Bo.

33 0 0
                                    

Aku tidak putus berada di laman net seharian menunggu berita baharu. Semuanya okey sahaja kecuali Abang Hans di tahan untuk disoal siasat. Namun, tidak sampai seharian dia sudah dibebaskan. Aku berasa aneh, takkan Hans sebegitu bodoh untuk buat kerja tanpa fikir panjang begini. Tambahan lagi, mengupah penembak tepat bukan caranya. Abang Hans bukan cukup brutal untuk berbuat demikian. Berdasarkan pengalaman aku mengenalinya sebelum ini, dia memang nakal, tapi dia cemerkap. Tak mungkin boleh rancang perkara begini.Dan bagaimana tak sukanya sekalipun, dia masih anggap bahawa Yoh adik sedarah dengannya. Itupun kalau dia belum tahu kebenaran.

Pintu apartment terbuka. Ace! Seharian aku sibuk ambil tahu tentang kes abang hingga lupa pula dengan Ace. Walhal, tadi aku turut menghubunginya. Ah, cakap pasal call tadi, agaknya dia tengah sibuk. Lain waktu, aku akan minta maaf sebab ganggu waktu kerja.

"Ace...you've heard about abang right!" Kataku. Dia mengangguk. Kelihatan seperti sudah tidak marahkan aku, kemudian dia duduk bersandar di sofa.
"Ambilkan air untuk I," pintanya. Aku tidak cakap banyak, sebaliknya terus ke dapur untuk mengambil jus oren buat Ace. Kemudian, aku menghulurkan air lantas duduk di sebelahnya.
Ace kelihatan penat.

Aku mengambil inisiatif memicit lengannya. Dia tersenyum sambil menjeling aku.

"You're good?" Soalku, teragak-agak.

"About Yoh...I pun bertugas tadi," katanya. Aku mengubah posisi untuk mengorek rahsia dan gosip.
"It wasn't Hans thou," kata Ace.

"Mr Bred himself was a part of terrorist group, so...maybe people from his organization," kata Ace. Aku menepuk tangan. Sudah aku agak, hal bukan seremeh ini.
"But abang..." soalku ingin tahu lebih lanjut.

"Probably they targetted him since he was close with Mr Bred," kata Ace.
"The hell! Bila pulak!" Kataku.
Ace menggeleng.

"Kita tak tahu apa organisasi dia orang fikir," kata Ace.
"Was abang in danger?" Aku segera bertanya.
"Not for the time being. He got all orang baju kebal sekeliling," kata Ace. Aku menarik nafas lega.

"All these things yang you bagitau I...will.." aku mahu tanya.
"Tunggu berita malam ni," katanya. Aku tercengang, lantas mengangguk kepala. Tak sabar betul aku ni! Aku mengangguk lantas mahu masuk ke dalam bilik, sebelum melangkah ke dalam aku terhenti di muka pintu.

"Glad that you're home," kataku padanya. Dia menahan senyum.
"Really?" Dia masih bermain dengan aku.
"If you're in the mood, then..." aku memberi isyarat masuk ke dalam bilikku.

***

Ace memandang kipas yang berputar. Lily sudah nyenyak tidur tanpa mempedulikan sekeliling. Dia melangut seketika, fikirannya melayang.
Peristiwa tadi siang masih segar di ingatan. Masakan dia boleh lupa, penembak tepat yang membuat lubang tepat di dada kiri Mr Bred dari Taiyang Security tidak lain tidak bukan adalah dia sendiri.

Arahannya jelas. Shoot to kill.
Perancangan yang pihak atasan buat, tanpa dia tahu sedikitpun. Ace bagaikan buah catur di atas papan permainan Yoh dengan pihak atasan. Mereka berjaya menghentikan jenayah, namun siapa sangka di sebalik cover serangan; polis merupakan dalang peristiwa itu.

Bukan polis. Yoh D'Generouz. Satu sosok yang pernah bertumbuk dengannya ketika di sekolah dan satu sosok yang dia semakin tidak kenal pada hari ini.

Ace bukan begitu bodoh sampai tak boleh agak plan pihak atasan. Yoh barangkali cuba dapatkan bukti untuk kes Mr Bred, sudah dapat bukti mereka akan hapuskan Mr Bred. Permasalahannya cara.
Penangkapan Hans membuatkan Ace yakin, Yoh pasti ada helahnya yang tersendiri.
Dan sejauh mana pihak atasan mempercayai sosok Yoh D'Generouz, dia tidak tahu.

Yang pasti, Yoh bukanlah seorang yang mudah untuk berurusan. Ace memandang ke arah Lily.
Lily pasti tidak tahu kerja-kerja belakang tadbir yang dibuat oleh Yoh. Melihat gaya Jeneral atasan berjumpa dengan Yoh, ini barangkali bukan kali pertama mereka meminta pertolongan.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now