Tak Puas Hati

44 2 0
                                    

Whatever !

Aku berdiri terpacak di hadapan kereta bewarna putih yang sering dipandu Abang Yoh. Walaupun terdapat beberapa lagi kereta di garaj belakang milik keluarga D'Generouz, aku tahu kereta yang berada di laman parkir antara rumah kecil dan rumah besar ini sentiasa menjadi kegemaran Abang Yoh. Pokok pangkalnya, hanya Abang Yoh yang sering memandu kereta mewah dua tempat duduk bewarna putih itu kemana-mana. Aku hanya menanti dia keluar. Sejujurnya, agak lambat.

"Lily!" Sapanya seraya membuka kunci kereta. Dia bergegas masuk ke tempat duduk pemandu.

"Nak tumpang boleh?" Soalku. Aku tahu, nampak gaya macam tidak tahu malu, tapi aku perlu dapatkan kepastian. Kalau benar Abang Yoh dan Riley ada hubungan yang tidak dapat dijelaskan, aku harus bersiap sedia untuk undur diri lebih awal.

Well, after all I don't want to have any connections with homo sapians.

Aku bukannya suka yang betul-betul cinta pada Abang Yoh. Mungkin dalam bahasa yang lebih senang di fahami, aku ada sedikit "crush" terhadapnya. Mungkin disebabkan cara dia melayan aku dengan cukup baik.

I need to hit some sense into me!

"Err..." dia kelihatan serba salah sambil menggaru kepalanya. Dia seperti mahu menjelaskan sesuatu pada aku, namun suara Madam Joanne lebih deras dan mengejutkan kami berdua.

"Yohh!!! Jangan lupa pick up Riley yaaa!" Suara wanita itu meleret seperti mahu memberi aku peringatan. Yoh menjeling ibunya dan tersenyum pahit ke arahku.

"Sorry," balasnya padaku.

"Tak apa. Lily boleh pergi sendiri," kata aku. Seterusnya, aku segera pergi mengambil basikal. Aku mengayuh selaju mungkin agar cepat sampai ke sekolah. Nampaknya, Abang Yoh dan Riley memang ada sesuatu di antara mereka. Ah, sudah!

I should not bother them!

Yoh menarik brek tangan dan mematikan enjin kereta lantas memandang ke arah Riley. Gadis berkulit putih kemerah-merahan itu sedang membetulkan anak rambut yang menutup matanya. Yoh diam seketika, sebelum memulakan bicara.

"Esok...I tak jemput or hantar you balik dah," kata Yoh. Riley bersandar pada kerusi dan memandang ke arah Yoh.

"Kenapa? Someone jealous ke?" Usik Riley. Yoh ketawa sinis sambil memegang stereng kereta. Dia tidak tahu bagaimana harus menerangkan perkara tersebut kepada Riley.

Perkara apa?

Pantas sahaja, sebenarnya Yoh tidak perlu menerangkan apa pun kepada Riley. Cuma, dia merasakan, hubungan persahabatan dengan Riley berkemungkinan akan menimbulkan salah faham di kemudian hari.
Kalau bukan Riley yang salah faham, pasti Lily yang salah faham.
Kesalah fahaman yang bakal berlaku juga boleh membuatkan salah seorang antara mereka berdua makan hati.

Riley memegang lengan sasa Yoh sambil memandang tepat ke anak matanya. Yoh turut merenung mata Riley dalam. Tatkala mata bertaut, terasa ada getaran di hatinya. Perlahan Riley meletakkan bibirnya ke atas bibir Yoh. Yoh terkesima dengan perbuatan tiba-tiba Riley. Dia tidak menolak, sebaliknya hanya mematung di situ. Yoh menelan air liur sambil memandang ke arah Riley yang tersenyum nakal. Kemudian, gadis itu pantas keluar dari kereta dan berlari menuju ke kelas.
Yoh mengeluh. Sah!! Pasti akan ada salah faham.

Sesuatu yang Yoh tidak tahu, salah faham yang di fikirkan sememangnya tengah berlaku dan akan berlarutan.

Kecoh. Suasana di sekolah seakan porak peranda apabila notis di keluarkan oleh persatuan pelajar. Semua murid tahun atas sangat tidak berpuas hati dengan tindakan persatuan pelajar yang baru di pilih. Terutama sekali pelajar lelaki pasukan bola tampar dan bola keranjang. Notis itu sangat bertujuan bagi menghalang mereka semua.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now