di situ.

Look! There's a bowl here! Why would he use tudung periuk to eat!!!!! God!

"Makan pakai mangkuk boleh tak?" Kataku lalu menghulurkan mangkuk kepada Ace.

"Lily! Ambil air!" Kata Ace. Aku segera membuka peti ais dan mengambil jus oren. Perlahan, kotak jus oren itu di letakkan di atas meja. Alangkah terkejut bukan kepalang aku melihat Ace dengan selamba minum jus oren melalui kotak itu. Tanpa menggunakan cawan. Aku bercekak pinggang di tepinya. Cawan bukannya jauh, ada betul-betul bersangkut di rak cawan. Betul-betul depan mata dia!

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now