Sudah beberapa hari sejak majlis reunion abang tidak menghubungi aku. Aku cuba menghantar pesanan namun satu pun dia tidak buka dan baca.
"I nak jumpa COO," kataku pada Camelia yang berada di mejanya. Kamar Yoh kelihatan tenang sahaja. Camelia mengetap bibir sambil menggaru kepala."Yoh outstation," jawabnya. Aku berkerut. Langsung tidak beritahu aku tentang khabar dia ada kerja di luar kawasan.
"Oh..." aku mendengus. Camelia memandang aku lantas berbisik.
"Dia tak bagitau you ke?" Soalnya.
"Bagitau. Maybe I yang lupa," dalihku. Camelia mengangkat kening. Rahsia Yoh dan aku semuanya ada dalam tangannya. Kalau dia belot, habis kami berdua. Tetapi, aku rasa dia tidak akan membelot dengan Yoh. Lagipula, abang sudah banyak kali tolong dia.
"Dia pergi dengan Riley," bisik Camelia tidak mahu pekerja lain dengar. Aku mengetap gigi. Tidak puas hati. Sepatutnya, Yoh bagitahu aku terlebih dahulu tentang perkara ini.
"Hey! Look siapa datang? Lily!" Tegur Abang Hans. Di sisinya ada Noelle, pembantu peribadi. Noelle memandang aku sambil mengangguk sedikit.
"Morning Director Hans," tegurku.
"Oh! Serius sekali!" Dia mengusik. Aku acah ketawa.
"Hai abang Hans," aku menegurnya. Kemudian, dia mengajak aku untuk keluar minum kopi. Aku juga keberatan untuk menolak, akhirnya terpaksa ikut sahaja.
Yoh mendapat mesej dari Camelia. Dia menggigit kuku sambil memandang ke luar balkoni.
"Yoh, kalau nak temenung macam ni baik kita tak payah vacation," kata Riley yang baru keluar dari kamar mandi selesai mandikan Abigail.
"Sorry," kata Yoh segera mendukung Abigail. Keadaan di rumah peranginan itu cukup indah. Di hadapan mereka ada ladang teh dan beberapa pekerja sedang mengutip daun teh. Kabus pagi membuatkan pandangan mereka terhad kepada keadaan sekitar.
"I nak makan strawberries!" Rengek Abigail. Yoh hanya menurut.
"You like the coffee?" Soal Hans. Aku tersenyum sinis sambil mengangguk. Noelle juga ada di situ menyedut air.
"Noelle...boleh tak tolong beratur belikan cake?" Soal Hans tiba-tiba.
"Tapi boss..." Noelle memberi alasan.
"Now," kata Hans membuatkan Noelle patuh. Aku meletakkan cawan kopi ke atas meja.
"I tak rasa abang Hans ajak Lily keluar just for a coffee," kataku.
"As expected. You're very smart," katanya memuji.
"Tak takut ke? Everyone in the company were saying I orang Abang Yoh...." kataku. Hans tersenyum.
"Well...but I don't think a smart girl like you would take one part only," katanya sambil menghirup kopi panas. Aku menjelir sedikit sambil tersenyum sinis.
"Join me Lily. We're better sebab Madam Besar was on my side," kata Hans. Aku segera berpeluk tubuh berfikir.
"I don't think Madam Besar can assure you to win. Remember. Abang Yoh got M&G behind him," aku mengingatkan Hans.
"But Yoh ada weakness!" Kata Hans.
"You pun ada weakness abang," aku membalas. Dia terdiam. Aku tidak pasti apa kelemahan yang dimaksudkan. Mungkin keluarga? Abigail!
"Remeber. You used to let go this company for a girl sake," kataku. Dia tunduk.
"I..." dia bagai kehilangan kata-kata.
"I can be your people Abang Hans. But right now, you need to show those ahli lembaga pengarah your worth," kataku.
"Maybe you can start with the pasar to mall development," aku memberi cadangan.
"How? Cadangan tu kena reject dekat meeting kan. You pun against kan!" Katanya.
"Well...humans are like that. They doesn't ever like a revolutionist," kataku.
"Abang Yoh style tends to be more conservative. While..you're not," kataku.
"You still like that right. Just say whatever crossed your mind," dia memerli aku.
"I don't know you sebelahkan I or Yoh," katanya.
"I stand with money," jawabku. Aku lihat Noelle datang membawa kek.
"You can talk this with Noelle," kataku lantas bangun. Noelle berdiri di situ memandang aku.
Aku tersenyum pada Noelle.Noelle duduk. Dia memandang ke arah Direktur Hans tidak berkelip.
"Perempuan tu boleh percaya ke boss?" Soal Noella. Hans mengjongket bahu tidak tahu.
"She stands with money," kata Hans.
"Yang tu lagi tak boleh percaya..." kata Noelle.
"Dia cakap apa dengan boss?" Soal Noelle sekali lagi.
"I should continue with the pasar project," balas Hans.
"Boss nak continue tak?" Soal Noelle ingin tahu. Hans diam. Dia masih belum buat keputusan.
Aku menggigit kuku. Kereta diparkir pada bahu jalan membuatkan aku boleh memandang kereta lalu lalang. Seketika kemudian, Brandon dari seberang jalan berlari anak ke arah aku. Hari ini, aku tidak boleh lama kerana aku perlu menjemput Ace pulang dari sesi terapi di klinik.
Pagi tadi, dia pergi sendiri dengan bas awam. Aku sudah berjanji untuk menjemput Ace pulang."What's the matter?" Soalnya sebaik sahaja masuk ke dalam kereta.
"Find me ex-wife Hans," arahku. Brandon berkerut tidak faham.
"Hans is going against Yoh," kataku.
"How?" Soal Brandon.
"Just like how you look for Ace. Do the same things," kataku. Kelemahan Hans mungkin juga bekas isterinya. Buktinya, sehingga ke hari ini dia tidak mempunyai teman wanita. Dahulu, dia sanggup meninggalkan semua perkara demi wanita itu.
"Hans told me Yoh got weakness," kataku.
"Weakness? Please! Dia lagi banyak kot. Kau bukan tak tau ahli lembaga pengarah semua dah lost trust lepas dia kalah bid dengan Yres Jewels haritu!" Kata Brandon. Aku menggeleng. Tidak! Hans pasti ada sesuatu yang boleh membuatkan Yoh kehilangan posisi utama. Tunggu! Riley? Abigail? Hans begitu kejam kah? Tak mungkin.
"Whatever. Find me his ex-wife," arahku.
"Okey! Okey! And then what!?" Marah Brandon.
"Just fucking find the her!" Tengking aku lalu menghentak stereng.
"Fine!" Akhirnya Brandon akur juga. Aku masih lagi tidak berganjak. Kepala aku ligat berfikir kemungkinan yang akan berlaku. Apa perancangan Hans yang seterusnya. Kenapa aku lembap sangat!
Nanti dulu! Ada satu! Ada satu kelemahan Abang Yoh!
Petang itu, Brandon menghantar fail maklumat bekas isteri abang Hans kepadaku. Ternyata dia kini sedang bekerja di pasar awam yang dalam perancangan untuk dirobohkan oleh bekas suaminya.
Dunia sangat kecil!
Aku memintal rambut. Ada beberapa perkara aku perlu uruskan. Hal ini, aku mungkin boleh minta tolong Brandon ataupun Charles!
Yang pasti, idea aku cukup untuk jatuhkan Hans!
"Yaw Brandon! I got a very good plan. We should do this before Yoh gets home," ujarku ketika kami berbual di telefon. Aku cuba berbisik dengan suara rendah, mana tahu ada yang terdengar!
YOU ARE READING
My Flower, Lily (BM)
Teen FictionMenjadi anak angkat kepada pembantu rumah keluarga orang kaya bukanlah impian Lily. Sebaliknya, jalan pantas untuk dia lari dari tanggungjawab. Perkenalan dengan dua jejaka bahkan bukan menenangkan, sebaliknya membuatkan kehidupan yang tenang bagai...