Home Sweet Home

37 3 0
                                    


Kursus internship aku tamat, dan aku sudah hampir tiga bulan memulakan kerja dengan Firma Guaman Yennifer & Co. Aku tahu, pekerjaan di situ aku dapat dengan mudah kerana Uncle Wang yang rekomen aku kepada mereka. Kalau ikutkan sesi aku intern di sini, aku tak rasa aku layak untuk pekerjaan ini.

Well, you need connection to survive. World is harsh man!

Tapi, mungkin juga aku bernasib baik. Yennifer sering suruh aku uruskan kes-kes kecil yang memerlukan perbincangan dengan klien.
Kes yang kami tangani lebih kepada kes penceraian suami isteri. Walaupun ada kes-kes lain, tetapi di bawah bimbingan Yennifer, kami banyak mengambil kes pencarian.

Yennifer, salah seorang peguam kes penceraian yang terbaik di Middle City. Kadang-kadang, dia turut turun ke The League sebagai penasihat. Wanita yang beberapa tahun lagi akan pencen itu, sudi mengambil aku sebagai anak didik hasil daripada permintaan Uncle Wang.

Kebelakangan ini, aku sangat sibuk. Abang Yoh usah cakap lah! Dalam seminggu cuma sekali dia telefon. Itupun sebab nak tanya khabar! Tapi, aku tak kisah sangat. Sedar tak sedar, sudah hampir hendak masuk lima tahun kami bersama. Hubungan jarak jauh kami tidak sama seperti pasangan lain. Hanya kami berdua sahaja yang faham.

Told ya. Me and abang, wasn't lovey dovey couple.

Mula dari aku habis sekolah, hingga sekarang aku sudah masuk alam pekerjaan. Hubungan kami masih teguh seperti mula-mula bercinta dahulu. Tiada apa yang pelik. Namun, sejak akhir-akhir ini kami menjadi sedikit renggang dek kerana aku terlampau sibuk bekerja dengan Yennifer.

Telefon aku berbunyi tepat ketika tamat pertemuan dengan klien. Sempat Yennifer menjeling aku sebelum aku pamit mengangkat telefon. Dia mengisyaratkan bahawa dia akan pulang ke rumah sebelum kembali ke pejabat petang nanti.

Nombor baharu yang tiada dalam daftar panggil aku. Aneh! Siapa pula! Klien?

"Siapa?"soalku. Mana tahu ada klien yang menghubungi.

"Abang ni," suara yang cukup mendamaikan hati menyambut soalan aku.

"Abang kat sini," katanya.

"Sini? Sini mana?" Soalku.

"Sini," jawab Abang Yoh.

"Hah?" Aku tercengang.

"Abang dah balik," katanya.

"What!" Jeritku sedikit terkejut.

"Tengok kiri," kata Abang Yoh. Aku segera berpaling. Kelihatan dia sedang berada di seberang jalan sambil melambai ke arahku. Nasib sahaja Yennifer sudah pergi meninggalkan aku. Aku tercengang, terlopong memandang ke arah lelaki itu.

"Suprise?" Katanya. Entahlah. Bunyinya macam ayat soal! Gila aku tak "suprise"!
Aku memandang kiri dan kanan sebelum melintas jalan. Telefon pintar masih lagi melekat di telinga aku.

Hell! He's freaking here!

"What is this?" Soalku tidak percaya. Abang Yoh ketawa sambil menarik telefon aku agar tidak terus berada di telinga. Aku mencucuk lengan Abang Yoh dengan jari telunjuk bagi memastikan dia bukan bayang-bayang. Bukan! Dia adalah manusia sebenar! Abang Yoh ketawa mengekek ke arahku.

"Jom, abang hantar sampai ofis Lily," kata Abang Yoh menolak aku masuk ke dalam kereta.

"Lily tak bawa keretakan?" Soalnya macam tahu-tahu. Tadi aku datang bersama dengan Yennifer dan meninggalkan kereta di pejabat. Pemandu Abang Yoh kelihatan muda, dia hanya tersenyum. Pekerja baharu kah? Ah! Sudah dekat dua bulan aku tidak pulang ke rumah D'Generouz. Hujung minggu ayah dan ibu yang datang melawat aku.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now